Menangani Perubahan

Nampak gaya aku kene focus pada karier yang utama mulai sekarang memandangkan banyak perubahan kritikal yang memerlukan perhatian penuh. Mengenai ebiz aku rasa ia akan berjalan seiringan kerana tidak memerlukan usaha yang terlalu serius kerana target minimum sudah dicapai tahun ini.

Aku merasakan ebiz boleh berjalan sendiri, seumpama pendapatan passive income yang dapat memberi sedikit ruang yang bermanfaat untuk melegakan perbelanjaan. Ini sudah lama dicapai dan aku percaya semakin lama ia boleh berkembang dengan sendirinya melalui teknik viral marketing.

Karier utama aku sudah menampakkan hasilnya tahun ini, tidak lama lagi aku percaya mampu menandingi mana-mana yang terbaik. Impian untuk meneruskan pembelajaran ke tahap Master/PHD sudah dipasang, dan kini perlu menghalusinya lagi untuk coursework yang memberi kesan lebih baik dari masa ke semasa.

Apapun aku akan lancarkan CD Raja Grafik Kerawang tahun ini sebagai masterpiece yang bakal menjulang nama dalam arena ebiz... Tidak banyak yang bleh diperkatakan melainkan kita berusaha segigih mungkin untuk merealisasikan setiap impian dan matlamat. Aku percaya dengan harapan akan menjadi kenyataan. Sebab itulah karier pada hari ini adalah satu batu loncatan untuk berjaya lebih baik dari sebelumnya.

Sptmana aku melangkahkan kaki dari SAMTTAJ ke YaPEIM.. Kemudiannya beralih ke institusi yang lebih hebat yang pernah aku jejaki.. X semua yang bernasib baik sptmana aku.. So bersyukurlah.. ini adalah anugerah tuhan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.