Kita teruskan perjalanan ini..

Semuanya on track.. malah siap sedia dengan kontigensi plan untuk bulan Mac ini.. Ia melibatkan strategi pandangan jauh ke depan.. Sekiranya perlu, kita sudah ada backup plan yang mampu menyelesaikan masalah. Then, percaya kita akan berjaya suatu hari nanti kerana pakar menduga apa yang bakal terjadi. Bukan tilikan/ramalan tetapi perancangan strategik menghadapi apa jua masalah yang bakal mendatang..

Untuk 10 tahun akan datang, aku sudah melihat posisi ku di mana.. dari segi karier, bisnes, personal life.. aku tak perlu terlalu cepat.. just rilex and steady... masa untuk 10 tahun itu terlalu panjang.. apa yg pasti seorang marathoner mengetahui apa yg akan terjadi nanti.. nak jadi sprinter boleh tetapi lama2 akan hilang kekuatan sebenarnya.. lebih baik jadi marathoner dan mengecapi kejayaan besar dengan lebih lama serta terjamin...

10 tahun dulu aku cumalah budak kecil di sekolah yg tidak mengetahui apa-apa ttg hidup.. Kini dewasa sudah mematangkan fikiran.. beza 10 tahun itu cukup byk.. bagi aku ia satu lompatan besar... dunia berputar 360 darjah.. then kita berada di persimpangan hidup yang memaksa kita membuat keputusan sendiri dengan berani...

10 tahun ke hadapan.. aku rasa dunia ini cukup hebat.. segalanya sudah dicapai.. dan aku bersedia untuk itu dengan matlamat al-Falah.. tak rugi mengetahui segala-galanya.. aku mempunyai ruang dan peluang besar.. dunia 10 tahun lagi adalah kemuncak financial freedom yang tiada taranya..

Yakin akan hal itu kerana aku berani berharap padaNya.. doa ini.. adalah pengharapan dan berusahalah sebaik mungkin di dunia sementara cuma..

Aku akan focus pada matlamat softhands secara berperingkat.. insyaallah.. segalanya mampu dilakukan.. apa yg penting adalah keberanian, kesungguhan dan kecekalan menghadapi apa jua kemungkinan..

Andai diberi peluang yg lebih baik.. aku akan kongsi lebih banyak dengan orang lain.. aku tidak meminta wang atau ringgit sebaliknya hanya rindu pada kasih sayang dan keharmonian sesama insan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.