Ouch.. sakit gigi lagi...

Semalam bapa kene serangan kekejangan lagi.. mcm strok la pulak.. aku kelam kabut pecut myvi dari rumah pj ke rumah subang jaya untuk pickup bapa sakit kat sana.. sebaliknya jiran dah hantar dulu gi klinik Dr Hazeman untuk inject... Tup tap tup tap dah stabil masa sampai tu.. jalan dah la jem bagai nak rak.. huu subang oi subang.. sib baik ada jiran.. terima kasih la bebanyak..

hari ni pulak aku kene serangan gigi... aku rasa gusi kot yg sakit.. haha.. kene sepit gigi kat gusi.. perlanggaran yg tak dpt dielakkan.. aku malas nak cabut.. tapi itulah kene jumpa doktor la nanti.. igt after cek akademi dah clear nak gi jumpa doc gigi buat 5 tahun sekali.. ahaks..

Hari ni aku nak rileks... esok pun rileks... semalam aku brainwash diri sendiri pasal isu-isu sensitif yang pernah melanda diri ini dulu... phobia eks? neway.. aku spttnya menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.. sbb kalo kita tak sayang diri maka kita akan merosakkan diri dengan perkara² yang boleh memudaratkan... so kesimpulannya.. kejarlah untuk kebaikan diri dahulu supaya kita dpt menyumbang untuk orang lain dengan jayanya..

Aku harap dapat membantu orang2 susah dgn tenang.. itulah kewajipan spttnya.. sptmana family juga adalah kewajipan.. bila susah kita tolong, kawan rapat juga penting.. hidup ini terlalu singkat untuk membiarkan saja mereka terumbang-ambing.. Aku pasti nasib dan takdir menyebelahi kita jika permudahkan urusan orang lain dan Allah akan permudahkan urusan kita kembali..

Sorilah kalo agak personal sket kali ni.. tulisan ini agak menyakitkan bila gigi sakit.. huuu... mak tolong.. hehe.. hidup tetap diteruskan.. agi idup agi ngelaban !!!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.