Sensei...

Pada tahun 2004 aku mengalami 2 perkara terbesar dalam hidup.. Pertamanya jadi guru sandaran di SAMTTAJ then keduanya graduate dengan gemilang di UM sambil ditemani rakan-rakan dan abg2 Hijjaz sepanjang konvo berlangsung.

Aku ingat lagi pernah ditanya mengenai cinta di dalam kelas. Bukan aku yang tanya, tetapi student yang tanya.. Aku sememangnya melarang anak buah student bercinta semasa sedang belajar. Dahsyat.. sedangkan aku dulu terbuat kesilapan yang sama. Namun, oleh kerana persoalan cinta ni aku rasa kene rasional. Bercinta bukan soal main-main semasa sedang belajar.. Jika student hilang focus sudah tentu mereka akan kecundang dalam pembelajaran awal.

3 gelaran aku dapat semasa mengajar di samttaj tingkatan 4 dan tingkatan 1. Cikgu fahmy, ustaz dan sir fahmy. Pada hari guru samtaj aku mendapat gelaran guru paling bergaya... siot malu je naik atas pentas sambil mendapat perhatian penuh semua pelajar dan guru masa tu. Walauapapun aku ucapkan terima kasih kerana memberi pengalaman terbaik semasa menjadi 'sensei' korang.. Ingatan sehingga hari ni sukar dilupakan..

Sekarang situasi sudah berbeza, aku terperap dalam dunia yang berbeza.. Tidak seperti dulu lagi, namun aku hargainya kerana setiap detik itu ada hikmah yang tersembunyi.. Sememangnya aku merindui dunia sensei.. suatu masa nanti aku akan jadi sensei untuk semua tidak kira di dunia online atau offline.. Semenjak dari perletakan jawatan guru samttaj pada akhir tahun 2004, aku mula mengorak langkah lebih besar.. masa tu hanya tuhan saja yang tahu..

Konvo pada ogos 2004 menjadi peristiwa terhebat pernah berlaku.. Aku tunjuk pada student scroll ijazah.. moga mereka teruja untuk masuk universiti.. pada malam konvo menjadi realiti konsert nasyid di UM.. sejarah yang takkan dilupakan.. aku meraikan dalam senyuman gembira bersama rakan-rakan seperjuangan... Terima kasih pada dia.. terima kasih pada kawan2.. terima kasih kepada semua anak buah yang mewarnai hidupku dengan penuh ceria...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.