al-waktu kas saif..

"Al-waqtu kas-saif illam-taqtho'hu qatha'aka"
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya,
niscaya pedang itu yang akan memotongmu

Mende ni pepatah Arab yang selalu didengari dari mulut lecturer masa belajar di UM. Ia menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Sesaat yang berlalu takkan kembali lagi.. ia akan terus hilang dan pergi untuk menempuhi sesaat yang baru kemudiannya..

Kenkadang tertanya apakah yang aku telah bazirkan masa untuk hari ini ?

Tgk tv ? main ps2 ? main net ? main ym ? tidur ? baca paper ?

Semua orang dikurniakan 24 jam sehari tidak kurang dan tidak lebih.. semuanya sama rata.. sekiranya kita bazirkan 10 jam untuk perkara tidak berfaedah maka hampir separuh hari kita tidak produktif. Apakah itu satu dosa ?


Mengetahui ttg kepentingan masa, maka kini sudah tiba masa utk berhenti membazirkan masa.. pelik jargon nih.. masa untuk berhenti membazir masa...

Produktiviti !
Kini aku merancang serba serbi untuk tahun 2008, apa yang perlu dicapai dan apa yang tak perlu. Gantt Chart telah mempermudahkan perancangan tahunan, dari segi projek dan bisnes rancak dijalankan, dan bagi aku tahun 2007 adalah asas Ebiz yang cukup memberangsangkan.

Aku harap dalam masa 3 tahun bleh full time jadi cyberpreneur yang berjaya. Kelebihan kita adalah mengetahui teknik marketing online yang berjaya dan ROI yang tinggi. Peningkatan penggunaan Internet Malaysia sejak akhir ini cukup hebat termasuklah perkembangan 3G dan wireless broadband.

Mengapa perlu buat Ebiz ?

Ia adalah satu bentuk kerjaya baru yang rileks dan bebas. Aku memerlukan ruang untuk bekerja dalam persekitaran kondusif tanpa tekanan yang berterusan. Spesifikasi Ebiz adalah menepati syarat-syarat tersebut. Aku mampu lakukannya dgn sepenuh hati tanpa perlu bimbang ttg soal masa dan tempat.

Di SOHO (small office home office) sudah lengkap segala peralatan faks phone, internet, laptop dan workstation bersedia utk melakukan keajaiban bila-bila masa. Dan aku percaya dalam masa 3 tahun ini merupakan satu projek jangka masa panjang yang boleh diharapkan.

Tiada masa yang boleh dibazirkan, kita kene produktif sepanjang masa. Dan belajar perkara baru utk meningkatkan produktiviti merupakan konsep kaizen. Insyaallah kurangkan pembaziran masa dan kita akan jadi lebih cepat berjaya daripada yg lain.

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.