Di sebalik mubahalah dan qazaf

Sesiapa yang belajar syariah ni sure tahu bab ini, namun perbezaan pendapat antara Mufti Perlis & Mufti Perak merupakan pandangan yang perlu dikaji. Bagi saya apa salahnya jika boleh bermuafakat untuk mencari jalan penyelesaian bersama dari dipermainkan di media-media perdana.

Nanti risikonya orang akan mengatakan ada satu jurang antara mufti muda dan tua di zaman yang serba serbi ini. Saya melihat Dr MAZA umpama ulama kontemporari yang menyelami masalah semasa begitu baik sekali. Cadangannya mubahalah adalah lebih umum tanpa perlu masuk mahkamah yang sudah lama 'corrupted' , manakala qazaf bermakna mereka perlu masuk mahkamah dan melalui proses yang begitu lama, dan kita tidak mengetahui bahawa implikasinya menjadi kes politik pertama Malaysia di Mahkamah Syariah dalam bab jenayah qazaf ini.

Namun apa yang membimbangkan ialah puak-puak islam liberal dan pendokong gerakan feminisme di Malaysia akan mengambil kesempatan menempelak kepincangan Mahkamah Syariah dan juga apa yang berkaitan hukuman Qazaf terhadap mangsa-mangsa rogol yang tidak bersalah. Seandainya ini berlaku maka saya rasa akan lebih ramai yang keliru tentang Islam yang sebenarnya.

Dan dalam hukum fiqh juga ada ruang untuk ijtihad antara 2 kes berbeza iaitu hukuman bagi mereka yang mendakwa orang lain melakukan zina atau diri sendiri yang mengaku dirogol/diliwat yakni dipaksakan zina ke atasnya tanpa rela. Ini saya rasa anda patut baca komen Dr MAZA di website beliau.

Walauapapun sekiranya ada benarnya pendapat DR MAZA dan ada benarnya juga mufti perak Dato Harussani, cumanya dalam kes ini diharapkan ia tidak memberi persepsi negatif orang ramai terhadap perbezaan sesama mufti. Adakalanya lebih baik jika kita bermuafakat dan bertolak ansur, kenkadang manusia ni pelbagai ragam oleh itu kita perlu banyak berfikir dengan rasional dan strategik bagi menyelesaikan masalah ummat yang tidak pernah habis ini...

Tiada ulasan

Leave a Reply