Semalam aku tgk reality show Oprah berkaitan tajuk menarik iaitu happiness test.. Ada test utk lihat skala sejauh mana kita contented dalam hidup ini. Ia dijelaskan oleh sorang doctor yang mana beliau mengatakan happiness bukannya datang dari kebendaan tetapi datangnya dari dalam diri kita sendiri.
Aku masih tercari-cari buku ilmiah dari cendekiawan Islam bagi melihat pandangan mereka ttg hal sebegini. Mungkin kene tanya prof di akademi Islam, kebahagiaan itu yang bagaimana dan apa hubungannya antara manusia dgn makhluk dan manusia dengan tuhan..
Dari hari ke hari, aku cuba menyelesaikan masalah ummat dan juga masalah diri sendiri. Ia tidaklah semudah yang disangka.. ada satu lepas ada satu tak lepas.. cukup memeningkan..
Kebahagiaan yang dicari sebenarnya bersumberkan dari sumber kebahagiaan yang utama iaitu dari tuhan yang maha agung.. Apabila kita dengan penuh iman dan menyakini bahawa cukuplah Allah swt sebagai sumber yang memberikan segalanya maka ia adalah satu bentuk contented yang tiada taranya..
Pernah Nabi diuji oleh kaum yahudi dan musyrikin yg mahu berikan wanita tercantik, harta yang melimpahruah dan juga ditawarkan kedudukan dan jawatan pemimpin yg tertinggi. Namun baginda tidak tergugat sekalipun kerana baginda mengetahui kebendaan dan keduniaan sebegitu bukanlah kekal abadi.. ia adalah fana... Malah apa yg penting tugas Rasul adalah perlu membawa ummatnya ke jalan yang benar utk menyembah Allah swt.. Itu sudah cukup bagi Nabi, melihat semua ummatnya mentaati Allah dan segala perintahNya..
Kebahagiaan perlu didefinisikan sebagai satu bentuk kerohanian.. Ia datangnya dari hati.. Manakala hati yang tenang itu apabila ia berlapang dada dengan segala permasalahan dan ditarbiyah dengan sifat-sifat mahmudah seperti yang danjurkan Nabi.
Cuba lihat muka tok guru, ustaz/ustazah yang alim.. Wajah mereka terpancar ketenangan dan jelas ia mampu memberi tenang pada orang lain. Inilah sebenarnya kebahagiaan dan ketenangan yang dicari apabila kita bergaul dengan orang-orang yang tenang juga..
Hati tidak perlu resah, kerana kita akan mendapat limpahan aura hati yang tenang.. Agak sukar lagi utk mencari orang-orang sebegini dalam dunia materialistik. Kecuali kita berada di tempat yg betul di dalam kelompok yg dianugerahkan ketenangan sebegitu.
Aku sentiasa mengharapkan utk mencapai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Tidak perlu kekayaan melimpah jika tidak bahagia, hanya mahu sederhana dan tenang cukup apa yang ada. Sifat qana'ah itulah yang menjadikan kita berlapang dada.. apabila kita redha dan bersyukur atas segala nikmat pemberian tuhan, maka sudah pasti Tuhan akan menggandakannya lagi.. sama ada di dunia ataupun di akhirat..
Alhamdulillah.. SPM 98 keputusan memberangsangkan, berduyun ucapan tahniah dari guru, cikgu tersayang termasuk adik-adik anak buah di sekolah dulu.. Aku di antara student terbaik SPM 98 dan dapat anugerah cemerlang yang disampaikan oleh Dato Seri Najib Abd Razak bertempat di Dewan SMAKL pada tahun 1999 meraikan kejayaan kami semua.
Kini sudah hampir 8 tahun berlalu, aku sudah pun graduate dan berkarier.. jargon 'Learn To Be The Best !!' kini berkumandang sekali lagi.. meraikan kejayaan 2007 bersama Softhands.. aku telah berjaya hampir 50% mencapai matlamat yang disasarkan. Ia satu perkembangan positif. Aku ingat tak mampu buat, rupanya makin lama makin berkembang.. Sehingga merangkumi segmen corporate di dalam dan luar negara serta penyertaan aktif di dalam segmen B2C dan B2C..
Perkembangan mutakhir aku JV dengan beberapa kumpulan anak muda yang 100% fully passionate with business.. Insyaallah aku akan kembangkan network, dari segi focus kepada core-business yang ingin diperkasakan. Selain itu aku nampak ruang dan peluang untuk bina empayar ekonomi Islam dalam bidang ICT.. Aku yakin dalam masa 6 bulan sptmana posting sebelum ini menjangkakan perubahan yang teramat ketara bagi kitorang.. tahun 2008 adalah satu tahun yang amat penting, di mana semua projek run gila-gila.. mcm dunia ni takda masa lagi utk lepak sambil menekel awek.. hohoo.. apa yg penting matlamat utk al-falah itu penting.. orang islam kalah dari segi jihad ekonomi kerana kesilapan mereka memahami sepenuhnya Islam itu sendiri.. apa yg penting niat betul dan kerja gigih.. kita berusaha untuk ekonomi ummah dan menjadi tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ICT yang mana di Malaysia masih didominasi oleh non-muslim.
Learn.. belajar dan memahami untuk berjaya bukanlah dengan angan-angan kosong. tetapi sebaliknya dengan memperkasakan ilmu, iman dan amalan.. hakikat kejayaan adalah berjaya dunia dan akhirat..

Akhirnya siap juga buah tangan November 2007 ebook aku berkaitan Tips Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet yang diedarkan percuma. Mengapa free ?
Ini adalah kerana mood aku terlalu baik hati dan mahukan semua orang mengetahui 10 tips cara buat duit yang terbukti telah menjadikan hidup seseorang itu berubah. Berbuah untuk mempunyai kewangan teguh dan lebih baik !
Actually aku sudah mengkaji secara serius hampir setahun untuk mengetahui selok belok dan sistem buat duit secara online. Ia cukup mengagumkan, hatta kita sediakan satu sistem make money online yang diperolehi daripada sifoo dan mentor jutawan siber sudah tentu ia menjadi lebih menyakinkan.
Sehingga sekarang ada banyak lagi ebiz model yang boleh dipraktikkan. Hatta anda tidak berdepan di PC atau sedang lepak di restoran mamak pun duit boleh masuk dalam ATM. Saya sudah mengalami keadaan sedemikian sejak berjaya implement sistem yang sesuai. Cuma sekarang ia perlu diperhebatkan dengan pelbagai produk dan servis yang benar-benar memberi manfaat kepada orang lain.
Aku mempunyai 6 bulan saja lagi melengkapkan 'puzzle' yang telah lama tersimpan selama ini. Dari segi kekuatan Softhands sudah semakin bertambah, experiment dan R&D sudahpun mencapai separuh daripada apa yang diinginkan. Dulu tidak pernah menjangka ia akan jadi seperti ini, but sebenarnya dunia internet semakin berkembang setiap hari membuka ruang dan peluang lebih mudah untuk berjaya jika bermula lebih awal.
From zero to hero... aku bermula pada awal tahun 2007 mencipta portfolio dalam rahsiaebiz.com yang semakin pesat berkembang. Dari tiada apa-apa kepada 3 buah web ebiz yang bakal menjadi core bisnes. Memang pada mulanya agak berat kerana terpaksa fokus kepada perkara baru apatah lagi hanya hujung minggu sahaja dapat diperuntukkan masa dalam membuat research dengan sempurna. Ini tidak mematahkan semangat juang, kerna ia adalah cabaran yang seharusnya dihadapi dengan berani !
Aku sudah mempunyai peluang bagi kerjasama dengan beberapa entiti business lain di Malaysia, untuk JV ini bakal menyajikan peluang mendapat dana sehingga Rm50k di bawah tajaan usahawan bumiputera. Great ! ... hari sabtu ni aku jumpa diorang utk diskus lebih lanjut. Inilah peluang dan masanya...
Selain itu website viral marketing sudah dalam proses permulaan, aku harap boleh launch awal tahun 2008 dan akan jadi mcm ala2 myspace ! Hoh.. ini project JV juga.. bagi aku masa untuk jadi lebih bijaksana dengan outsource semua perkara yg tak dpt nak dibuat supaya dapat focus kepada perkara yang lain utk lebih berjaya.A wise man will make more opportunities than he finds...Sir Francis Bacon (1561 - 1626)
Perancangan itu penting, aku sudah plan utk tahun pertama Reanimation Softhands ini dengan baik sekali. Cumanya website rasmi belum siap kerana content belum pasti lagi. Dari segi design dan programming dah ok kerana guna CMS Joomla, cuma contentnya perlu diubah ikut kesesuaian.
Utk 2008 ni aku kene buat banyak kerja lagi, apa yang pasti dalam proposal semua itu kena buat tarikh baru kerana 10 projek utama hanya 3 saja siap. Ini kerana tak sempat dan tak relevan utk diteruskan. Insyaallah utk 2008 nak plan 3 project utama sahaja yang perlu disiapkan dengan sempurna. Dengan kekuatan 3 perkara di akhir 2007 ini maka tidak hairanlah ia akan menjadi 6 perkara pada 2008 nanti. Pada 2009 ia menjadi lebih besar dan stable, utk 2010 dan 2011 ia adalah waktu sesuai untuk bergerak secara autopilot !
Bersedia untuk perjuangan yang lebih besar !
Sekarang ni musim yang boleh dikatakan bersejarah la jugak, musim cuti ujung tahun semacam satu pesta berkhatan.. hehe.. dulu aku teringat masa musim kene sunat kat perlis.. masa kecil mmg suka duduk sana.. suasananya cukup kondusif untuk bebudak hyperaktif mencuba perkara pelik-pelik..
neway nak dijadikan citer, masa zaman cuti sekolah kecil-kecil dulu apa yang aku tau nak main puas-puas.. tapi cikgu selalu bagi homework banyak sangat, bapa dan mama pun selalu tanya dah siap ka kerja.. biasala aku suka buat last minute.. sbb expert dalam bab last minute.. hehe..
namun bila kene time nak berkhatan tu dengan sepupu, dkt poliklinik arau.. siap pakai pelikat walaupun tak pernah pandai pakai pelikat.. tapi itulah kene buka semua depan akak² nurse yang dah menanti.. huh.. mmg segan da.. tapi apo nak dibuat.. sunat ni satu perjuangan juga.. :) ahaks..
Memacamla masa sunat tu, macam nak kena bedah sakan.. sib baik guna bius.. huh.. dari situ aku fobia dengan doktor nih.. ntah tak semena-menanya fobia dgn darah pulak.. Hemophobia org panggil.. masa kecik2 hantu pun tak takut.. tapi bila tgk darah terus boleh pitam... Sampai hari ni effect dia pun masih ada, tapi still bley control.. sib baik tak jadi doktor, tapi nak jadi doktor falsafah yang ambil bidang bukan berkaitan darah.. hehe..
Kepada adik-adik luar sana, tgk meriah sakan korang kene berkhatan eks.. iyolah dapat duit banyak.. angpau dan orang skodeng dalam kain pelikat.. huh.. ada ka adat skodeng gitu ? Rasanya mendeni perlu diperbetulkan..
Life is for rent... tajuk lagi nyanyian Dido ni mmg kena dgn apa yang aku nak cakap hari ni dlm blog yang satu-satunya di dunia ni.. :) Actually aku tak suka menulis sumthin personal and exposed it for public view.. but skrg ni aku tapis apa yg aku nak tulis dan biasanya ia mempunyai rumusan yang tersendiri..
Aku mahu sumthin yang baru setiap hari.. ia membuat kita 'hidup'.. tak kiralah dalam apa jua perkara sama ada berkaitan career, business, love, my dream etc.. aku seorang yang 'adventurous' dan gilakan 'pengembaraan'.. Masa aku memula masuk Akademi Islam UM di nilam puri kelantan, sememangnya kene culture shock.. dari bandar ke kampung.. mcm kancil masuk funfair.. woo.. kecek klate, makan manis, kos murah dan banyak gewe cun.. hoh.. buang tebiat...
But semua tu dah dilalui.. kita tahu di mana cause and effect.. skrg ni dah graduate dan kerja selesa mencari impian utk direalisasikan sebaik mungkin.. Mungkin role model aku boleh ambil mahu menjadi yang terbaik utk menyelesaikan masalah ummat..
Mengapa ini yang dikejar ? Orang lain mencipta nama, kuasa dan harta.. adakah aku mahu jadi seperti mereka ? ... nope.. apa yg aku kejar jelas adalah selaras dengan al-Falah.. ini adalah kemenangan hakiki.. dunia ni sekejap saja.. semua nikmat adalah pinjaman saja.. anytime Allah boleh tarik semula.. So sebelum itu berlaku, alangkah baiknya jika kita menyumbang sesuatu di jalanNya.. At least kita tak terlambat menyediakan sedikit bekalan.. lagi banyak lagi bagus..
Ada pula insan yang berharta, berkedudukan dan cantik pula tu.. namun hidup hari-harinya runsing dan gelisah.. tiada ketenangan.. mereka ini seperti menderita.. haluan hidup macam tidak menentu.. diselubungi resah, kesedihan dan kekosongan di jiwa.. Itulah kenkadang hidup ini terlalu komplikated.. nak kata kaya dan bahagia pun susah juga.. semuanya pinjaman saja.. bilamana kita diuji dan ditarik semula nikmat sudah tentu ia mendatangkan pelbagai keresahan tersebut. Orang-orang yang sebegini adalah amat baik sekali jika mendampingi ustazah/ustaz dan orang yang alim bagi mencari sedikit pandangan, ruang dan ilmu mengenai hakikat kebahagiaan.. Saya rasa setiap masalah ada jawapannya.. Yang penting kita mencarinya dengan mendekati agama dan perkuatkan iman.. insyaallah Allah swt akan memberi kekuatan dan menyelesaikan apa jua masalah manusia.. bukankah Dia Maha Agung lagi Maha Bijaksana...
Berhenti membuang masa dan cipta kejayaan dengan sabar.. oleh kerana dunia ini sementara cuma, jgnlah suka buang byk masa.. setiap saat kalo boleh peruntukkan utk menyelesaikan masalah ummat.. Kita akan puashati bila orang lain gembira... :)
Agaknya aku telah diuji dengan pelbagai ragam dan kerenah orang yang ada pasang surutnya. Boring juga, tetapi kenkadang tu meluat.. ahaks.. mcm bebaru ni ada client yang agak 'famous' juga telah bermain wayang depan aku pasal tak puas hati itu ini.. its ok, dah sekian lama aku beri peluang masa dan juga rate harga yang barangkali murah. Pada asalnya nak tolong kerana kawan.. Kalo ikutkan aku nak je charge sampai RM10k kalo ikut standard price pasaran.
Tapi bila pk balik, harga asal adalah persetujuan bersama dan mmg kira dah murah la tu.. Kalo tak puas hati mengapa skrg baru nak ungkit ? Bukan ke harga balance tu dah kira rendah dan mmg dia boleh bayar ? Adakah harga sekecil itu pun berkira ?
Kalo begini la perangai client aku mmg nak ajar bagaimana nak hormat orang.. Bukan dia takleh bayar sbb dia mmg banyak duit pun... Aku tak kisah pasal duit tapi soal sikap dia bangkitkan tuh.. Nak itu ini, nak source file aku dah bagi, password dah bagi, kalo ikutkan semua tu kene settle semua payment baru leh dapat...
Then malam ni aku dah mula bengang dan diorang ni spttnya faham web diorang tu atas dasar nak tolong, bukannya nak makan bagai nak rak.. Dah la tak hormat orang ungkit dia pakar itu ini, aku yang dah bergelumang dgn dunia tu mmg la tau harga dia berapa.. cuba tanya orang lain siapa yang sanggup buat mcm apa yg aku buat ?
Bila perkara semacam ini berlaku, kenkadang tawar hati juga... niat asal nak tolong dah jadi mende lain... nak tak nak aku kena bagi diorang masa utk jumpa face to face.. malas nak gaduh mcm budak kecik.. better jumpa saja dan settle sebaik mungkin.
Dalam sejarah aku bersama Softhands tak pernah ada client sebegini... paling memalukan ialah orang melayu... Aku buat web dengan ACC-Council yg mana owner dia chinese pun boleh jujur dgn aku nak web mcm mana... Ini orang melayu suka sangat permainkan sesama bangsa mereka... Kecewa, terkilan dan kenkadang nak menyumpah pun ada.. but aku still bagi masa... supaya mereka fikirkan apa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Aduhai bangsa ku.. apala nak jadi ... orang melayu sesama layu.. kawan pun makan kawan... sedih la jugak.. But perjuangan ini harus diteruskan.. ini menjadi pengajaran dan iktibar dalam liku-liku perniagaan...
Salah satu bakat terpendam aku adalah menyanyi di atas pentas.. actually muzik mmg beri aku kepuasan yang tak ternilai.. apa jua jenis muzik yang ada mesej. Contohnya kalo rindu/layan blues kat wife boleh nyanyi lagu westlife/bsb/babyface dsbnya.. Kalo sibuk dan busy/tension atau semua nak pantas better lagu rancak dari LP, N Sync, Limp Bizkit etc..
Semua ni antara musictheraphy.. kalo nak dgr yang jenis instrumen atau bunyi alam mcm air, bunyian kicauan burung semua ada dalam kitaro version. Tak pun dgr pelita hidup hijjaz.. ada doa lagi tu..
Masa join pelapis suara smakl dan kumpulan wahana di skola dulu mmg tak boring menyanyi.. satu cabaran seh.. yg seronoknya suka dpt surat dari secret admire.. whoaa.. tapi skrg ni takdela tebiat gitu.. nak lepaskan rindu menyanyi suka melalak sorang2 dlm keta.. takpun kat umah dgn speaker workstation yg boleh gegarkan satu PJ.. huh..
Malah kat opis suka buka youtube cari lagu2 lama yg best.. jadi satu habit pulak pepagi kerja.. heh.. yg penting kerja disiapkan terus maa.. :)
nostalgia... let me show you the shape of my heart.. dedicated this song to my lovely wife.. :)
Semasa final sem di UM aku ada ambik subjek financial management ni.. siap beli calculator finance yang beratus ringgit tu... skrg ni dah tak igt pi mana calculator tu.. huh.. neway dalam meneruskan kehidupan ini perlu kekuatan dari segi ilmu.. Sbb itulah aku tidak jemu-jemu membaca kejayaan mentor, sifoo, jutawan, billionaire dan sebagainya demi mempertingkatkan taraf hidup.
Sepanjang dalam pembangunan revolution phase 4 yang mengambil masa sehingga 2010, aku harap akan stable sebagaimana orang yang mempunyai pendapatan pasif dan bekerja di rumah sahaja. Zaman sekarang zaman internet, sudah tentu ia memudahkan kerja terutamanya dalam online marketing.
Ok, apa yang telah aku praktikkan dalam mengurus kewangan dengan baik? Yang penting soal keluar dan masuk aliran tunai. Ada aliran masuk yang lebih dan aliran keluar yang mampu ditanggung. Contohnya aku invest dalam prubsn takaful dgn RM300 sebulan termasuk kami berdua mempunyai perlindungan bernilai 24k hingga 150k. Ini adalah aliran keluar yang positif.
Yang keduanya aku invest dalam ASW dengan purata untungnya 6% setahun. Ini juga positif. Selain itu invest dalam online business yang kini sudah memiliki 10 VRE iaitu virtual real estate dari segi domain, hosting, informative site & traffic. Ini bernilai Rm5000 dan aku sedang maintain dapat profit secara passive bernilai RM150 seminggu hanya rileks sahaja. Ini juga satu perkembangan positif.
Lain-lain perbelanjaan dikira setiap bulan dan masih ada banyak ruang untuk dibelanjakan. Misalnya Myvi aku merupakan aset yang memerlukan aliran keluar.. ia kurang menguntungkan kerana akan susut nilai setiap tahun.. mcm motosikal, PC, laptop, handphone dan lain2. Semua ini sekadar penggunaan, selagi boleh guna selagi itulah akan guna. Yang penting disiplin untuk terus menambah income, menjimatkan aliran keluar negatif, membanyakkan aliran keluar positif dan membuat investment terhadap aset hartanah di lembah klang yang kadar keuntungannya meningkat hampir 50% setahun. Bayangkan rumah flat di Cheras bernilai RM42k pada akhir tahun lepas ini sudah bernilai RM80k. Ini sudah menjadi satu petanda bahawa nilai pasaran hartanah tidak pernah turun..
Aku plan Unit Trust Public Mutual sebagai peluang terbaik untuk invest dgn kadar 10% untung setahun. Boleh buat keluar KWSP dan invest dalam Public Mutual sebelum kecapi nikmat pelaburan aset hartanah di lembah klang.. Perancangan ni sudah lama cumanya menunggu masa sahaja. Apapun projek online business tetap berjalan mcm biasa cuma agak selektif, mahu menambah duit poket dengan apa jua peluang yang ada. Sekarang masa untuk merancang masa depan.. Usah buang masa dan buang duit.. Dunia ini sementara cuma sahaja...
Ni kelakar seh satu idea yang boleh memecahkan keboringan... hehe..
My favourite songs.... :)
Dalam hidup ini ada 3 perkara yang aku telah berjaya mencapainya.. Alhamdullillah.. Semua ini anugerah Ilahi.. nak tau apa 3 perkara itu ?
1. Graduate dari UM
Dulu aku mmg seorang yang 'childish' masuk kelas sekadar cukup makan. Masa final year aku ponteng banyak class, hatta assignment pun member buatkan. Masa ni aku menghadapi krisis yang teramat besar dan ia sebenarnya hampir membunuh masa depan. But kerana kasih sayang tuhan aku berjaya menghadapi saat-saat akhir final exam UM dengan keadaan tenang. Thanks to my lecturer also as my great mentor.. bagi aku merekalah yang berjaya mendidikku menjadi insan berguna selain daripada ibu bapa, guru dan ustaz/ustazah.. Pada ogos 2004 berjaya konvo dan genggam skrol dengan senyuman gembira.. Pada hari yang sama Hijjaz, Inteam dan UNIC buat show masa malam konvo.. aku bersama mereka meraikan kejayaan graduasi yang takkan dilupakan seumur hidup !
2. Kahwin jugak akhirnya
Aku ingat dah gagal dalam percintaan.. rupanya masih ada yang sayang.. haha.. actually aku asalnya takmau kawin dan nak jadi lone ranger.. sebaliknya mak yang kahwinkan aku dengan cara ekspress.. masa tu kenal Tini bulan April 2005 kendian ogos 2005 kahwin.. 4 bulan saja kenal dah mudah ke jinjang pelamin.. sedangkan bercinta sebelum ini bagai nak rak bertahun-tahun akhirnya tak menjadi.. last2 bercinta ringkas² boleh plak ke akad nikah.. huu.. im happy rite now.. orang kata sayonara pada kenangan.. serta berjaya dalam cinta dan perkahwinan..
3. Kerjaya pegawai yang membanggakan
Aku tak sangka boleh jadi pegawai dan duduk dalam bilik office beraircond. Sbb dulu aku penah gi office mak yang jadi PTD M48 di JPN, tempat ekslusif, aircond, pc dan ada pembantu pegawai.. teringin nak jadi macam mak.. Kini aku sudah capai impian itu dengan jadi pegawai hal ehwal Islam (penolong pengarah) di salah sebuah agensi islam yang terkemuka. Aku anggap kini macam semut jatuh dalam balang gula.. Terlalu banyak nikmat jadi pegawai.. Alhamdulillah... aku bersyukur..
Inilah dunia... dunia yang sementara cuma ini adalah pinjaman semata-mata... Aku harap dapat berbakti pada ummat ini dengan penuh semangat. Dan tidak boleh berada di dalam comfort zone semata-mata.. aku mesti berani menghadapi kegagalan dan berani mencipta kejayaan..
Mentor aku kata kalo kita benar-benar bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara sudah tentu akan berjaya. Jika kita berada di dalam comfort zone, ia akan mematikan semangat juang. Ia tidak menyalakan obor semangat kerana diserapi kabus sejuk yang membekukan, akhirnya kita terkulai layu, menggigil di dalam dunia tersendiri..
Kini aku bersedia untuk 2008.. Apa jua yang berlaku kita harus menanganinya dengan penuh ketabahan. Kita akan berusaha lebih untuk masa depan, mungkin banyak kerja yang perlu dilakukan.. Masa, tenaga, fikiran dan wang dilaburkan untuk menjana kejayaan.. Aku percaya dalam dunia yang semakin materialistik ini masih ada ruang untuk bergerak menuju alFalah.. Dengan apa yang ada walaupun sepotong ayat insyaallah kita akan menyumbang untuknya...
Hijrah !
Aku akan berhijrah tidak lama lagi, meneroka dunia baru.. mencipta rangkaian networking baru... Aku tak boleh static di sesuatu tempat.. kerana aku adalah berjiwa pengembara.. Dulu aku 'dibekukan' dalam dunia comfort zone.. semuanya diisi dengan keselesaan, dan kini aku mahukan perubahan, kelainan dan keunikan..
Hijrah untuk hidup !
Sekiranya aku stay di tempat yang sama, static dan beku.. Ia tidak akan membangunkan minda dan semangat ini.. Aku tidak mahu lagi semudah-mudahnya di'subsidi' dari segi makan, minum, tempat tinggal yang mewah dan seumpamanya kerana ia telah 'mematikan' semangat juang yang aku pernah milikinya suatu masa dulu...
Aku mahu jadi orang yang hebat dengan semangatnya, sikapnya dan attitude melambangkan lelaki yang sejati.. Oleh itu kita harus mulakan hijrah ! .. Aku anggapnya sebagai tajdid dan pembaharuan, suatu perubahan baik untuk 2008 !
Aku dah start untuk buat pelbagai projek online, berkembang dengan penuh bebas.. produk utama sudah berjaya, produk kedua masih dalam pembikinan.. Manakala produk 3 insyaallah bulan akhir bulan 12 akan launch.. ini projek kerjasama dengan designer Hijjaz.
Aku berhijrah dari comfort zone ke intermediate zone.. ia akan menyalakan semangat yang hilang itu kembali bersinar.. seterusnya menjadikan aku lebih kuat, gagah dan bersemangat !
Oh alangkah indahnya dunia cabaran ini ....
Aku dapat merasakan gelora yang mendatang itu cukup besar.. Dan pengalaman lalu membawa aku ke satu perspektif yang jauh lebih baik utk mentafsirnya.. Boleh utk melakukannya dalam cukup makan, namun lebih praktikal jika kita merancang terlebih dahulu..
kenkadang kita terlalu sentimental dirasuk emosi yang tidak berkesudahan.. permainan politik licik itu kenkadang memualkan.. saling berperang dan melontar serangan yang melulu akhirnya kedua pihak menjadi arang dan selebihnya jadi abu... siapakah yg menang? ia sebenarnya tidak menguntungkan mana-mana pihak...
Aku pernah melaluinya.. dan kini di persimpangan jerat itu akhirnya memaksa aku bersuara ttg sejarah silam.. harap ia jadi pedoman, jadi panduan dan peringatan.
Dunia terlalu kecil utk kita bermusuhan... Esok hari kita bertemu takkan mahu bertelingkah lagi ? ia satu cerita yg takkan habis.. tidak berkesudahan.. no happy ending.. so moga kita dapat berfikir dengan rasional.. berundur selangkah bukan bermakna kalah.. tetapi merancang untuk mara berpuluh langkah lagi ke hadapan dengan lebih gemilang... 1
Dulu pernah buat blog yang canggih manggih tak hengat dunia.. masa tu masih 'mentah' dan belajar ttg soal kehidupan.. blog itu kemudiannya ditalqinkan dan disimpan dalam sebuah kubur maya.. agak sadis sekali blog itu.. ia catatan sejarah hidup yang pelbagai rupa.. dan kini aku still buat blog yang terlebih dahulu ditapis.. kalo nak tulis blog mcm tulis 100% diari ia mmglah agak merbahaya... Yelah.. semua orang mahukan privasi, dan sbb itu kalo nak tulispun kene beringat sikit kerana akan ada org lain yang membacanya...
Hakikatnya dunia blog pada pandangan aku adalah perlu bijak empunya diri mengawalnya.. Jika tidak ia akan mendatangkan kerugian.. Untuk mendatangkan keuntungan perlulah membuat posting2 yang bermanfaat dan memberi faedah kepada orang lain. Tidak perlulah keterlaluan dalam memendam perasaan mcm org bercinta, just jadi matang dan dewasa bagi lelaki yang mahu memimpin dunia..
Dalam gembira ada sedih, dalam sedih ada gembira, dalam sedih serta bergembira perlu ada ketabahan dan keinsafan... Dunia ini sementara cuma.. entah esok lusa kita akan menemuiNya..
Ops.. meh aku betulkan.. bukan pasal duit sangatpun, tetapi pasal potensi project dan resources yang semakin naik bermula dari $100k usd jika dpt siapkannya dalam masa 3 tahun ini. Ini merupakan matlamat hujung minggu .. hehe.. orang ingat ia mcm nak bercuti atau pegi mana2 melancong di ujung minggu.. But aku hanya 'explore' dengan golden goal yang memberi manfaat utk jangka masa panjang. Itu adalah 'pulau perlancongan' yg hebat...
Berdepan dengan kehidupan maya menjadikan kita kreatif utk mendapatkan ketulan-ketulan emas yang terdampar di depan kita.. frankly speaking.. ada orang jadi jutawan dengan hanya jual product yg untungnya bernilai 1usd kepada sejuta orang di dunia.. konsepnya mudah saja, ada produk, ada list, ada marketing then boommss.. u got that golden mine..
Matlamat ini amat penting pada aku, ia umpama mengejar harta karun.. so kene hadapi byk cabaran, kene disiplin tinggi.. Nikmat mencapai matlamat adalah tidak ternilai.. Ia adalah hasil usaha peracangan bertahun-tahun.. bukan sesaat cuma..
Ttg social obligation, terutamanya kepada golongan² yang memerlukan aku sudah plan masa depan bila berjaya nak buat yayasan mcm tan sri albukhary buat.. But wat masa ni aku still menyembunyikan amal jariah yg dibuat.. buat apa nak bgtau kat org apa yg kita sudah buat? Just senyap saja umpama tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu... rasanya lagi tenang bila kita buat amal jariah dgn ikhlas tanpa sibuk² nak bgtau orang... mcm tok guru mengajar kita mcm mana nak jadi insan yang baik dengan hati yang mulia..
Okeh.. aku rini mcm biasa.. love to click everything on net.. oii.. cd photoshopdesign mania terus laris maaa.. aku dah habis stok.. kene burn balik.. hehehe... so hari ni buat 10 unit lagi, rasanya next week dah sold out.. then kene burn lagi.. urghh.. inilah akibatnya buat ebiz ujung minggu, masih memerlukan pekerja but aku susah nak percaya pada orang kerana pernah kena tipu dan rugi beratus dollar sbb percaya pada partner yang kononnya nak buat kerjasama.. sedangkan dia tipu then bolot semua resources tu.. agak menyedihkan orang² kita ni.. adakah mereka tak fikir apa perasaan kita yang rasa dipermainkan ni ?
So sebagai pengajaran.. aku tak berkecil hati sangat.. anggap ia adalah liku² perniagaan.. Allah telah gantikan aku dgn bizpartner yang jauh lebih baik dan sangat mulia. Skrg ni rasa lebih 'gagah' coz my business keep growing up and stronger than before.. network makin berkembang, kewangan semakin kukuh... thanks God.. aku bersyukur atas rahmat dan nikmatMu yg tak bertepi ini... insyaallah aku berjanji nak sumbangkan sesuatu utk ummat dan manusia.. nak berjuang di jalanMu.. jadikan jihad ekonomi sebagai landasan utama.. nak jadi webmaster Islam yang berwibawa, nak jadi cyberpreneur Islam yang berdedikasi dan seterusnya menyumbang apa jua yang bermanfaat utk ummat..