Kebahagiaan dan Kegembiraan..

Semalam aku tgk reality show Oprah berkaitan tajuk menarik iaitu happiness test.. Ada test utk lihat skala sejauh mana kita contented dalam hidup ini. Ia dijelaskan oleh sorang doctor yang mana beliau mengatakan happiness bukannya datang dari kebendaan tetapi datangnya dari dalam diri kita sendiri.

Aku masih tercari-cari buku ilmiah dari cendekiawan Islam bagi melihat pandangan mereka ttg hal sebegini. Mungkin kene tanya prof di akademi Islam, kebahagiaan itu yang bagaimana dan apa hubungannya antara manusia dgn makhluk dan manusia dengan tuhan..

Dari hari ke hari, aku cuba menyelesaikan masalah ummat dan juga masalah diri sendiri. Ia tidaklah semudah yang disangka.. ada satu lepas ada satu tak lepas.. cukup memeningkan..

Kebahagiaan yang dicari sebenarnya bersumberkan dari sumber kebahagiaan yang utama iaitu dari tuhan yang maha agung.. Apabila kita dengan penuh iman dan menyakini bahawa cukuplah Allah swt sebagai sumber yang memberikan segalanya maka ia adalah satu bentuk contented yang tiada taranya..

Pernah Nabi diuji oleh kaum yahudi dan musyrikin yg mahu berikan wanita tercantik, harta yang melimpahruah dan juga ditawarkan kedudukan dan jawatan pemimpin yg tertinggi. Namun baginda tidak tergugat sekalipun kerana baginda mengetahui kebendaan dan keduniaan sebegitu bukanlah kekal abadi.. ia adalah fana... Malah apa yg penting tugas Rasul adalah perlu membawa ummatnya ke jalan yang benar utk menyembah Allah swt.. Itu sudah cukup bagi Nabi, melihat semua ummatnya mentaati Allah dan segala perintahNya..

Kebahagiaan perlu didefinisikan sebagai satu bentuk kerohanian.. Ia datangnya dari hati.. Manakala hati yang tenang itu apabila ia berlapang dada dengan segala permasalahan dan ditarbiyah dengan sifat-sifat mahmudah seperti yang danjurkan Nabi.

Cuba lihat muka tok guru, ustaz/ustazah yang alim.. Wajah mereka terpancar ketenangan dan jelas ia mampu memberi tenang pada orang lain. Inilah sebenarnya kebahagiaan dan ketenangan yang dicari apabila kita bergaul dengan orang-orang yang tenang juga..

Hati tidak perlu resah, kerana kita akan mendapat limpahan aura hati yang tenang.. Agak sukar lagi utk mencari orang-orang sebegini dalam dunia materialistik. Kecuali kita berada di tempat yg betul di dalam kelompok yg dianugerahkan ketenangan sebegitu.

Aku sentiasa mengharapkan utk mencapai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Tidak perlu kekayaan melimpah jika tidak bahagia, hanya mahu sederhana dan tenang cukup apa yang ada. Sifat qana'ah itulah yang menjadikan kita berlapang dada.. apabila kita redha dan bersyukur atas segala nikmat pemberian tuhan, maka sudah pasti Tuhan akan menggandakannya lagi.. sama ada di dunia ataupun di akhirat..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.