Dunia semakin pantas..

Cepatnya masa berlalu.. sampai tak sedar kita kini sudah di bulan 9.. sudah genap setahun lebih aku bersama institusi yang memberi ruang selepas YPEIM. Neway, masa depan masih lagi jauh.. Nak buat keputusan perlu bijaksana menunggu peluang yang lebih cerah.

Kini pelbagai projek sudah berjalan, segalanya seperti yang dirancangkan.. Aku boleh rasa 30% kejayaan Softhands mampu dilakukan yang terbaik tahun ini. Cuma tak boleh cepat puas hati kerana masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan segera mungkin. Bayangkan ada 10 produk yang dah digariskan untuk mencapai piawaian inovasi terbaik dalam masa 6 bulan. Adakah aku mampu mengerahkan kreativiti terus menerus tanpa henti ? Jika yakin boleh, semuanya pasti boleh..

Perancangan kewangan yang rapi perlu dibuat, ada target long term ingin dicapai. Jika aku berjaya mendisiplinkan diri insyaallah ia dapat mempercepatkan masa utk mencapai kejayaan lebih sempurna. Pengisian ilmu-ilmu bisnes dan marketing sehingga hari ini adalah 'crucial' sbbnya kita akan bersaing dalam dunia Internet yang senantiasa berubah.. berikut adalah pandangan bisnes online yang akan fokus pada beberapa point penting seperti :

  1. Online Video - byk orang akan menggunakan medium ini sebagai saluran marketing
  2. Affiliate System - byk orang memanfaatkan bisnes mudah dengan melalui sistem aff.
  3. Autodownline - byk org MLM berduyun merebut sistem ini utk menembusi pasaran online
  4. Blog & Portal System - byk org mahu sistem web yang interaktif berbanding html biasa
  5. Ebook - salah satu produk yang menyumbang banyak keuntungan
  6. Google Adwords - PPC yang paling berbaloi untuk dicuba dalam marketing
  7. Paypal - ia sebagai tools berguna untuk kumpul duit online.
  8. Online Banking - keperluan wajib netpreneur terutamanya M2U, namun semua jenis bank juga diambil kira sebagai penting juga.
  9. Knowledge resources - sumber pengetahuan dan juga akses terhadap niche tertentu juga menjadi tumpuan. Site yang paling byk resources akan menjadi buruan !
  10. Social Site - salah satu medium paling 'human' seperti myspace, friendster & sebagainya.

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.