Perjuangan 2008



Perjuangan ini diteruskan dan tahun baru 2008 sudah tentu menyajikan pelbagai cabaran untuk ditempuhi. Saya bersama rakan-rakan webmaster Islam lain telah bersepakat untuk berjuang dan mengadakan pelbagai program meningkatkan kesedaran terhadap nasib ummat Islam terutamanya dalam membela nasib generasi muda Palestin.. Oleh kerana kita tahu ummat Islam telah dilanyak dengan teruk oleh kaum musyrikin seluruh dunia dan kita masih berpeluk tubuh umpama buta dan tuli memekakkan telinga. Saya yakin semua webmaster, blogger, internet surfer mampu lakukan sesuatu untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan bukan berbentuk material tetapi lebih kepada aspek ilmiah akademik, meningkatkan tahap 'awareness' generasi muda kita di dalam menempuhi cabaran yang bakal mendatang. Bagi yang 'expert' sudah tentu melakukan sesuatu yang lebih 'advanced' terhadap mereka yang bertindak kejam terhadap ummat Islam. Saya percaya peperangan ini bukan sahaja akan berlanjutan sehingga akhir dunia, ini adalah salah satu cabang jihad fisabilillah selagi mana kita lakukan dalam bentuk yang termampu. Usah buang masa begitu sahaja, lihatlah gambar anak-anak generasi muda Palestin yang dinafikan hak untuk menuntut ilmu, dan berani berdepan dengan askar Yahudi tanpa mengenal usia mentah dan nyawa.. Keberanian inilah yang sepatutnya ada pada diri kita ummat Islam bukannya menyorok di sebalik kekayaan harta, minyak, emas dan wanita semata-mata.

Saya akan teruskan pelbagai sumbangan di RahsiaEbiz supaya semua orang boleh sama-sama berjuang untuk membela nasib ummat terutamanya dalam bidang ekonomi. Kita tidak seharusnya ketinggalan, dan wajib lakukannya supaya kita tidak tertindas dan dizalimi. Ayuh kita tingkatkan azam untuk menempuh tahun baru 2008 dengan lebih cekal, gigih dan sabar. Berjuanglah tak kira apapun walau tanpa senjata kita mempunyai ilmu dan buah fikiran yang bernas untuk membina masa depan yang lebih gemilang. Sekarang ini bukan zaman berperang secara mengangkat rifel dan bom tangan tetapi boleh juga perang secara ideologi dan mentaliti. Ini kerana jika anak muda kita lebih bijaksana dan berwibawa sudah tentu dapat melahirkan sebuah kekuatan ummat yang lebih baik dari semua aspek. Kita perlukan insan yang berjiwa kental dan yakin dengan tuhan.. Semoga Allah swt akan membantu mereka yang berjuang di jalanNya... wahdatuna lil Islam... !

Perfect - Simple Plan

im sorry.. i can't be perfect...

Best woo lagu ni.. mmg 'touching' tol la..

Bersiap sedia untuk bertempur..

Gelanggang sudah dibuka.. Cuma langkahnya belum bermula.. Aku di sini menyusun strategi, sekiranya dibiarkan lama-kelamaan aku tiada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan.. Masih belum terlalu lambat ! Aku tahu apa yang perlu dilakukan..

Adakalanya dalam hidup ini kita perlu menerima hakikat bahawa semua orang akan berubah. dan aku sudah fikirkan semasak-masaknya, aku boleh harunginya !

Here we go 2008..

Perancangan project 2008 dah siap, cuma nak implement saja.. Skrg ni nak cari jalan shortcut siapkan product. Ingat nak JV tapi belum lagi nampak tanda-tanda yang sesuai.

Aku sentiasa bawa backpack aku yg ada laptop dan file project ke mana-mana sahaja. Insyaallah nak jadi full timer yang berjaya dalam cyberpreneur.. Aku nak mengembara satu Malaysia sambil buat ebiz saja. Bila nak duit just email pada beribu list then tunggu client bayar. Huh.. very easy..

Aku skrg ni masih dalam proses transformasi 100% yang mana semakin dekat kejayaan itu perlu disusuli dengan pelbagai social obligation. Buat masa ni nak menyumbang 'speech' dalam beberapa siri motivasi pelajar yang sesuai. Aku boleh beri pandangan dari segi Teknik StudySmart yang mana boleh booster minat utk belajar dengan cara yang betul. Selain itu suka bagi talk pasal ebiz, web & internet di mana jua.

Aku merasakan prospek 2008 semakin berkembang selaras dengan supply & demand yang telah menunjukkan peningkatan ketara sejak tahun ini. Market belum lagi tepu, dan ini membolehkan kita mengorak langkah lebih pantas.

Ayuh.. perkasakan rancangan dan perteguhkan keyakinan.. Insyaallah jika kita yakin hampir 50% selebihnya hanyalah usaha..

Hari ni aku telah membuat keputusan yang teramat besar dalam hidup. Sebagai seorang hamba Allah swt, seorang anak kepada ibunya, seorang insan yang berpegang teguh pada prinsip kebenaran dan keyakinan hakiki.

Sudah lama mencari kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian, untuk dibanggakan pada hari tua, tidak mahu terkongkong umpama sayap yang terikat pada beban galas yang tiada erti. Adakalanya kita harus mengorbankan kepentingan diri demi keluarga yang tercinta, berhenti menyiksa diri dan menerima setiap kebaikan itu sebagai keperluan dalam kehidupan.

Aku membebaskan impian bersama untuk mengecapi masa depan yang lebih cerah. Aku lebih yakin dan percaya tuhan memahami isi hatiku berbanding manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Adakalanya bertopengkan wajah manusia sebaliknya berupakan makhluk yang tiada etika. Aku sudah cuba segalanya, namun ia ibarat mendera diri sendiri kerana terpaksa memendam rasa sehingga menderita dibelenggu rasa bersalah yang tiada berpenghujungnya.

Kini aku sedar.. dan aku kembali sebelum segalanya terlambat.. Aku masih diterima, dibanggakan sebagai seorang anak yang setia. Biarlah aku mencari kehidupan yang lebih bererti.. Ia membawaku ke arah kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan..

Phase 4 .5 Revolution !!

Aku ada 3 tahun lagi untuk menuju ke arah financial freedom and stable hanya dengan Softhands.. Insyaallah segala perancangan giat dijalankan.. Rumah dan kereta sudah ada, kerjaya pun mantap, cuma bisnes Softhands dalam proses ke arah stabilization.. dianggarkan dalam masa 3 tahun iaitu tahun 2011 aku sudah boleh rileks goyang kaki di rumah sambil tgk duit masuk..

Apa yang menariknya tahun ini peralihan Softhands dari web development ke online ebiz B2C melalui rahsiaebiz.com ... Selain itu JV bersama pihak AlcreativeDP semakin menampakkan hasil.. Aku rasa tahun 2008 akan proceed project bersama pihak ITSB dan aclreativedp dalam projek yg sesuai..

RahsiaEbiz sudah mempunyai barisan produk yang tersendiri.. Kali ini banyak buat produk sebagai eksperimen dan insyaallah barisan terbaru muncul pada januari 2008...

Aku dapat merasakan auranya semakin kuar, i can get what i want if visualize it properly.. apa yang tersembunyi di dalam minda separa sedar pasti akan menjadi realiti..

Dunia semakin berkembang dan semua orang mula praktikkan apa yang terbaik dalam hidup mereka. Aku pasti dapat goldmine bersama project-project yang telah dijalankan.. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh pasti berbaloi suatu hari nanti..

Aku mahu wujudkan satu empayar produk sekurang-kurangnya 10 jenis dan semua itu berfungsi sebagai satu paip duit yang benar-benar cemerlang.. Bagi aku fokus pada produk lebih menguntungkan utk jangka masa panjang.. tambah lagi produk2 tersebut pasti memberi keuntungan lumayan disebabkan overhead cost yang teramat rendah serta profit yang begitu tinggi sekali.. mentor jutawan sudah buktikannya.. tunggu aku pula yang praktikkan apa yang telah dipelajari...

Skrg ni project RahsiaEbiz mendahului segalanya.. Ia merupakan platform pertama Softhands melebarkan ke bahagian yang belum diterokai.. Sbb itulah mempelajari teknik marketing online adalah begitu penting, kita akan tahu apa yang menjadi dan apa yang tak menjadi.. Aku tahu tempat mana yang paling byk dan mudah nak dapat customer.. ROI hampir 300% dalam masa 7 hari saja.. percaya aku boleh cipta lebih banyak kejayaan jika menguasai teknik yang sesuai untuk rahsiaebiz berkembang..

Inilah 4.5 revolution... aku masih dalam pertengahan mencapai apa yang diimpikan.. dan itupun memerlukan 3 tahun lagi utk selesai.. moga aku dapat buat apa yang diperlukan.. mende ni bole berjaya sekiranya ada kemahuan dan cita-cita.. bukan angan-angan kosong.. tetapi keyakinan yang jitu membolehkan segalanya menjadi..

Semoga hari Jumaat ini akan menjadi lebih berkat.. niat utk memajukan diri mmg kuat dan pastinya boleh berjaya !

Ujung tahun yang busy...

Macam biasalah aku menulis.. sekadar melepaskan tekanan.. dalam keadaan yang sentiasa berlapik, kias dan bermetafora.. Kenkadang dunia buat kita tension.. Mengapa kita harus memikul masalah ummat ? Bebanan ini diperhalusi hikmahnya adalah untuk menjadikan kita ummat yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Ujung tahun inilah nak setelkan apa yang belum tersetel.. dan dibawa tahun hadapan utk diperbaiki sehabis mungkin. Ini kerana hidup tak semestinya perfect.. kita manusia melakukan kesilapan dan itu adalah kelemahan makhluk.. Tuhan tiada kelemahan, ia memiliki sifat2 kesempurnaan.. Oleh itu banyakkanlah mohon pertolongan dan doa pada yang Maha Agung moga beroleh ketenangan dan kesejahteraan..

Ada 19 hari lagi tahun baru 2008 bakal tiba.. Aku masih perlu belajar banyak untuk cipta lebih banyak kejayaan.. Then tak boleh buang masa kerana masa itu lebih berharga daripada emas !!

al-waktu kas saif..

"Al-waqtu kas-saif illam-taqtho'hu qatha'aka"
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya,
niscaya pedang itu yang akan memotongmu

Mende ni pepatah Arab yang selalu didengari dari mulut lecturer masa belajar di UM. Ia menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Sesaat yang berlalu takkan kembali lagi.. ia akan terus hilang dan pergi untuk menempuhi sesaat yang baru kemudiannya..

Kenkadang tertanya apakah yang aku telah bazirkan masa untuk hari ini ?

Tgk tv ? main ps2 ? main net ? main ym ? tidur ? baca paper ?

Semua orang dikurniakan 24 jam sehari tidak kurang dan tidak lebih.. semuanya sama rata.. sekiranya kita bazirkan 10 jam untuk perkara tidak berfaedah maka hampir separuh hari kita tidak produktif. Apakah itu satu dosa ?


Mengetahui ttg kepentingan masa, maka kini sudah tiba masa utk berhenti membazirkan masa.. pelik jargon nih.. masa untuk berhenti membazir masa...

Produktiviti !
Kini aku merancang serba serbi untuk tahun 2008, apa yang perlu dicapai dan apa yang tak perlu. Gantt Chart telah mempermudahkan perancangan tahunan, dari segi projek dan bisnes rancak dijalankan, dan bagi aku tahun 2007 adalah asas Ebiz yang cukup memberangsangkan.

Aku harap dalam masa 3 tahun bleh full time jadi cyberpreneur yang berjaya. Kelebihan kita adalah mengetahui teknik marketing online yang berjaya dan ROI yang tinggi. Peningkatan penggunaan Internet Malaysia sejak akhir ini cukup hebat termasuklah perkembangan 3G dan wireless broadband.

Mengapa perlu buat Ebiz ?

Ia adalah satu bentuk kerjaya baru yang rileks dan bebas. Aku memerlukan ruang untuk bekerja dalam persekitaran kondusif tanpa tekanan yang berterusan. Spesifikasi Ebiz adalah menepati syarat-syarat tersebut. Aku mampu lakukannya dgn sepenuh hati tanpa perlu bimbang ttg soal masa dan tempat.

Di SOHO (small office home office) sudah lengkap segala peralatan faks phone, internet, laptop dan workstation bersedia utk melakukan keajaiban bila-bila masa. Dan aku percaya dalam masa 3 tahun ini merupakan satu projek jangka masa panjang yang boleh diharapkan.

Tiada masa yang boleh dibazirkan, kita kene produktif sepanjang masa. Dan belajar perkara baru utk meningkatkan produktiviti merupakan konsep kaizen. Insyaallah kurangkan pembaziran masa dan kita akan jadi lebih cepat berjaya daripada yg lain.

Di manakah dia ?

Aku hari ni mcm dilemma.. antara 2 impian dalam satu arah tujuan.. Actually bukanlah satu dogma terbaru berasaskan falsafah bertunjangkan unsur libido. Ia sebaliknya satu hakikat kebenaran mahu mencapai sebuah kejayaan.. Apabila kita memikirkan di mana kesesuaian dan praktikalnya hidup dengan apa yang kita ada.

Aku tahu dalam perjuangan ini ada jatuh bangunnya, namun aku tak bisa menipu diri sendiri lagi, berpura-pura di dalam gembira. Sebenarnya ada sesuatu yang kita harus kecapi. Iaitu kebebasan untuk berkarya dan bekerja dalam suasana kondusif tanpa paksaan. Kerelaan itu lagi penting daripada rasa keterpaksaan yang menghantui saban hari setiap pagi hingga ke malam.

Apakah ia mustahil ?

Manusia dilahirkan dengan anugerah tuhan yang tidak terbilang.. Dari segi mental, fizikal dan spiritual itulah yang akan melengkapkan manusia. Aku terdengar satu ungkapan.. apabila kita kenal diri sendiri maka kita akan mengenali tuhannya...

Ku mencarigali apakah rahsia-rahsia semua ini. Ternyata ia tidak ada di tempatku sekarang.. Mustahil mencarinya di sekeliling orang yang terikat dengan materialistik dan kefanaan ini.

Di manakah dia ?

Aku ingin mempelajari mengenali diri sendiri.. Ia sebenarnya datang dari dalam.. Apakah kita akan menyingkap tabirnya... ?

Linkin Park - What I've Done

whoaa.. beautiful acoustic version.. this home-made vids was the best i've ever seen... what u've done haa..

Allah Knows by Zain Bhikha

Cool songs from zain.. really love it so much..