Di sisiMu...

Ku meniti hari
Dalam bilahan waktu yang berlalu
Bersama memori silam masih segar
Kembali menghantui malamku
tanpa kerlipan bintang..

Sepinya tanpamu..
Ku menangisi setiap detik
Mengerti dalam diam
Aku hanyalah insan kerdil
Berdepan dengan ujianMu...

Oh tuhan..

Inginku lontarkan bicara
Cintaku berbelah bahagi
Andai di kananku bintang
Kiriku mentari bersinar
Mana mungkin ku bisa
Memilih salah satunya..

Biarkan malamku bersama bintang
Biarkan siangku di sisi mentari
Moga aku tidak sepi
Hati ini tidak sunyi lagi..

Oh tuhan..

Ku mengerti akan hidup
Ku memahami erti takdir
Penentuan hanyalah padaMu
Daku cuma terlalu kerdil
Namun harapanku setinggi langit

Andai diberi peluang..
Masa depan bersamaku
Akan ku berjuang habis-habisan
UntukMu di dunia ini..

Tiada antara lain lagi
Cuma kebahagiaan
Ketenangan dan kedamaian
Di sisiMu di Syurga Abadi..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.