Dah lama tak menyanyi..

Salah satu bakat terpendam aku adalah menyanyi di atas pentas.. actually muzik mmg beri aku kepuasan yang tak ternilai.. apa jua jenis muzik yang ada mesej. Contohnya kalo rindu/layan blues kat wife boleh nyanyi lagu westlife/bsb/babyface dsbnya.. Kalo sibuk dan busy/tension atau semua nak pantas better lagu rancak dari LP, N Sync, Limp Bizkit etc..

Semua ni antara musictheraphy.. kalo nak dgr yang jenis instrumen atau bunyi alam mcm air, bunyian kicauan burung semua ada dalam kitaro version. Tak pun dgr pelita hidup hijjaz.. ada doa lagi tu..

Masa join pelapis suara smakl dan kumpulan wahana di skola dulu mmg tak boring menyanyi.. satu cabaran seh.. yg seronoknya suka dpt surat dari secret admire.. whoaa.. tapi skrg ni takdela tebiat gitu.. nak lepaskan rindu menyanyi suka melalak sorang2 dlm keta.. takpun kat umah dgn speaker workstation yg boleh gegarkan satu PJ.. huh..

Malah kat opis suka buka youtube cari lagu2 lama yg best.. jadi satu habit pulak pepagi kerja.. heh.. yg penting kerja disiapkan terus maa.. :)

1 ulasan

  1. Wes nyanyi la..rekod suara..pastu hantar kat telaga biru ker..BMG ker..Hahaha

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.