6 bulan saja lagi..

Aku mempunyai 6 bulan saja lagi melengkapkan 'puzzle' yang telah lama tersimpan selama ini. Dari segi kekuatan Softhands sudah semakin bertambah, experiment dan R&D sudahpun mencapai separuh daripada apa yang diinginkan. Dulu tidak pernah menjangka ia akan jadi seperti ini, but sebenarnya dunia internet semakin berkembang setiap hari membuka ruang dan peluang lebih mudah untuk berjaya jika bermula lebih awal.

From zero to hero... aku bermula pada awal tahun 2007 mencipta portfolio dalam rahsiaebiz.com yang semakin pesat berkembang. Dari tiada apa-apa kepada 3 buah web ebiz yang bakal menjadi core bisnes. Memang pada mulanya agak berat kerana terpaksa fokus kepada perkara baru apatah lagi hanya hujung minggu sahaja dapat diperuntukkan masa dalam membuat research dengan sempurna. Ini tidak mematahkan semangat juang, kerna ia adalah cabaran yang seharusnya dihadapi dengan berani !

Aku sudah mempunyai peluang bagi kerjasama dengan beberapa entiti business lain di Malaysia, untuk JV ini bakal menyajikan peluang mendapat dana sehingga Rm50k di bawah tajaan usahawan bumiputera. Great ! ... hari sabtu ni aku jumpa diorang utk diskus lebih lanjut. Inilah peluang dan masanya...

A wise man will make more opportunities than he finds...
Sir Francis Bacon (1561 - 1626)
Selain itu website viral marketing sudah dalam proses permulaan, aku harap boleh launch awal tahun 2008 dan akan jadi mcm ala2 myspace ! Hoh.. ini project JV juga.. bagi aku masa untuk jadi lebih bijaksana dengan outsource semua perkara yg tak dpt nak dibuat supaya dapat focus kepada perkara yang lain utk lebih berjaya.

Perancangan itu penting, aku sudah plan utk tahun pertama Reanimation Softhands ini dengan baik sekali. Cumanya website rasmi belum siap kerana content belum pasti lagi. Dari segi design dan programming dah ok kerana guna CMS Joomla, cuma contentnya perlu diubah ikut kesesuaian.

Utk 2008 ni aku kene buat banyak kerja lagi, apa yang pasti dalam proposal semua itu kena buat tarikh baru kerana 10 projek utama hanya 3 saja siap. Ini kerana tak sempat dan tak relevan utk diteruskan. Insyaallah utk 2008 nak plan 3 project utama sahaja yang perlu disiapkan dengan sempurna. Dengan kekuatan 3 perkara di akhir 2007 ini maka tidak hairanlah ia akan menjadi 6 perkara pada 2008 nanti. Pada 2009 ia menjadi lebih besar dan stable, utk 2010 dan 2011 ia adalah waktu sesuai untuk bergerak secara autopilot !

Bersedia untuk perjuangan yang lebih besar !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.