Here we go 2008..

Perancangan project 2008 dah siap, cuma nak implement saja.. Skrg ni nak cari jalan shortcut siapkan product. Ingat nak JV tapi belum lagi nampak tanda-tanda yang sesuai.

Aku sentiasa bawa backpack aku yg ada laptop dan file project ke mana-mana sahaja. Insyaallah nak jadi full timer yang berjaya dalam cyberpreneur.. Aku nak mengembara satu Malaysia sambil buat ebiz saja. Bila nak duit just email pada beribu list then tunggu client bayar. Huh.. very easy..

Aku skrg ni masih dalam proses transformasi 100% yang mana semakin dekat kejayaan itu perlu disusuli dengan pelbagai social obligation. Buat masa ni nak menyumbang 'speech' dalam beberapa siri motivasi pelajar yang sesuai. Aku boleh beri pandangan dari segi Teknik StudySmart yang mana boleh booster minat utk belajar dengan cara yang betul. Selain itu suka bagi talk pasal ebiz, web & internet di mana jua.

Aku merasakan prospek 2008 semakin berkembang selaras dengan supply & demand yang telah menunjukkan peningkatan ketara sejak tahun ini. Market belum lagi tepu, dan ini membolehkan kita mengorak langkah lebih pantas.

Ayuh.. perkasakan rancangan dan perteguhkan keyakinan.. Insyaallah jika kita yakin hampir 50% selebihnya hanyalah usaha..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.