Sikit saja lagi... bersabarlah yer..

Aku rasa bulan ni agak pack sangat.. namun artwork aku tetap yang terbaik pernah dihasilkan.. neway apa yang penting adalah persembahan yang menyakinkan.. itulah yang menyebabkan semua orang suka dan tertarik.. berbeza dengan yang lain ia adalah satu kekuatan dan elemen terpenting...

Esok adalah meeting besar untuk bulan ini.. then bulan depan pula akan menyaksikan aku bergerak dgn lebih smooth dalam ebiz.. sure.. segalanya sudah ready.. marketing budget dah ada rm3k dalam genggaman.. inilah kekuatan ampuh permulaan produk yang mmg hebat pernah dibuat dalam hidup aku..

Aku sukakan surprise dan adventure.. jika hidup kita terlalu static, ia akan mematikan daya kreativiti kita ini.. oleh itu mencipta kelainan adalah gaya hidup sagittarian.. aktif dan bebas melakukan yang terbaik..

Dalam bebanyak masalah hidup, aku lebih suka cari yang menyeronokkan.. fokus pada apa yang kita mahukan.. then lebih itu adalah suatu kemanisan dalam perjuangan ini.. walauapapun berlaku, aku akan buktikan segalanya.. ini bukan sekadar angan-angan..

Jika aku mampu buktikan insan sekerdil aku ini membuat perubahan, maka orang lain juga perlu belajar darinya.. insyaallah ada banyak lagi peluang tak lama lagi nak buat.. cuma sekarang ada banyak part yang memerlukan bantuan kecemasan.. bagi aku institusi agama ini terlalu 'baik hati' dan sebab itulah antara kelemahannya secara tradisi tak dapat diatasi..

Neway, aku mempunyai pandangan berbeza, gaya moden dan lebih pragmatik.. Dunia masa depan adalah segala-galanya berbanding hari ni... yang lepas adalah sejarah, sekarang adalah realiti dan kini aku merubah masa depan yang lebih baik..

Kita berhak menentukan masa depan ikut acuan sendiri... aku boleh jadi apa saja yang aku suka asalkan kene dengan syariat.. bagi aku kebebasan sebenar adalah sejauh mana kita 'balance' dalam semua aspek hidup... dari segi kesihatan, dari segi kekayaan, dari segi kelapangan/kerehatan, dari segi cinta, dari segi makan/minum, dari segi bebas berfikir, dari segi ilmu, dari segi agama dan semuanya... mesti ada keseimbangan.. jika senget salah satunya misalnya sakit kronik maka anda tidak dapat mengecapi hakikat kebebasan sebenarnya.. telah hilang nikmat sihat maka anda akan sakit selalu... itu bukan sst yang kita mahukan dalam hidup sebegitu...

Kita harus memandang hidup ini dari segi balance tersebut... pastikan semuanya sempurna.. ataupun mencapai tahap yang baik... asalkan tidak terlalu teruk...

sabarlah.. aku sedang membina empayar.. sikit saja lagi untuk menguasainya... strategi financial freedom sudah semakin hampir.. sikit saja lagi... sabarlah yer...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.