Akademi Nasyid ?

Saya lihat perkembangan sekarang ini ke arah proses saduran islamisasi di dalam media perdana. Kononnya nak menggantikan akademi fantasia dengan akademi nasyid. Dan dengan adanya munsyeed wanita yang terlibat dalam media itu sebenarnya telah meningkatkan lagi kekeliruan ttg batas-batas hiburan di antara lelaki dan wanita.

Program ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak kelekaan dan berhibur sekadar komersil bukan lagi dakwah. Nak kata nasyid dalam program sedemikian memerlukan undian yang sama formatnya mcm AF. Apa bezanya ? mahu mengkomersilkan nasyid kontemporari sehingga menghilangkan roh dakwah yang sebenarnya ?

Saya cukup simpati dengan apa yang berlaku pada hari ini, sudahlah semakin kronik malah makin jauh dari apa yang dianjurkan Nabi. Saya tidaklah anti-nasyid tetapi anti-kemungkaran. Sepatutnya Akademi Nasyid mendapatkan pandangan para alim ulama tentang format hiburan yang dibenarkan. Bukannya sekadar melahirkan munsyeed yang glamour sebaliknya perlu mematuhi garis panduan dan batas antara lelaki dan wanita dalam nasyid.

Akademi Nasyid merupakan kelahiran dunia kapitalis TV9, sebenarnya hiburan spt ini lah yang semakin merosakkan anak muda kita leka dalam dunia lagha. Mengapa para mufti berdiam diri sahaja dalam hal ini ? Nak lihat generasi muda Islam kita terus dipermainkan oleh puak kapitalis?

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.