Perjuangan 2008



Perjuangan ini diteruskan dan tahun baru 2008 sudah tentu menyajikan pelbagai cabaran untuk ditempuhi. Saya bersama rakan-rakan webmaster Islam lain telah bersepakat untuk berjuang dan mengadakan pelbagai program meningkatkan kesedaran terhadap nasib ummat Islam terutamanya dalam membela nasib generasi muda Palestin.. Oleh kerana kita tahu ummat Islam telah dilanyak dengan teruk oleh kaum musyrikin seluruh dunia dan kita masih berpeluk tubuh umpama buta dan tuli memekakkan telinga. Saya yakin semua webmaster, blogger, internet surfer mampu lakukan sesuatu untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan bukan berbentuk material tetapi lebih kepada aspek ilmiah akademik, meningkatkan tahap 'awareness' generasi muda kita di dalam menempuhi cabaran yang bakal mendatang. Bagi yang 'expert' sudah tentu melakukan sesuatu yang lebih 'advanced' terhadap mereka yang bertindak kejam terhadap ummat Islam. Saya percaya peperangan ini bukan sahaja akan berlanjutan sehingga akhir dunia, ini adalah salah satu cabang jihad fisabilillah selagi mana kita lakukan dalam bentuk yang termampu. Usah buang masa begitu sahaja, lihatlah gambar anak-anak generasi muda Palestin yang dinafikan hak untuk menuntut ilmu, dan berani berdepan dengan askar Yahudi tanpa mengenal usia mentah dan nyawa.. Keberanian inilah yang sepatutnya ada pada diri kita ummat Islam bukannya menyorok di sebalik kekayaan harta, minyak, emas dan wanita semata-mata.

Saya akan teruskan pelbagai sumbangan di RahsiaEbiz supaya semua orang boleh sama-sama berjuang untuk membela nasib ummat terutamanya dalam bidang ekonomi. Kita tidak seharusnya ketinggalan, dan wajib lakukannya supaya kita tidak tertindas dan dizalimi. Ayuh kita tingkatkan azam untuk menempuh tahun baru 2008 dengan lebih cekal, gigih dan sabar. Berjuanglah tak kira apapun walau tanpa senjata kita mempunyai ilmu dan buah fikiran yang bernas untuk membina masa depan yang lebih gemilang. Sekarang ini bukan zaman berperang secara mengangkat rifel dan bom tangan tetapi boleh juga perang secara ideologi dan mentaliti. Ini kerana jika anak muda kita lebih bijaksana dan berwibawa sudah tentu dapat melahirkan sebuah kekuatan ummat yang lebih baik dari semua aspek. Kita perlukan insan yang berjiwa kental dan yakin dengan tuhan.. Semoga Allah swt akan membantu mereka yang berjuang di jalanNya... wahdatuna lil Islam... !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.