3 perkara yang telah aku berjaya !

Dalam hidup ini ada 3 perkara yang aku telah berjaya mencapainya.. Alhamdullillah.. Semua ini anugerah Ilahi.. nak tau apa 3 perkara itu ?

1. Graduate dari UM
Dulu aku mmg seorang yang 'childish' masuk kelas sekadar cukup makan. Masa final year aku ponteng banyak class, hatta assignment pun member buatkan. Masa ni aku menghadapi krisis yang teramat besar dan ia sebenarnya hampir membunuh masa depan. But kerana kasih sayang tuhan aku berjaya menghadapi saat-saat akhir final exam UM dengan keadaan tenang. Thanks to my lecturer also as my great mentor.. bagi aku merekalah yang berjaya mendidikku menjadi insan berguna selain daripada ibu bapa, guru dan ustaz/ustazah.. Pada ogos 2004 berjaya konvo dan genggam skrol dengan senyuman gembira.. Pada hari yang sama Hijjaz, Inteam dan UNIC buat show masa malam konvo.. aku bersama mereka meraikan kejayaan graduasi yang takkan dilupakan seumur hidup !

2. Kahwin jugak akhirnya
Aku ingat dah gagal dalam percintaan.. rupanya masih ada yang sayang.. haha.. actually aku asalnya takmau kawin dan nak jadi lone ranger.. sebaliknya mak yang kahwinkan aku dengan cara ekspress.. masa tu kenal Tini bulan April 2005 kendian ogos 2005 kahwin.. 4 bulan saja kenal dah mudah ke jinjang pelamin.. sedangkan bercinta sebelum ini bagai nak rak bertahun-tahun akhirnya tak menjadi.. last2 bercinta ringkas² boleh plak ke akad nikah.. huu.. im happy rite now.. orang kata sayonara pada kenangan.. serta berjaya dalam cinta dan perkahwinan..

3. Kerjaya pegawai yang membanggakan
Aku tak sangka boleh jadi pegawai dan duduk dalam bilik office beraircond. Sbb dulu aku penah gi office mak yang jadi PTD M48 di JPN, tempat ekslusif, aircond, pc dan ada pembantu pegawai.. teringin nak jadi macam mak.. Kini aku sudah capai impian itu dengan jadi pegawai hal ehwal Islam (penolong pengarah) di salah sebuah agensi islam yang terkemuka. Aku anggap kini macam semut jatuh dalam balang gula.. Terlalu banyak nikmat jadi pegawai.. Alhamdulillah... aku bersyukur..


Inilah dunia... dunia yang sementara cuma ini adalah pinjaman semata-mata... Aku harap dapat berbakti pada ummat ini dengan penuh semangat. Dan tidak boleh berada di dalam comfort zone semata-mata.. aku mesti berani menghadapi kegagalan dan berani mencipta kejayaan..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.