Zaman silam berlalu... Skrg jalan mau ke depan !

Rasanya biarlah kita pandang hidup ini dari sudut yang berbeza.. Kene cari aspek positif supaya hidup lebih bererti. Aku tidak melihat dari sudut yang sempit, kita mesti cari makna kehidupan yang bermakna tanpa mensia-siakan setiap saat yang ada.

Usah membazir masa dan tenaga maupun wang untuk sesuatu yang x bermakna. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sekelumit kekecewaan. Kita perlu mencari kegembiraan dan kebahagiaan dan bukannya mencari alasan.

Jika mahu bahagia, orang tua sudah menunjukkan jalannya.. safe-zone dan selamat...

Jika mahu berjaya, maka mentor sudah memberi tips dan clue yang jelas di hadapan.. Sama ada kita berani mengambil risiko dalam perniagaan atau mendiamkan diri untuk tidak mencapai apa-apa kejayaan.

Skrg kita perlu focus pada cita-cita... biarlah semuanya menjadi walaupun lambat asalkan selamat... so di sini disiplin kene tinggi.. istiqomah.. then tawakal kepada Allah selebihnya..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.