Im ready... fight for my own future.. year 2008 !

Mentor aku kata kalo kita benar-benar bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara sudah tentu akan berjaya. Jika kita berada di dalam comfort zone, ia akan mematikan semangat juang. Ia tidak menyalakan obor semangat kerana diserapi kabus sejuk yang membekukan, akhirnya kita terkulai layu, menggigil di dalam dunia tersendiri..

Kini aku bersedia untuk 2008.. Apa jua yang berlaku kita harus menanganinya dengan penuh ketabahan. Kita akan berusaha lebih untuk masa depan, mungkin banyak kerja yang perlu dilakukan.. Masa, tenaga, fikiran dan wang dilaburkan untuk menjana kejayaan.. Aku percaya dalam dunia yang semakin materialistik ini masih ada ruang untuk bergerak menuju alFalah.. Dengan apa yang ada walaupun sepotong ayat insyaallah kita akan menyumbang untuknya...

Hijrah !

Aku akan berhijrah tidak lama lagi, meneroka dunia baru.. mencipta rangkaian networking baru... Aku tak boleh static di sesuatu tempat.. kerana aku adalah berjiwa pengembara.. Dulu aku 'dibekukan' dalam dunia comfort zone.. semuanya diisi dengan keselesaan, dan kini aku mahukan perubahan, kelainan dan keunikan..

Hijrah untuk hidup !

Sekiranya aku stay di tempat yang sama, static dan beku.. Ia tidak akan membangunkan minda dan semangat ini.. Aku tidak mahu lagi semudah-mudahnya di'subsidi' dari segi makan, minum, tempat tinggal yang mewah dan seumpamanya kerana ia telah 'mematikan' semangat juang yang aku pernah milikinya suatu masa dulu...

Aku mahu jadi orang yang hebat dengan semangatnya, sikapnya dan attitude melambangkan lelaki yang sejati.. Oleh itu kita harus mulakan hijrah ! .. Aku anggapnya sebagai tajdid dan pembaharuan, suatu perubahan baik untuk 2008 !

Aku dah start untuk buat pelbagai projek online, berkembang dengan penuh bebas.. produk utama sudah berjaya, produk kedua masih dalam pembikinan.. Manakala produk 3 insyaallah bulan akhir bulan 12 akan launch.. ini projek kerjasama dengan designer Hijjaz.

Aku berhijrah dari comfort zone ke intermediate zone.. ia akan menyalakan semangat yang hilang itu kembali bersinar.. seterusnya menjadikan aku lebih kuat, gagah dan bersemangat !

Oh alangkah indahnya dunia cabaran ini ....

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.