Al-Falah & Misi ....

Alhamdulillah.. bersyukur di atas segala nikmat rezeki dan rahmat tuhan yang tidak bertepi ini.. Apabila pintu terbuka, seharusnya kita beringat di masa hadapan.. semua ini adalah sementara cuma. Yang muda akan tua, yang sihat akan sakit, yang hidup pastinya mati...

Apakah kita lupa ?

Tujuan kita hidup adalah untuk beribadah padanya.. al-falah itulah cita-cita.. insyaallah aku akan compile ebook istimewa bertajuk al-Falah pada akhir tahun 2008.. ia sebenarnya satu dakwah dan juga satu peringatan untuk semua termasuk diri saya..

Perjuangan ini tetap diteruskan..

Aku sudah mencapai hampir 25% kejayaan bersama Softhands, sudah mengetahui di mana rahsia sebenarnya lubuk-lubuk emas. Kini tiba masanya untuk memancing, penuh azam dan semangat tanpa putus asa. Meningkatkan kadar pencapaian kejayaan 50% sehingga akhir tahun ini.. ia sebenarnya projek puluhan ribu ringgit.. target untuk mencapai RM30,000.00 sehingga Disember 2007 dengan 5 jenis produk yang reliable under Softhands + RahsiaEbiz.

Ianya adalah satu misi... insyaallah perlu usaha dengan kesungguhan jitu.. matlamat ini jelas dan mesti dikejar sebaik mungkin. Yang terbaik itulah kualiti kita, mengetahui apa yang terbaik adalah satu kemestian dalam perjuangan ini... orang lain sukar untuk memahaminya, tetapi bagi yang berjiwa business-minded mengetahuinya..

Di antara banyak model-model business, inilah yang terbaik untuk jangka masa panjang.. :) kebebasan, ketenangan dan kepuasan adalah segala-galanya...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.