Imbangi stress, positifkan minda !

Aku mengalami problem yang memeningkan dari segi personal. But, ia macam biasalah, aku cuba imbanginya sebaik mungkin supaya tidak memudaratkan lebih banyak aspek lain dalam kehidupan. Dari segi personal sedikit sebanyak memberi kesan yang besar, aku tidak mengharapkan apa-apa lagi kerana telah banyak kali terkena. Kenkadang kepercayaan dan keyakinan boleh pudar apabila dikhianati maupun dipermainkan.

Sehingga suatu masa nanti, aku akan eliminatekan kesemua 'liabiliti' yang ada itu untuk meminimumkan risiko masa hadapan. Aku pernah hadapi ini suatu masa dulu dan tidak pernah gentar menghadapinya sekali lagi. Sudah menjadi lumrah kehidupan ini aku boleh bertahan dan sabar menanggung kesemua ujian dan dugaan yang menimpa kerana yakin kepada kuasa Ilahi.

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sekelumit kekecewaan. Adakalanya kita perlu imbangi stress supaya dapat disalurkan kepada perkara-perkara yang bermanfaat. Aku akan tetapkan matlamat al-Falah itu lebih baik hujung minggu ini. Aku mahu ada satu tempoh masa bertenang dan rileks tanpa perlu dipeningkan dengan masalah personal.

Apabila kita cuba positifkan minda, segalanya lebih jelas dan lancar. Insyaallah aku sudah nampak hasil beberapa perkara kerana pengalaman diri sendiri dan orang lain lebih mematangkan kita. But masa sekarang ini perlu memikirkan soal masa depan. Adakah bijak kita buat keputusan melulu tanpa perancangan rapi ?

So untuk jadi orang bijaksana, kita fikir dan merancang terlebih dahulu sebelum bertindak.. Kemudian hari kita mampu menuai hasilnya nanti...

Aku masih perlu melaksanakan banyak projek dan kerja yang masih tertangguh.. target pada tahun 2012 aku sudah boleh capai financial freedom.. insyaallah !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.