Aku ingin menulis dan berkarya..

Tahun ini aku banyak menulis.. tak pernah buat blog penuh dengan tulisan begitu konsisten sekali... terutamanya blog bisnes di RahsiaEbiz adalah satu hasil yang barangkali boleh dibanggakan. Insyaallah berkat kesabaran dan kesungguhan untuk merubah nasib sendiri melalui perniagaan juga satu perjuangan jihad.. Jika bermula hari ini sebagai perintis, masa depan kita sebagai pemimpin.. Jika diperhatikan bagaimana jutawan US/UK internet bermula hanya dengan 'passion' .. itu juga satu motivasi, manakala aku lebih kepada al-falah oriented utk di dunia dan juga akhirat..

Untuk bermula ia memerlukan kekuatan, untuk meneruskan ia memerlukan kesungguhan.. untuk terus bangkit dan bangun juga memerlukan kecekalan... tahap getir dan pahit maung ujian ditempuh dengan sabar.. tak boleh give up terlalu awal..

Di kala kita baru meningkat naik jangan lupa untuk lihat di bawah.. Beringat bahawa dunia ini bulat, sentiasa berpusing, ada masa kita di atas ada masa kita di bawah..

Tahun ini biar aku banyak menulis.. banyak berfikir dan mentafsir.. tahun depan aku akan banyak bercakap pula.. mungkin di dalam seminar atau kursus, mahupun workshop berkaitan Ebiz.

Aku harap dapat hasilkan ebook mengenai marketing dalam masa 1 bulan saja lagi.. nak lihat hasilnya yang begitu menakjubkan kerana ia adalah satu konsep 'unique'.. Nak boost up sales dengan kos marketing yang rendah serta meningkatkan conversion rate serta kadar ROI (return on investment) yang lebih baik.

Kebanyakan idea datangnya dari pengalaman, susulan dari pemerhatian 'live' dengan client Softhands seperti TelagaBiru, HijjazGroup, ICTZone/NTP & pelbagai case study bersama RahsiaEbiz yang bebetul 'menjadi'.. ia bukan sekadar cakap kosong.. banyak experience yang dikongsi apatah lagi cukup bermanfaat bagi newbie utk bermula dengan selesa.

'Wow factor' adalah satu teknik 'booster' dalam marketing yang mana dibawakan juga dalam Out of the box marketing sebagai high-octane markerting.. Teknik² ini lebih kepada psikologi effect.. yang menariknya ia dapat boost up sales 50% dalam masa 12 jam sahaja. mana taknyer, sifat² teknik ini begitu dramatis..

Whopps.. ada banyak lagi nak citer..cumanya menunggu masa utk muncul.. tunggulah sebulan lagi.. nak improve semula point2 penting dengan gaya bahasa bersahaja.. penat juga nak memikir eks.. yg penting semua orang dapat membaca keunikan marketing ini.. satu-satunya pasal marketing yang cukup eksklusif, praktikal dan fleksibel...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.