Di sisinya yang terindah...

Aku tidak melihat dunia ini suatu yang berat sebelah.. ini hanyalah sementara.. apa yang kita lakukan.. apa yang kita nikmati, apa yang kita alami.. sudah jadi suatu kenangan.. memori yang terindah untuk kita ingatinya..

Tiada apa yang lebih penting melainkan masa depan kita di sana.. di sini umpama pentas ujian yang mana akan berakhir bila-bila masa.. mungkin catatan ini akan terus kekal dibaca.. memberi suatu inspirasi pada yang lain untuk meneruskan hidup yang cukup indah ini.

Di bahagian benua lain, ada insan yang mati kebuluran.. di bahagian lain pula ada yang bersorak kegembiraan menanti kelahiran insan baru.. masa bersilih ganti.. bumi sudah kian tua berputar.. yang muda terus hidup yang tua masih menanti bilahan hari dan saatnya.. yang kuat akan lemah dan yang sihat akan sakit... semuanya tidak kekal.. sebab itulah Dia mengingatkan bahawa dunia sementara cuma.. kita perlu sentiasa bersedia untukNya..

Percaya untuk terus hidup.. yakin untuk diri sendiri.. Tuhan adalah segala-galanya.. bukan manusia.. bukan dunia.. jua harta.. masa semakin singkat.. apa yang tinggal nanti hanyalah kenangan.. sebelum terlambat ciptalah sebuah sejarah... biar diingati dilipatan generasi kita.. perjuangan ini adalah yang terindah.. di sisiNya adalah segala-galanya...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.