Membaca media arus perdana kenkadang melucukan...

Agaknya aku jarang mengetengahkan soal politik dalam memana blog... tetapi oleh kerana politik itu mempunyai peranan dalam Islam maka rasanya ingin sentuh juga sebagai salah satu bentuk amar makruf nahi munkar yang dianjurkan dienul Islam..

Pernah terbaca salah satu coretan klasik... ever since the early days of democracy in ancient Greece after the "every man has a vote on every issue" period changed to the first kind of representative democracy and some senators could be bribed to vote as they payers wished.

So dalam memahami suasana politik 'demokrasi' Malaysia yang kian jatuh rankingnya berbanding indonesia, dan makin teruk rasuahnya berbanding negara sekecil Singapura... Apakah yang kita boleh banggakan ttg masa depan Malaysia walaupun sudah mencipta sejarah orang Malaysia pertama di angkasa ?

Kuasa judiciary & legislative yang sepatutnya bebas dari cengkaman pengaruh kuasa eksekutif kini mula dipersoalkan dgn terbitnya video VK Lingam... orang kata video tu palsu.. but cuba analisa semula timeframe video tersebut yang mana dalam setiap seconds tidak ada kelihatan sebarang penambahan tindanan imej atau kecacatan. Orang yang belajar video editing pun tahu clip video tersebut adalah 'pure' dan aku kenkadang berasa lucu tindakan beberapa agensi gov tidak begitu professional dalam hal ini... Kalo FBI boleh dipanggil utk kes nurin, tetapi soal sebesar gajah melibatkan ketua hakim boleh dilengah-lengahkan mcm kes kecil...

Rasanya kita ni pun dah meluat baca berita media perdana, asyik digula-gulakan mcm budak kecik... we are not stupid like a child anymore.. skrg ni zaman angkasawan... jgn memain dengan thumbdrive... :) Jika generasi tua hari ini masih lagi suka main dadu, biarlah generasi muda pula yang bersemangat ini mencipta masa depan.. Rugilah orang politik yang mempermainkan rakyat yang rata-ratanya semakin bijaksana... semakin banyak yg belajar sejarah.. Dato Onn Jaafar , presiden UMNO pertama juga keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Negara yang multi-ethnic.. ini lebih mirip dengan parti Keadilan.. cumanya skrg ni suasana politik negara terlalu teruk.. rasuah dan kroni akan melenyapkan integriti kerajaan demokrasi... adakah wajar pertahankan sesuatu yang sudah bocor dan bakal karam ? Fikir-fikirkanlah... takkan nak biarkan anak cucu cicit kita digula-gulakan lagi ?

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.