bad cough.. voiceless... but not hopeless..

suara tak terkuar.. huu.. nak bercakap susah, nak explain susah, nak wat kerja pun rasa mcm terbatas. sib baik ada blog.. mcm ada suara hati sedang bersuara.. :)

Cakap soal hati ini, aku terkenang zaman-zaman muda dulu... ikut hati berjiwa muda dan 'fresh' adakalanya membahayakan.. aku pernah tempuh zaman itu.. melaluinya umpama adventure.. aku berperang dan berlawan di pentas, bersilat dengan kata menikam dengan senyuman.. akhirnya aku menjadi seorang yang berani. Takkan berundur walau selangkah..

Aku anggap masa itu terlalu mentah dalam menangani soal hati.. tapi sekarang dengan kematangan yang ada ia cukup mendewasakan.. kenkadang aku berbicara umpama orang tua.. terlalu berpengalaman.. sedangkan aku fitrah muda.. terlalu muda bagi zaman seusia aku..

But, ia tidaklah pelik sangat.. aku mmg suka berkawan dengan orang tua.. dunia mereka mmg 'superb' .. dunia orang muda terlalu singkat pemikirannya.. Apa beza orang tua yang berstatus jutawan dengan orang muda tahap despatch ?

Sudah tentulah banyak bezanya.. selagi aku boleh berkawan, aku akan explore dunia-dunia yang lebih baik. tetapi kenkadang kawan juga boleh makan kawan.. Kenalah berhati-hati terutamanya yang wanita.. Dunia sekarang mcm dah x selamat untuk lelaki.. banyak lelaki baik teraniaya.. ataupun mmg orang baik mudah dipergunakan..

aku nak jadikan blog ini suatu urusan perspektif manusia.. idea-idea dan pandangan itu mungkin boleh dicerna dengan baik. tetapi kenkadang suara itu tidak didengar, tidak dipedulikan.. sehingga x mampu nak bersuara lagi.. voiceless... but im still not hopeless.. biarlah kata-kata ini menjadi gantinya.. kan kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang ?

aku gembira hari ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain.. insyaallah itulah rasanya kebahagiaan.. apabila harapan orang tinggi, kita semacam dihargai.. menyelami rasa semangat kekitaan.. sememangnya kita bersaudara.. dari Nabi Adam.. berkongsi salah satu gen yang sama.. kita manusia mmg hidup di bumi yang sama, langit yang sama, matahari dan bulan yang sama.. mengapa harus rasa berbeza ?

Maybe kita spttnya mempunyai harapan untuk hidup dengan aman sekali lagi... dunia ini perlukan harapan.. moga doa-doa kita dimakbulkan..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.