Oh isnin.. inilah dunia..

Sekali lagi aku menempuhi cabaran.. dan ia menyebabkan aku kembali bertafakur sejenak.. mencari jawapan dalam nafas yang masih ada ini.. mendengar siaran ikim.fm bersama to'ki menyebabkan merasa diri ini lebih bertuah daripada orang lain.. lihatlah di benua sana.. orang sedang bergelut dgn nyawa.. di timur ada yang sedang merintih kebuluran.. di barat pula kasihan.. mereka tiada arah tuju hidup yang sempurna.. di sini pula.. kita masih punya nikmat yang elok, di bumi yang banyak anugerah ini perlulah bersyukur.. memang kita sudah bertuah...

Aku sedang merencana sebuah perjuangan.. utk mereka yang memerlukan.. rasa lebih bahagia jika kita ada sesuatu yg boleh dibanggakan.. insyaallah aku semakin diuji disaat aku masih tabah dan kental mendepani onak berliku..


Kemudiannya kita tanamkan dalam diri sifat rendah diri dan bersederhana untuk hidup di dunia ini supaya tidak terlalu kecewa sangat dgn musibah dan tidak terbawa-bawa sangat dengan tuah.. Hidup bersederhana dan berqana'ah adalah lebih tenang.. jiwa yang tenang itu sentiasa mengingati kebesaran tuhan dan jiwa mereka lebih cintakan tuhan lebih dari segala apa yang mereka miliki..

Di sini jelas.. masa depan cukup terang.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. kita pasang niat, genggam cita-cita seerat mungkin.. yakinlah pada Allah dan Allah akan menyakinkan kita untuk berjaya.. bukan sahaja di dunia tapi akhirat jua...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.