Tgh berjogging kat padang Istara..

Just nak jadikan cerita menarik hari ni... aku berjogging petang tadi, sesambil tgk org main bola dan rugby.. mcm tulah area pj ni, byk orang main sukan kat padang istara.... setelah 2 round jogging, tup tap timbul idea yang really² strategic.. ni masuk bab bisnes lah.. after mengesap peluh dan mula rileks sesambil berjalan menuju kat kete, tgk budak india sekolah bergaduh depan aku.. diorang main-main saja... gimik... sekilas idea begitu rancak bersambungan... ada sinergi...

Sbb ikutkan strategi aku launch CD Grafix banyak promosi tetapi tanpa gimik yang berkesan.. Akhirnya aku idea yang bagus bila nak launch CD Photoshop DesignMania tak lama lagi... Sampai orang call dan tanya whats next ? Ia masih lagi rahsia... kalo minat just jadi ahli di www.rahsiaebiz.com sebab aku ada bagi free stuffs yang orang lain tak penah bagi... kewl.. berita terbaru ttg CD terbaru ni bakal kuar di dalam pertengahan bulan Ogos.. yang menariknya ia mendedahkan sebahagian besar rahsia webmaster Softhands sepanjang bergelumang di dalam arena web dan bisnes online..

Dunia semakin pantas...

Semua orang bergerak pantas.. setiap hari ada saja perkara baru.. music pun sudah berbeza sejak 30 tahun dulu.. makin pantas, macam kilat, sebutan mcm robot.. semuanya seolah terlalu laju.. kereta pun makin pantas, processor Intel dan AMD makin galak bersaing untuk mencuri pasaran.. Kita di sini jika masih lembab dan tidak mengambil peluang yang terbentang di depan mata maka rugilah diri anda.. Umur muda tidak menjadi alasan untuk berehat-rehat dan berseronok... Actually kat dunia ni tak boleh berseronok sgt.. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan.. Percayalah hanya di akhirat yang kekal abadi itulah tempat paling strategik utk berseronok tanpa batasan... :)

Reanimation 1.9

Aku dah siapkan web ACC, so skrg ni ada banyak masa terluang.. maybe nak reanimate semula projek web baru Softhands yang selalu tertangguh.. huhuu.. ingat nak launch bulan ni tapi tak sempat, so aku nak siapkan web Softhands dulu dan launch pada 19 August 2007. Dalam BusinessPrediction untuk 2008 dah hampir complete, cumanya aku perlu gerakkan beberapa produk yang bakal kekal dan ada penambahbaikan dari masa ke semasa.

Esok ada program bersama Dato fadzilah kamsah di Masjid Wilayah... satu program yang cukup penting di mana aku sendiri nak belajar ttg erti mandiri/survival... Jom ramai-ramai ke masjid Wilayah esok kol 9pagi hingga kol 12tgh...

Ahad yang rileks...

Hari ni buat kerja rumah, kemas sana sini, prepare baju, coz start esok isnin dah kembali busy terutamanya dengan ahli majlis agama islam wilayah persekutuan. Maybe aku siapkan ACC hari ni dengan semua page lengkap, termasuk flash animation. Simple ajelah buat sbb aku dah tara idea.. ahaks... start 4-6 ogos terbang ke langkawi.. nak merasa cuti yang best.. :)

Busy dengan banyak project web..

Erm.. nampak gaya tido lambat lagi aku rini, menjenguk web ACC dan FIFI yang masih on progress.. web TBSB plak aku dah buat quotation baru nak bagi pada Bro Sani. banyak gak le project yang aku run sorang, member lain semua dah menghilang.. entah ke mana.. maybe diorang dah kaya kot bercuti ke Bali.. ahaks..

Aku tengok skrg ni pattern web sudah berubah.. dari static kepada dynamic.. dulu byk org buat static je sbb mudah x payah belajar programming.. but skrg ni programming dah boleh mixed dgn design jadi lawa mcm web joomla yang dah siap buat spt di http://www.rahsiaebiz.com launch kira² 4 bulan lepas.. Simple saja design, but very powerful.. hatta nak berforum, blog, galeri, iklaneka dan memacam mende pun boleh.. Penah dalam satu artikel aku kata Joomla adalah web masa depan & solutions yang paling strategik dalam bisnes internet... Ia percuma, banya function dan banyak template lawa2.. kalo nak bley email aku .. hehe

Im back.. sekian lama blog ini terpendam dalam dunia maya tanpa terusik. Kini nak buat satu permulaan barulah.. ingin melontar idea di luar kebiasaan di sini memandangkan banyak cerita nak bagitau.. Dulu ada blog but skrg maybe jurnal kali ini sekadar informasi dan tidak ada kene mengena dengan sesiapa jua. LangBiru cuma sekadar nama, Code7 juga sama.. Mengapa LangBiru? ini semuanya adalah idea semasa zaman mahasiswa dulu.. Mungkin suka menulis sajak dan puisi, sehingga kini bakat itu sudah menghilang entah ke mana... Sbb itu bertukar jadi Code7 sebab ia lebih moden dan tidak terlalu artistik.. Code7 adalah nickname pasca siswazah, after graduate saja saya dah ada personaliti baru yang lebih matang.. Hidup telah mendewasakan kita semua... anda bagaimana?