Di manakah dia ?

Aku hari ni mcm dilemma.. antara 2 impian dalam satu arah tujuan.. Actually bukanlah satu dogma terbaru berasaskan falsafah bertunjangkan unsur libido. Ia sebaliknya satu hakikat kebenaran mahu mencapai sebuah kejayaan.. Apabila kita memikirkan di mana kesesuaian dan praktikalnya hidup dengan apa yang kita ada.

Aku tahu dalam perjuangan ini ada jatuh bangunnya, namun aku tak bisa menipu diri sendiri lagi, berpura-pura di dalam gembira. Sebenarnya ada sesuatu yang kita harus kecapi. Iaitu kebebasan untuk berkarya dan bekerja dalam suasana kondusif tanpa paksaan. Kerelaan itu lagi penting daripada rasa keterpaksaan yang menghantui saban hari setiap pagi hingga ke malam.

Apakah ia mustahil ?

Manusia dilahirkan dengan anugerah tuhan yang tidak terbilang.. Dari segi mental, fizikal dan spiritual itulah yang akan melengkapkan manusia. Aku terdengar satu ungkapan.. apabila kita kenal diri sendiri maka kita akan mengenali tuhannya...

Ku mencarigali apakah rahsia-rahsia semua ini. Ternyata ia tidak ada di tempatku sekarang.. Mustahil mencarinya di sekeliling orang yang terikat dengan materialistik dan kefanaan ini.

Di manakah dia ?

Aku ingin mempelajari mengenali diri sendiri.. Ia sebenarnya datang dari dalam.. Apakah kita akan menyingkap tabirnya... ?

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.