Melihat, mendengar & mentafsir...

Aku sedang memahami sesuatu yang sukar difahami oleh orang lain.. Cuba mentafsirnya dengan cara yang tersendiri.. tiada diskriminasi dan tidak memilih bulu.. semua orang boleh dikaji.. aku suka mengenali sesuatu dengan mendalam sebelum menterjemahkan dalam bentuk yang lebih tersendiri.. Dunia semakin pantas dan semua orang mengejarnya...

Pancaindera adalah anugerah tuhan.. gunakanlah sebaik-baiknya, melihat yang bermanfaat, mendengar kata-kata yang baik dan mentafsir hidup dengan lebih tenang... Kita tak perlu emosional, tak perlu berprasangka.. terimalah dengan hati terbuka..

Aku berlapang dada dengan setiap sesuatu.. menyingkap hikmah yang tersembunyi adalah suatu kebijaksanaan.. Adakalanya kita sepatutnya kembali kepada fitrah mahmudah.. usah biarkan hati ini dirobek mazmumah lalu membutakan pandangan mata hati...

Melihat, mendengar & mentafsir.. apa yang terkandung dalam rahsia-rahsia itu membuat kita terkenangkan kebesaran tuhan.. sekerdil insan tidak mampu mencipta sekerdil-kerdil nyamuk.. apatah lagi yang mampu dilhat sekecil kuman tetapi tak sedar melihat kebesaran tuhan yang mencipta kesemua keajaiban dunia..

oh.. biarkan bicara ini terus mencari ertinya... aku mahu menjadi insan yang mengetahui dan memahami.. ini adalah kerana untuk manfaat ummat.. moga kita membantu orang di jalanNya dan Allah akan membantu kita pula nanti...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.