Dunia semakin tenat...

Bebaru ni bermacam isu dari sudut politik, ekonomi, sosial masyarakat, sains & teknologi, bisnes & perniagaan sehingga perbincangan agama dan feqh. Dunia ni dah semakin 'tenat' dengan isu-isu yang keduniaan ini.. Harga beras naik, petrol pun naik, gandum naik, minyak masak pun naik di luar negara.. krisis makanan juga semakin teruk dari hari ke hari.. ntah apa akan jadi di Somalia dan negara-negara dunia ketiga yang miskin dan papa kedana..

Dan aku sedang berjuang untuk diri dan keluarga juga terkena tempiasnya.. Sungguh kerdilnya kita di dunia ini.. Tanpa Tuhan mustahil kita dapat bernafas walau sesaat. So apa jua yang ada hari ini bersyukurlah.. nikmatinya dengan penuh rasa syukur dan elakkan kufur nikmat. Ramai orang lupa, apa yang diberikan masa hidup ini hanyalah sementara cuma.. Entah esok lusa kita akan dijemputNya..

Bagi perjuangan yang belum selesai ini kita cipta sesuatu untuk masa depan.. Usah berbangga dengan apa yang ada ini.. Sebenarnya bagi manusia bukan di dunia tetapi di akhirat nanti... Di syurga adalah dunia tanpa tua, tanpa sakit, tanpa kecewa, tanpa sedih kerana dalam syurga adalah segala-galanya... Kegembiraan, balasan siksaan dunia untuk ganjaran jannah yang kekal abadi... Di situlah segalanya... Di dunia kita berhempas pulas untuk berjaya.. sakit dan derita akan digantikan dengan kemenangan kekal di sana... Hayatilah firman Allah swt..

"Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta org2 beriman dgn syurga.."
(111: Taubah)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.