Malaysia Baru di PRU12 (8 Mac 2008)

Akhirnya.. buat pertama BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan 5 negeri jatuh ke tangan BARISAN RAKYAT (alternatif) iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak & Penang. Ini merupakan kuasa rakyat gelombang yang terpendam sejak tahun reformasi 1999.

Aku percaya nasib Malaysia akan lebih terjamin nanti, BN tidak boleh sesuka hati memerintah negara sambil lewa.. Rakyat sudah menyuarakan hasratnya dan kini UMNO dan BN akan bebetul tertekan setelah 5 negeri utama semenanjung jatuh ke tangan BA.

Apa yang aku harap ialah Malaysia perlu :

1 - Memperbetulkan perlembagaan dan memansuhkan ISA
2 - Memulihkan kredibiliti institusi kehakiman
3 - Menurunkan harga petrol
4 - Pendidikan percuma
5 - Kemudahan khidmat kesihatan untuk rakyat

Makkal Sakhti... keramat ini adalah suara rakyat.. Hero kita Anwar telah mengetuai gelombang reformasi sehingga hari ini berjaya buat kali pertama dalam sejarah Malaysia memecahkan tradisi 2/3 majoriti BN di Parlimen.. Terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memilih keputusan bijaksana.. Moga demokrasi Malaysia akan kembali bersinar dan hak rakyat lebih terbela..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.