Financial Management

Semasa final sem di UM aku ada ambik subjek financial management ni.. siap beli calculator finance yang beratus ringgit tu... skrg ni dah tak igt pi mana calculator tu.. huh.. neway dalam meneruskan kehidupan ini perlu kekuatan dari segi ilmu.. Sbb itulah aku tidak jemu-jemu membaca kejayaan mentor, sifoo, jutawan, billionaire dan sebagainya demi mempertingkatkan taraf hidup.

Sepanjang dalam pembangunan revolution phase 4 yang mengambil masa sehingga 2010, aku harap akan stable sebagaimana orang yang mempunyai pendapatan pasif dan bekerja di rumah sahaja. Zaman sekarang zaman internet, sudah tentu ia memudahkan kerja terutamanya dalam online marketing.

Ok, apa yang telah aku praktikkan dalam mengurus kewangan dengan baik? Yang penting soal keluar dan masuk aliran tunai. Ada aliran masuk yang lebih dan aliran keluar yang mampu ditanggung. Contohnya aku invest dalam prubsn takaful dgn RM300 sebulan termasuk kami berdua mempunyai perlindungan bernilai 24k hingga 150k. Ini adalah aliran keluar yang positif.

Yang keduanya aku invest dalam ASW dengan purata untungnya 6% setahun. Ini juga positif. Selain itu invest dalam online business yang kini sudah memiliki 10 VRE iaitu virtual real estate dari segi domain, hosting, informative site & traffic. Ini bernilai Rm5000 dan aku sedang maintain dapat profit secara passive bernilai RM150 seminggu hanya rileks sahaja. Ini juga satu perkembangan positif.

Lain-lain perbelanjaan dikira setiap bulan dan masih ada banyak ruang untuk dibelanjakan. Misalnya Myvi aku merupakan aset yang memerlukan aliran keluar.. ia kurang menguntungkan kerana akan susut nilai setiap tahun.. mcm motosikal, PC, laptop, handphone dan lain2. Semua ini sekadar penggunaan, selagi boleh guna selagi itulah akan guna. Yang penting disiplin untuk terus menambah income, menjimatkan aliran keluar negatif, membanyakkan aliran keluar positif dan membuat investment terhadap aset hartanah di lembah klang yang kadar keuntungannya meningkat hampir 50% setahun. Bayangkan rumah flat di Cheras bernilai RM42k pada akhir tahun lepas ini sudah bernilai RM80k. Ini sudah menjadi satu petanda bahawa nilai pasaran hartanah tidak pernah turun..

Aku plan Unit Trust Public Mutual sebagai peluang terbaik untuk invest dgn kadar 10% untung setahun. Boleh buat keluar KWSP dan invest dalam Public Mutual sebelum kecapi nikmat pelaburan aset hartanah di lembah klang.. Perancangan ni sudah lama cumanya menunggu masa sahaja. Apapun projek online business tetap berjalan mcm biasa cuma agak selektif, mahu menambah duit poket dengan apa jua peluang yang ada. Sekarang masa untuk merancang masa depan.. Usah buang masa dan buang duit.. Dunia ini sementara cuma sahaja...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.