Pasal kahwin dan dilemma orang muda...

Aku didatangi oleh seorang kenalan muda yang ingin berkahwin dalam masa terdekat. Ia baru saja menamatkan pengajian di salah sebuah ipt dan kini sudah mula bekerja di salah sebuah syarikat dengan permulaan rm1k lebih sebulan. Rasa mcm kisah aku dedulu.. ahaks.. cuma aku yg very lucky sbb my family support dari awal setiap ceruk aspek.. love them very much.. Apa yang penting bukan soal duit, tapi soal restu.. Jika kita direstui apa jua aspek maka kedua-dua belah family akan bekerjasama merealisasikannya. Jelas ?

Sbb itu restu memainkan peranan utama selain soal lain.. Persiapan dan persediaan akan bermula dari masa ke semasa, dan itu family akan uruskan.. Adakah kita lepas tangan ? tak... bukan begitu maksudnya.. ini bermakna segala keputusan kita bermusyawarah utk cari penyelesaian dan kata sepakat. Soal kahwin ni mcm menyambung 2 family.. Cara bagaimana sambungan itu dilakukan adalah dengan persefahaman.. Ada mutual adjustment..

Yelah.. nak kahwin bukan sehari dua.. hidup dengan orang lain ni sampai akhir hayat.. nak kenal 2 belah family yang komplikated, cara makan, budaya kerja, persepsi dan pandangan apatah lagi fahaman politik kenegaraan.

Masa aku memula kahwin dulu mmg rasa pelik.. Yelah dari soal makan masam manis sehinggalah kerja dalam bilik... whoa.. yang tu tak yah citer.. kang tak pasal blog ni jadi famous.. :)

Kenkadang dilemma bebudak muda ni, sian juga diorang nak kahwin tapi takde duit.. ada yang buat personal loan.. apakah hukumnya kahwin dengan hutang ? Ada pendapat boleh.. asalkan ia dipersetujui oleh calon isteri.

Tapi mahar atau mas kahwin sekarang ni tak mahal. Dalam lingkungan RM80 ke atas. yang mahalnya adalah hantaran yang pelbagai jenis.. tu yang sampai RM44,444.44 contoh hantaran artis/selebriti/hartawan kahwin.. last-last bercerai.. tu yang bikin jelik..

Tapi secara rasional, mmg kos kahwin skrg ni paling kurang pun RM10ribu.. dengan majlis makan, hantaran semualah.. kira boleh buatlah.. Ni bagi orang biasa mcm si sahabat kita di awal citer ni.. Tu pun nak lebih sikit sampai RM15k, nak backup majlis kenduri, kad raya, persiapan semua... Aku rasa kahwin ni tak perlu lah mengarut sangat besar².. Cukup panggil sanak saudara family terdekat dan buat majlis makan sederhana.. Yang penting takdak hutang dan tak perlu susah nak bayar hutang..

Hish.. pening jugak pk soal kahwin ni eks.. Aku dulu kahwin mmg tak perlu buat loan ke apa.. Mak bagi kahwin dia yang setelkan.. just simple as that.. So now pikir karier dan masa depan.. CUma pengalaman mendewasakan kita.. adakah kita ready nak jadi leader yang memimpin keluarga ? Persediaan dari segi spiritual, mental dan fizikal juga penting.. Bukan semata-mata financial saja...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.