Rebudgeting 2008 !

Bila minyak naik maka segalanya macam teori domino... Pendek kata mesti akan ada kenaikan kos dan risiko defisit kewangan. Apa tindakan kita ?

1. Sepertimana dalam statistik bahawa kenaikan minyak 40% bermakna kena tambah kos untuk petrol secara mendadak. Cara paling drastik aku nak buat adalah dengan mengurangkan pergerakan kereta di kawasan sesak, tiada lagi ulang alik dari satu tempat kerap kali, kurangkan perjalanan jauh dan hanya 4 kali sebulan utk perjalanan lebih dari 10 km..

2. Kurangkan makan di luar... no more kfc, mcd, pizza hut, restoran tidak ekonomik. Better makan organic dan pulihkan badan secara semulajadi. Sekarang ni aku x makan tgh hari.. cuma makan petang sekaligus merangkap malam. Makan roti dan biskut fiber tinggi juga boleh dijadikan amalan.

3. Mengawal perbelanjaan tahsiniyat.. tiada lagi perbelanjaan mewah atau berlebih lebihan.. tiada lagi wayang, bowling, beli dvd/cd sebaliknya boleh tgk movie online.. Belanja untuk perkara penting sahaja.

4. Banyakkan simpanan.. aku kene menyimpan at least 10% dari income bulanan.. Simpan dalam tabung haji yang bakal dibuka nanti. At least selepas kursus ujung bulan ni. Lagi banyak simpanan untuk emergency.

5. Berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja... Takde masa lagi nak membazir duit.. so letrik kene jimat, streamyx kene potong dan guna u-mobile pulak.. kurangkan penggunaan desktop dan beralih kepada laptop untuk kuasa letrik yang minimum di samping memaksimumkan keupayaan resources yang ada di mana jua termasuklah akses di office dan soho ss17pj.

6. Fokus pada masa depan bisnes. Bayangkan duit banyak dengan ebiz. Then melaksanakan idea-idea bisnes dengan sempurna dan berjaya. Perjuangan di sini bermula sama ada hidup atau mati. Sepertimana kamikaze Jepun... buat kerja biarlah serius dan sepenuh jiwa raga.. kemudian aplikasi konsep kaizen untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Inilah strategi bisnes masa depan. Aku percaya 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.