Merenungi hikmah di sebalik tabir kehidupan..

Adakalanya bila kita diuji dengan sekelumit dugaan, hati mula berbicara soal emosi dan melangkaui dari apa yang sewajarnya... Kekadang manusia menjadi begitu alpa akan kesengajaan dalam hidup itu menjadi karma yang cukup derita sekali..

Dan kini aku merenungnya, memandang jelas akan perihal yang mendatang.. semua ini menjadikan aku begitu dewasa sekali.. apakah ini yang perlu aku fahami ?

Dan mereka itu sebenarnya berhati busuk menodai apa yang aku miliki.. mahu cepat melatah dan aku sebenarnya bukanlah melulu bertindak, dalam diam biarlah kita membuat keputusan bijaksana. Bukan kerana emosi tetapi kerana mahu menjaga hati.

Jauhkanlah daku dari segala bala musibah, dan sengsara yang tak sepatutnya dihadapi. Mereka ini berlaku khianat dan zalim. Aku mohon moga dilindungi dan menyelusuri denai hidup ini dengan penuh sabar dan selamat sampai ke destinasi.

Aku tak pernah gentar dalam apa jua ujian sekalipun.. hakikat sejarah mmg tak boleh diubah namun di sini aku tetap berdiri gagah melangkah ke hadapan menggapai impian.. Tiada siapa yang dapat menghalang... Lagi banyak halangan itulah lebih nekad aku ke depan.. Capai apa jua kejayaan dengan lebih gemilang..

Terima kasih kepada mereka yang telah mematangkan perasaan ini... Sudah tiba masanya untuk membutikan aku bukanlah sebarangan.. Ini adalah azam.. iltizam yang takkan pernah padam... api yang marak membara, menerangi seluruh cakrawala...!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.