2008.. tahun yang paling gigih...

So akhirnya menjelma juga tahun 2008... dengan beberapa azam dan projek baru yang mahu dilaksanakan.. sure akan meningkatkan lagi keyakinan dan usaha untuk berjaya.. Aku akan gunakan sepenuhnya kemampuan dari dalam dan luar untuk mencapai apa yang diingini..

Visualize it then realize it.. ia satu konsep art.. kemampuan minda kita jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan.. cuma kene explore lebih baik dari masa ke semasa..

Tahun 2008.. aku nak berjaya dalam 3 perkara...

1. Softhands Network
2. RahsiaEbiz Cyberpreneurship Program
3. Social Obligation thru al-Falah

Dengan ketiga-tiga ini dapat membawa kepada al-Falah iaitu kejayaan dunia dan akhirat. Dulu aku x pernah fikir untuk pergi sejauh ini.. Namun ia sudah pun berlaku.. dan ia sepatutnya berlaku 3 tahun dulu.. semasa aku masih mencari ruang sebagai entrepreneur..

Dan aku akan teruskan usaha social obligation sekarang ini tanpa rasa khuatir.. mungkin tahun 2008 perlu lebih banyak membantu orang tidak kira di mana jua.. Kerana setiap rezeki itu mempunyai bahagiannya.. dan jika kita menginfaqkan ke jalanNya sudah tentu ia akan dibalas berlipatkali ganda..

Secara keseluruhannya, aku gambarkan dalam suasana yang kondusif.. Mahu lebih masa dan lebih kebebasan.. inilah namanya kehidupan... hidup mungkin untuk bekerja dan kita mesti mencari cara untuk mencpaai financial freedom lebih pantas..

Financial freedom adalah satu konsep untuk tidak bimbang pasal duit.. Bukan semata-mata jadi kaya harta, tetapi kaya dengan masa dan kaya dengan kebebasan... Aku suka bebas daripada terperangkap dgn kerja yang banyak walaupun lumayan..

So istilah 'kebebasan' itu aku mesti visualize dengan tepat dan realize dgn sempurna.. contohnya bebas dari hutang sepenuhnya dan bebas dari kekangan masa yang ketat... walaupun hidup sekarang alhamdulillah bersyukur sangat, namun masih ada orang yang perlu diperbaiki.. dan aku rasa financial freedom semakin hampir apabila active + passive income strategy semakin mantap sejak beberapa bulan ini..

Apa yang kita perlukan ialah masa untuk berfikir dengan lebih tenang dan strategik.. Ada kalanya merancang dengan teliti adalah lebih baik daripada membuang masa dengan semberono..

Aku kena kurangkan pembaziran masa.. mengoptimumkan penggunaan masa dan wang untuk masa depan yang gemilang.. Serta mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.. Jika ada risiko maka kita perlu melihat adakah ia mampu dihadapi.. Jika tidak tak perlulah membuang masa dengan risiko tersebut..

Aku ucapkan selamat datang 2008.. hari ni aku sememangnya berniat besar untuk berjaya dalam 3 perkara tahun ini.. Moga tahun seterusnya 2009 dan 2010 bakal memberikan financial freedom yang cukup teguh dan menyakinkan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.