Mengapa saya buat blog...

Dulu pernah buat blog yang canggih manggih tak hengat dunia.. masa tu masih 'mentah' dan belajar ttg soal kehidupan.. blog itu kemudiannya ditalqinkan dan disimpan dalam sebuah kubur maya.. agak sadis sekali blog itu.. ia catatan sejarah hidup yang pelbagai rupa.. dan kini aku still buat blog yang terlebih dahulu ditapis.. kalo nak tulis blog mcm tulis 100% diari ia mmglah agak merbahaya... Yelah.. semua orang mahukan privasi, dan sbb itu kalo nak tulispun kene beringat sikit kerana akan ada org lain yang membacanya...

Hakikatnya dunia blog pada pandangan aku adalah perlu bijak empunya diri mengawalnya.. Jika tidak ia akan mendatangkan kerugian.. Untuk mendatangkan keuntungan perlulah membuat posting2 yang bermanfaat dan memberi faedah kepada orang lain. Tidak perlulah keterlaluan dalam memendam perasaan mcm org bercinta, just jadi matang dan dewasa bagi lelaki yang mahu memimpin dunia..

Dalam gembira ada sedih, dalam sedih ada gembira, dalam sedih serta bergembira perlu ada ketabahan dan keinsafan... Dunia ini sementara cuma.. entah esok lusa kita akan menemuiNya..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.