Melayani kerenah orang

Agaknya aku telah diuji dengan pelbagai ragam dan kerenah orang yang ada pasang surutnya. Boring juga, tetapi kenkadang tu meluat.. ahaks.. mcm bebaru ni ada client yang agak 'famous' juga telah bermain wayang depan aku pasal tak puas hati itu ini.. its ok, dah sekian lama aku beri peluang masa dan juga rate harga yang barangkali murah. Pada asalnya nak tolong kerana kawan.. Kalo ikutkan aku nak je charge sampai RM10k kalo ikut standard price pasaran.

Tapi bila pk balik, harga asal adalah persetujuan bersama dan mmg kira dah murah la tu.. Kalo tak puas hati mengapa skrg baru nak ungkit ? Bukan ke harga balance tu dah kira rendah dan mmg dia boleh bayar ? Adakah harga sekecil itu pun berkira ?

Kalo begini la perangai client aku mmg nak ajar bagaimana nak hormat orang.. Bukan dia takleh bayar sbb dia mmg banyak duit pun... Aku tak kisah pasal duit tapi soal sikap dia bangkitkan tuh.. Nak itu ini, nak source file aku dah bagi, password dah bagi, kalo ikutkan semua tu kene settle semua payment baru leh dapat...

Then malam ni aku dah mula bengang dan diorang ni spttnya faham web diorang tu atas dasar nak tolong, bukannya nak makan bagai nak rak.. Dah la tak hormat orang ungkit dia pakar itu ini, aku yang dah bergelumang dgn dunia tu mmg la tau harga dia berapa.. cuba tanya orang lain siapa yang sanggup buat mcm apa yg aku buat ?

Bila perkara semacam ini berlaku, kenkadang tawar hati juga... niat asal nak tolong dah jadi mende lain... nak tak nak aku kena bagi diorang masa utk jumpa face to face.. malas nak gaduh mcm budak kecik.. better jumpa saja dan settle sebaik mungkin.

Dalam sejarah aku bersama Softhands tak pernah ada client sebegini... paling memalukan ialah orang melayu... Aku buat web dengan ACC-Council yg mana owner dia chinese pun boleh jujur dgn aku nak web mcm mana... Ini orang melayu suka sangat permainkan sesama bangsa mereka... Kecewa, terkilan dan kenkadang nak menyumpah pun ada.. but aku still bagi masa... supaya mereka fikirkan apa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Aduhai bangsa ku.. apala nak jadi ... orang melayu sesama layu.. kawan pun makan kawan... sedih la jugak.. But perjuangan ini harus diteruskan.. ini menjadi pengajaran dan iktibar dalam liku-liku perniagaan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.