Dunia webmaster di hujung minggu..

Dari pagi tadi aku cuba restore database ke dalam server baru but still tidak dapat berfungsi dengan baik.. Adakah ini satu titik pengakhiran autodownline script ? Neway aku akan cuba cari jalan penyelesaian yang lebih baik.. Maybe guna sistem baru dan lebih stable.. But terlalu suntuk untuk itu.. (kenkadang kita perlu stick pada perancangan yang lebih menguntungkan)

Kini aku nak buat restore joomla pulak guna Joomlapack component.. ntah menjadi atau tidak sebab hari ni first time nak guna. Aku mengambil keputusan untuk memindahkan server kerana tidak tahan dengan kualiti buruk provider yang telah menjejaskan reputasi web seringkali down dan bermasalah.

Hari ni nak fikir juga ttg projek ebook terbaru yang nak dilancarkan pada 29.10.2007 memandangkan dah dapat beberapa bahan yang cukup sesuai diketengahkan.. Yang penting mesti unik dan wujud wow factor ! .. aku dah belajar banyak pasal high octane marketing kini sudah tiba masanya untuk praktikkanya dalam mendapatkan manfaat.

Dalam Ebiz kita perlu kreatif... Tidak boleh statik pada satu-satu benda sahaja. Aku teringin buat produk yang reliable dan berkualiti untuk jangka masa panjang.. Perancangan teliti penting dan ini aku zahirkan dalam projek under RahsiaEbiz.Com

Target dalam masa 12 bulan lagi aku dapat menuai hasil yang lebih stable. Tidak perlu berharap pada services semata-mata tetapi boleh harapkan keluaran produk² yang bermutu.

Petang ni berbuka puasa bersama artis² Hijjaz di Hotel Putra.. Aku sponsor bibs tapi x dpt datang.. rugi betulla.. Skrg ni aku plan nak snapshot terbaik utk ebook aku.. ahaks.. So mencari model yang fotogenic untuk dimuatkan dalam ebook itu nanti.

Wah esok Isnin sudah menjelma.. Kembali menjadi seorang officer yang berwibawa... :)

Projek Terbaru Yang Menggemparkan..

Aku terbangun awal hari ni dalam kol 3.00 pagi.. Sempat solat tahajjud dan melayari net seketika. Sekarang ni ada beberapa idea untuk menjalankan projek Ebiz kedua terbesar yang akan dilancarkan pada 29th October 2007.

Wah.. projek apa tu ?

:) Emm.. Actually diri ni merasakan pasaran Ebiz di Malaysia masih lagi baru dan belum tepu. Aku ada idea yang cukup menarik sepanjang 6 tahun jadi webmaster dan telah mempelajari pelbagai teknik marketing online dan offline secara tak langsung dari banyak mentor dalam dan luar negara.

Istimewanya, bagi newbie dan juga mereka yang telah menceburi Ebiz boleh dapatkan produk terbaru yang cukup 'menggemparkan' ini.

Kebanyakan tips dan point yg telah di'extract' dalam produk yang bakal keluar ini merupakan amalan jutawan-jutawan siber dunia. Ia mmg menguntungkan kerana dengan mencakupi selok-belok Ebiz yang professional membolehkan anda berjaya lebih cepat.

Aku ingatkan nak launch sebelum raya, tapi sebenarnya masa terlalu suntuk kerana masih terikat dengan pelbagai projek web development yang lain. Insyaallah dengan target masa yang ada bakal dikeluarkan sebelum atau pada 28th october 2007 nanti. So keep in touch bersama Team RahsiaEbiz.Com untuk dapatkan perkembangan menarik dari masa ke semasa.

Rileks dan berfikir...

Hari ni takde apa sangat.. just rileks².. mandikan MyVi kesayangan, pastu tgk tv, tgh2 malam main golf dgn bro munif, bro syifa dan muadz yang tak penah berubah dgn lawak slapstik.. ahaha..

Aku plan nak launch byk produk CD but bila pk balik, timing tidak beberapa kena di bulan Ramadhan ni.. mood bercuti.. So kene wat after raya..

Masa nak balik klate nanti, aku plan nak siapkan ebook marketing tu dulu.. ada banyak cara nak explain bertambahnya info bila baca buku mike filsaime, david, robert g. allen dan sebagainya termasuk MRR collection..

Sekarang ni nak settlekan MAIWP sebentar.. Maybe ada isu2 besar yang perlu diselesaikan dulu.. So get ready for another super project.. hehe..

Life is a journey...

Wah.. hari ni cukup adventure.. :) Cukuplah ia di simpan di hati..

Neway, mcm biasalah sebahagian impian sudah capai.. selebihnya mahu mencapai kejayaan gemilang bersama Softhands.. Aku percaya jika kita planning dengan betul dengan asas yang relevan sure boleh menjadikan ia satu realiti.

Keyakinan dan usaha gigih itu penting. Kejayaan takkan datang bergolek.. Hidup mesti kreatif.. Dan kita belajar dari org2 yang telah berjaya.. ia akan lebih mempercepatkan masa kita.

Aku beri masa untuk diri berfikir semula... merancang dari awal formula.. adakah ia berkesan?

Ia satu pengembaraan.. aku mahu belajar lebih banyak lagi...

Berlari di kaki langit..

Dulu aku sentiasa membilang bintang di langit..
di saat rembulan setia di sisi..
impian ku sejauh di sana..

sekecil bintang
yang bersinar di celahan rasa
hati ini yang penuh citra

Andai...
Diberi peluang..
aku ingin ke sana...
Berlari di kaki langit
Realisasikan mimpi
Menjadi realiti yang terindah
Untuk diri.. demi semua..
Segalanya..

Dunia semakin pantas..

Cepatnya masa berlalu.. sampai tak sedar kita kini sudah di bulan 9.. sudah genap setahun lebih aku bersama institusi yang memberi ruang selepas YPEIM. Neway, masa depan masih lagi jauh.. Nak buat keputusan perlu bijaksana menunggu peluang yang lebih cerah.

Kini pelbagai projek sudah berjalan, segalanya seperti yang dirancangkan.. Aku boleh rasa 30% kejayaan Softhands mampu dilakukan yang terbaik tahun ini. Cuma tak boleh cepat puas hati kerana masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan segera mungkin. Bayangkan ada 10 produk yang dah digariskan untuk mencapai piawaian inovasi terbaik dalam masa 6 bulan. Adakah aku mampu mengerahkan kreativiti terus menerus tanpa henti ? Jika yakin boleh, semuanya pasti boleh..

Perancangan kewangan yang rapi perlu dibuat, ada target long term ingin dicapai. Jika aku berjaya mendisiplinkan diri insyaallah ia dapat mempercepatkan masa utk mencapai kejayaan lebih sempurna. Pengisian ilmu-ilmu bisnes dan marketing sehingga hari ini adalah 'crucial' sbbnya kita akan bersaing dalam dunia Internet yang senantiasa berubah.. berikut adalah pandangan bisnes online yang akan fokus pada beberapa point penting seperti :

  1. Online Video - byk orang akan menggunakan medium ini sebagai saluran marketing
  2. Affiliate System - byk orang memanfaatkan bisnes mudah dengan melalui sistem aff.
  3. Autodownline - byk org MLM berduyun merebut sistem ini utk menembusi pasaran online
  4. Blog & Portal System - byk org mahu sistem web yang interaktif berbanding html biasa
  5. Ebook - salah satu produk yang menyumbang banyak keuntungan
  6. Google Adwords - PPC yang paling berbaloi untuk dicuba dalam marketing
  7. Paypal - ia sebagai tools berguna untuk kumpul duit online.
  8. Online Banking - keperluan wajib netpreneur terutamanya M2U, namun semua jenis bank juga diambil kira sebagai penting juga.
  9. Knowledge resources - sumber pengetahuan dan juga akses terhadap niche tertentu juga menjadi tumpuan. Site yang paling byk resources akan menjadi buruan !
  10. Social Site - salah satu medium paling 'human' seperti myspace, friendster & sebagainya.

Aku ingin menulis dan berkarya..

Tahun ini aku banyak menulis.. tak pernah buat blog penuh dengan tulisan begitu konsisten sekali... terutamanya blog bisnes di RahsiaEbiz adalah satu hasil yang barangkali boleh dibanggakan. Insyaallah berkat kesabaran dan kesungguhan untuk merubah nasib sendiri melalui perniagaan juga satu perjuangan jihad.. Jika bermula hari ini sebagai perintis, masa depan kita sebagai pemimpin.. Jika diperhatikan bagaimana jutawan US/UK internet bermula hanya dengan 'passion' .. itu juga satu motivasi, manakala aku lebih kepada al-falah oriented utk di dunia dan juga akhirat..

Untuk bermula ia memerlukan kekuatan, untuk meneruskan ia memerlukan kesungguhan.. untuk terus bangkit dan bangun juga memerlukan kecekalan... tahap getir dan pahit maung ujian ditempuh dengan sabar.. tak boleh give up terlalu awal..

Di kala kita baru meningkat naik jangan lupa untuk lihat di bawah.. Beringat bahawa dunia ini bulat, sentiasa berpusing, ada masa kita di atas ada masa kita di bawah..

Tahun ini biar aku banyak menulis.. banyak berfikir dan mentafsir.. tahun depan aku akan banyak bercakap pula.. mungkin di dalam seminar atau kursus, mahupun workshop berkaitan Ebiz.

Aku harap dapat hasilkan ebook mengenai marketing dalam masa 1 bulan saja lagi.. nak lihat hasilnya yang begitu menakjubkan kerana ia adalah satu konsep 'unique'.. Nak boost up sales dengan kos marketing yang rendah serta meningkatkan conversion rate serta kadar ROI (return on investment) yang lebih baik.

Kebanyakan idea datangnya dari pengalaman, susulan dari pemerhatian 'live' dengan client Softhands seperti TelagaBiru, HijjazGroup, ICTZone/NTP & pelbagai case study bersama RahsiaEbiz yang bebetul 'menjadi'.. ia bukan sekadar cakap kosong.. banyak experience yang dikongsi apatah lagi cukup bermanfaat bagi newbie utk bermula dengan selesa.

'Wow factor' adalah satu teknik 'booster' dalam marketing yang mana dibawakan juga dalam Out of the box marketing sebagai high-octane markerting.. Teknik² ini lebih kepada psikologi effect.. yang menariknya ia dapat boost up sales 50% dalam masa 12 jam sahaja. mana taknyer, sifat² teknik ini begitu dramatis..

Whopps.. ada banyak lagi nak citer..cumanya menunggu masa utk muncul.. tunggulah sebulan lagi.. nak improve semula point2 penting dengan gaya bahasa bersahaja.. penat juga nak memikir eks.. yg penting semua orang dapat membaca keunikan marketing ini.. satu-satunya pasal marketing yang cukup eksklusif, praktikal dan fleksibel...