Inilah perjuangan... moga aku terus melangkah..

Kudepani ujian dengan penuh resah... andai aku rebah.. mana mungkin berulang kali ku gagah ke destinasi akhirnya..

Di mana kegagahan terbujur akhirnya di tangan mereka.. dan maruah tergadai inikah yang mampu ku harapkan untuk terus berjuang ?

Insan sekerdil aku hanyalah mengharapkan kekuatan dariNya.. tuhan yang Maha Agung.. adakalanya semua ini terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.. hanya Dia lebih mengetahui...

Silamku bukanlah boleh dibanggakan.. namun masa depan itulah yang boleh diharapkan.. Andai tercalar lagi harapan usahlah ulangi kesilapan lalu.. lukanya masih berbalut.. aku tak mampu untuk berdiri dengan tegap dan gagah jika segalanya hancur punah.. harapan pada yang Esa itu menguatkan kembali sehingga hari ini.. kita teruskan langkah terakhir itu untuk masa depan yang lebih gemilang..

Sayonara pada masa silam.. dan aku ingatinya sebagai satu pengajaran.. usah biarkan mereka menentukan masa depan, sebaliknya genggamlah keyakinan itu erat seeratnya.. pertahankan apa yang ku yakini seumur hidup... Jika al-Falah itu menjadi mercunya, maka kejarlah sehabis baik mungkin.. dan waktu itu tiada siapa mampu menghalangnya lagi...

Lupakanlah silam.. dan aku akan memenangi peperangan hebat ini...

Peringatan itu terlalu mendalam bagiku.. inilah perjuangan... moga aku terus melangkah... menuju al-Falah...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.