RahsiaEbiz sudah hampir setahun !!

Aku belum plan apa-apa utk menyambut birthday RahsiaEbiz (RE) pada 24 mac 2008 ini.. Sudah setahun dan mempunyai lebih dari seribu registered members... lebih dari 3 produk hebat dan laris serta mempunyai conversion rate yg jauh lebih baik dari dulu..

Mungkin aku akan beri surprise lagi pada semua members, ebook dan wordpress theme percuma. Megapack mungkin.. just wait and see.. :)

RE ini aku akan jadikannya platform untuk mengetengahkan pelbagai isu dan dunia ebiz kepada semua orang terutamanya di Malaysia.. Target adalah Malaysia dan orang Melayu yang berminat dalam bisnes internet.

Adalah amat menyeronokkan melihat web RE semakin rancak berjalan, bermula zero to hero... insyaallah.. aku nak mencuba dunia ebiz ini dan dalam masa yang sama berjaya sebagai insan yang berbakat.. Mungkin tak semua orang tahu aku ni siapa.. then let it be.. mysterious and genius.. :)

Cuma matlamat RE adalah yang terkandung dalam profilnya, begitu juga matlamat Softhands, biz satellite dan lelain. Multi tasking adalah bukan suatu yg mustahil.. aku sudah berjaya menguasainya sejak 10 tahun lalu... dan terpengaruh dgn cerita The Pretender... Dan mcm nak jadi elite kat Mesia ni jer... talented man dan berjaya menguasai banyak perkara adalah bukan mustahil.. Dan menjadi genius bukan mimpi sebenarnya ia adalah usaha realiti... Thomas Alva Edison pernah berkata....

Genius is 1% inspiration and 99% perspiration! ....

Suatu hari nanti aku nak buat pendedahan secara rasmi.. mungkin di RahsiaEbiz.. Insyaallah bila segalanya tiba pada tahun 2010, aku pasti dapat merungkai segala jawapan.. Biar semua orang lihat dan memandang bahawa berkat usaha dan doa membolehkan sesiapa jua berjaya.. hatta orang papa kedana mampu jadi jutawan dunia, dan seorang budak biasa menjadi idola...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.