Rebah tersungkur.. namun ku gagahkan jua...

Dan itulah yang kudepani setiap masa dan detik... rasa kekecewaan menyelimuti saban hari itu membuatkan diri ini semakin cekal... Untuk merubah segalanya lebih baik.. aku mahukan sesuatu yang lebih menggembirakan.. dan kebahagiaan itu bukan pada kebendaan.. bukan material.. sebaliknya datang dari dalam diri... berbentuk spiritual dan ruh..

Selagi masih ada nafas.. jasad ini bernyawa.. genggaman ini terus menerkam kesemua halangan.. Ia akan membebaskan belenggu.. dan itu akan berlaku apabila tiga perkara lengkap antaranya ialah persediaan mental dan fizikal, financial freedom serta matlamat al-falah...

Kebahagiaan adalah satu bentuk keseimbangan.. di mana kita sihat dari fizikal, sihat dari segi spiritiual dan mental, kuat dari segi psikologikal dan sebagainya.. Apabila semua itu terisi maka kebahagiaan sebenarnya bersumberkan pada yang Esa... Hanya satu saja sumber kebahagiaan yang azali iaitu dari ar-Rabb yang menciptakan kita...

Apabila aku tersungkur, rebah dan terluka setiap hari.. aku tetap gagahkan jua untuk bangun kembali... just smile back then.. aku mampu tersenyum, dan berdoa moga aku dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. andai kesusahan dunia ini sementara untuk digantikan dengan kesenangan akhirat yang kekal abadi...

Aku percaya pada al-Falah... matlamat ini jelas.. terang dan bercahaya.. dan ia akan memimpinku ke arah kejayaan yang gemilang... Sbb itu apa jua berkaitan dgn keduniaan kita wasatiah dan mula meningkatkan pemahaman mengenai tafsiran tauhid untuk mencari kebahagiaan abadi...

Namun dalam perniagaan.. aku anggap ia satu jihad... ia adalah cabang utk mengubah diri, isteri, keluarga, sanak saudara dan semua orang terutamanya kaum muslimin utk terus memperjuangkan perniagaan sebagai satu karier yang dirintis Nabi suatu masa dulu...

Jihad perniagaan ini satu perjuangan mulia... Aku percaya pada Softhands dan RahsiaEbiz... tujuannya murni.. dan banyak sumbangan tak terkira banyaknya utk manfaat semua..

Dalam rebah, dalam tangisan ada ketawa ada senyuman... inilah kehidupan.. kugagahkan jua merentasi segalanya untuk mencapai kebahagiaan... strive for excellence, fight for ur own future...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.