Bicara itu perak.. Diam itu emas..

Nampaknya aku kene merenung kembali kata-kata orang bijaksana mengenai soal kehidupan. Adakalanya tiada guna cakap banyak.. better diam dan buat kerja saja.. Orang nak apapun biarkanlah mereka dengan dunianya.. di sini perjuangan kita masih jauh.. masih baru bermula.. apa yang difokuskan perlu dicapai.. apa yang diimpikan perlu digenggam seerat mungkin..

Nampaknya blog ini akan menjadi sekadar persinggahan sementara.. terlalu banyak orang sudah mengetahui akan kewujudannya.. selebih rahsia itu aku simpan dalam diari kehidupan.. mungkin suatu hari nanti akan lihat bukti-bukti kejayaan itu dengan lebih jelas nanti.

Aku pernah berjanji dengan sendiri untuk berusaha lebih gigih tanpa kenal putus asa. Pengalaman silam telah mengajar erti pengorbanan, kesetiaan dan kesabaran. Dan aku takkan sia-siakan usaha selama 7 tahun dalam membina sebuah empayar penting dalam hidup ini.

Dalam usia yang muda, mendepani cabaran tak penah gentar, pengalaman lalu mendewasakan pemikiran, mematangkan perasaan, merasionalkan tindakan, insyaallah segalanya pasti berjaya jua... !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.