High blood pressure and cholestrol.. gulp..

Terkujat si pekerja farmasi yang check blood pressure dan cholestrol aku semalam.. Ni kerja kuat ke atau tak rehat ? Dia ingat aku student lagi.. duduk hostel.. haha.. thats funny, aku dah rasa macam 'orang tua' padahal umur 20an lagi..

Namun jiwa muda ni kuat, aku suka kerja dan aku suka melepak.. ada timing aku suka wat mende ntah paper termasuklah menculik seekor ladybird yang cun.. whoa.. ladybird tu aku suka sbb masa kecil dulu mmg suka main dgn diorang.. Pada pandangan aku ladybird ni bebas.. dan oleh merayap memana yg dia suka..

Neway, pasal kesihatan aku skrg tak menentu, so kenelah fikir jalan penyelesaiannya.. Pertamanya kene banyak rileks dan tidak berfikir berat-berat sangat.. Maybe aku stress kot.. kalo aku stress kene banyak dgr lagu soundtrack mendamaikan ala2 kitaro.. pastu dgr al-quran atau selawat ka.. takpun duduk tgk tv je la..

Makan pun kena jaga, takleh makan bergaram sangat.. better minum air limau atau belimbing.. then kene makan pharmaton serta senaman setiap pagi.. gerak tulang temulang nih sket... hujung minggu berjalan atau jogging... Mmg kene susunatur semula hidup utk sihat... bukan hidup untuk kerja semata-mata...

So aku dah memahami fungsi pharmaton nih.. ia lebih dari sekadar multivitamin sebaliknya ada mineral dan ginseng.. so sebagai investment utk kesihatan badan aku kene beli pharmaton dan amalkan gaya hidup sihat.. masalah stress perlu diselesaikan secara spiritual.. aku kene memahami Tuhan itu adalah sumber kekuatan yang tidak terhitung.. manusia perlu menjaga hubungan dengan Tuhannya supaya mendapat taufiq dan hidayah berpanjangan..

Masanya akan tiba jua..

Kenkadang hidup ini tidak seperti yang dijangka.. petanda untuk membuat keputusan.. berfikir-fikir sedalam-dalamnya.. apakah ia sanggup menghadapinya.. saat bila ujian menerpa dan menjadi satu igauan yang barangkali seumpama silam yang masih belum mahu pergi..

Di sini harapan.. menggengam impian kebebasan.. umpama beburung terbang di langit angkasa biru.. depangan sayapnya tak pernah sunyi, mahu terbang bebas.. asalkan ia menemui destinasinya..

ku masih menanti.. impian ini di depan mataku.. dan akhirnya mampu tersenyum kerana masanya akan tiba jua...

Oh isnin.. inilah dunia..

Sekali lagi aku menempuhi cabaran.. dan ia menyebabkan aku kembali bertafakur sejenak.. mencari jawapan dalam nafas yang masih ada ini.. mendengar siaran ikim.fm bersama to'ki menyebabkan merasa diri ini lebih bertuah daripada orang lain.. lihatlah di benua sana.. orang sedang bergelut dgn nyawa.. di timur ada yang sedang merintih kebuluran.. di barat pula kasihan.. mereka tiada arah tuju hidup yang sempurna.. di sini pula.. kita masih punya nikmat yang elok, di bumi yang banyak anugerah ini perlulah bersyukur.. memang kita sudah bertuah...

Aku sedang merencana sebuah perjuangan.. utk mereka yang memerlukan.. rasa lebih bahagia jika kita ada sesuatu yg boleh dibanggakan.. insyaallah aku semakin diuji disaat aku masih tabah dan kental mendepani onak berliku..


Kemudiannya kita tanamkan dalam diri sifat rendah diri dan bersederhana untuk hidup di dunia ini supaya tidak terlalu kecewa sangat dgn musibah dan tidak terbawa-bawa sangat dengan tuah.. Hidup bersederhana dan berqana'ah adalah lebih tenang.. jiwa yang tenang itu sentiasa mengingati kebesaran tuhan dan jiwa mereka lebih cintakan tuhan lebih dari segala apa yang mereka miliki..

Di sini jelas.. masa depan cukup terang.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. kita pasang niat, genggam cita-cita seerat mungkin.. yakinlah pada Allah dan Allah akan menyakinkan kita untuk berjaya.. bukan sahaja di dunia tapi akhirat jua...

Aduh.. gusi bengkak.. suh cabut gigi ???

huu.. dah 2 kali gusi bengkak belah kanan ujung sekali.. tahun lepas doktor kata suh cabut... waa.. aku takut cabut² nih.. tahun ni plak bengkak lagi.. aku takmo operate maa.. phobia phobia.. ada hemophobia sket.. so skrg ni rileks dulu.. cara yang bagus untuk bertenang dan tahan makan..

apa yang penting ialah minum banyak air suam then tak perlu cakap banyak atau makan.. aku suka makan sup aja.. boleh turunkan berat badan sket.. truskan perjuangan !

Then hari ni aku download spyware doctor starter edition .. percuma aja.. tapi alangkah terkejutnya aku bila scan laptop dan pc ada banyak trojan/malware.. fuh.. gila tol.. napa la tak download awal² lagi.. so hari ni kita clean seme lahanat tu biar selamat PC dan laptop yang merupakan harta yang penting..

esok isnin.. entah mcm mana nak hadapi seme dgn gusi bengkak.. tapi apa yang pasti aku dah siapkan paper cadangan bantuan RM20k untuk asnaf miskin ringankan beban dalam mendapatkan sebuah van sekolah dalam mencari nafkah mereka.. moga Allah permudahkan semua urusan kita..

Jutawan boleh miskin... Miskin boleh jutawan..



Ujang pernah bergelar jutawan tetapi 'diragut'
rakan sendiri hingga hilang punca, usung batu nisan


Kisah Ujang ni memang agak sedih.. aku rasa ia adalah satu daripada ujian dunia yang terpaksa ditempuh dalam kehidupan.. Tak semua orang mampu menolak kuasa dan ketentuan tuhan.. Di mana nikmat dan rezeki ini adalah pemberianNya ... Dan kita tahu dunia ini sementara cuma..

Jutawan boleh miskin, miskin boleh jadi jutawan.. Apa yang kita kejar di dunia ni kalo boleh wasatiah dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. Usah hilang pedoman, usah resah kerana harta, pangkat, nama dan wanita.. Tuhan itu sebenarnya Maha Kaya.. Dia ada sesuatu yang lebih baik untuk kita walaupun dengan ujian sebegini..

Oleh itu pesna untuk diriku serta sahabat handai yang lain.. Apa yang kita miliki bukannya hakiki.. Adalah satu ujian dunia yang mana kita sendiri terpaksa berkorban dan sebab itulah minta padaNya kekuatan, kesabaran dan ketenangan..

Banyakkan membantu orang lain kerana Allah akan membantu kita semula nanti.. At least jangan rasa 'take for granted' dengan apa yg kita miliki hari ini.. Semua itu tidak kekal.. apa yang kekal hanyalah Allah swt...

Moga cerita ujang ini dijadikan iktibar.. kita perlu sedar segalanya milik tuhan.. bila-bila masa boleh ditarik kenbali.. Apa yang penting berdoalah, bertawakal dan usaha gigih untuk capai kejayaan di dunia dan juga akhirat...

Melihat, mendengar & mentafsir...

Aku sedang memahami sesuatu yang sukar difahami oleh orang lain.. Cuba mentafsirnya dengan cara yang tersendiri.. tiada diskriminasi dan tidak memilih bulu.. semua orang boleh dikaji.. aku suka mengenali sesuatu dengan mendalam sebelum menterjemahkan dalam bentuk yang lebih tersendiri.. Dunia semakin pantas dan semua orang mengejarnya...

Pancaindera adalah anugerah tuhan.. gunakanlah sebaik-baiknya, melihat yang bermanfaat, mendengar kata-kata yang baik dan mentafsir hidup dengan lebih tenang... Kita tak perlu emosional, tak perlu berprasangka.. terimalah dengan hati terbuka..

Aku berlapang dada dengan setiap sesuatu.. menyingkap hikmah yang tersembunyi adalah suatu kebijaksanaan.. Adakalanya kita sepatutnya kembali kepada fitrah mahmudah.. usah biarkan hati ini dirobek mazmumah lalu membutakan pandangan mata hati...

Melihat, mendengar & mentafsir.. apa yang terkandung dalam rahsia-rahsia itu membuat kita terkenangkan kebesaran tuhan.. sekerdil insan tidak mampu mencipta sekerdil-kerdil nyamuk.. apatah lagi yang mampu dilhat sekecil kuman tetapi tak sedar melihat kebesaran tuhan yang mencipta kesemua keajaiban dunia..

oh.. biarkan bicara ini terus mencari ertinya... aku mahu menjadi insan yang mengetahui dan memahami.. ini adalah kerana untuk manfaat ummat.. moga kita membantu orang di jalanNya dan Allah akan membantu kita pula nanti...

Project on progress..

Sejak akhir-akhir ini semakin busy pulak dengan pelbagai perkara.. actually nak launching ebookjutawan then portal jodoh/teman yang masih dalam beta version. Ebook pasal awalnya nak tunggu dana marketing yang masih pending. Huh.. jangkaan dpt dalam minggu nih.. So kita tunggu dengan penuh kesabaran.. Sesambil tu kene 'touch up' content ebook tu yang mana masih belum sepenuhnya lengkap.

Manakala portal jodoh/teman tu masih berbincang dengan 3rd party yang masih dirahsiakan.. hehe.. dah tgk konsep web diorang then ada banyak yg perlu diperbaiki namun ia satu perkembangan yang baik..

Selain tu dok kelam kabut backup database rahsiaebiz.com yang dah banyak content.. ia satu VRE yang bagus.. dalam masa 10 bulan saja dah berjaya dapat ranking yg bagus dalam alexa iaitu antara web rank 500k di dunia.. Dulu sejuta lebih skrg dah separuh dari itu meningkat banyak seh..

Then sibuk2 pula buat beberapa blog tambahan guna blogger jugak antaranya ialah :

http://buatduitdariinternet.blogspot.com
http://grafikphotoshop.blogspot.com
http://penghujung2012.blogspot.com
ada banyak lagi but semuanya masih dalam proses perlaksanaan.. ini cuma sebahagian yang dah berjaya ditukarkan theme ala² wordpress..

Kerja berminggu-minggu jadi 3 hari saja.. terima kasihlah pada sofeyah yg telah menyumbangkan idea-idea blogger theme ni.. really appreciate it.. :)

Di sisinya yang terindah...

Aku tidak melihat dunia ini suatu yang berat sebelah.. ini hanyalah sementara.. apa yang kita lakukan.. apa yang kita nikmati, apa yang kita alami.. sudah jadi suatu kenangan.. memori yang terindah untuk kita ingatinya..

Tiada apa yang lebih penting melainkan masa depan kita di sana.. di sini umpama pentas ujian yang mana akan berakhir bila-bila masa.. mungkin catatan ini akan terus kekal dibaca.. memberi suatu inspirasi pada yang lain untuk meneruskan hidup yang cukup indah ini.

Di bahagian benua lain, ada insan yang mati kebuluran.. di bahagian lain pula ada yang bersorak kegembiraan menanti kelahiran insan baru.. masa bersilih ganti.. bumi sudah kian tua berputar.. yang muda terus hidup yang tua masih menanti bilahan hari dan saatnya.. yang kuat akan lemah dan yang sihat akan sakit... semuanya tidak kekal.. sebab itulah Dia mengingatkan bahawa dunia sementara cuma.. kita perlu sentiasa bersedia untukNya..

Percaya untuk terus hidup.. yakin untuk diri sendiri.. Tuhan adalah segala-galanya.. bukan manusia.. bukan dunia.. jua harta.. masa semakin singkat.. apa yang tinggal nanti hanyalah kenangan.. sebelum terlambat ciptalah sebuah sejarah... biar diingati dilipatan generasi kita.. perjuangan ini adalah yang terindah.. di sisiNya adalah segala-galanya...

i dont want to close my eyes.. dont wanna miss a thing...

Hans Zimmer - world great composer

Hans zimmer merupakan composer terkenal dunia yang buat banyak soundtrack filem.. yang paling best skali ialah gladiator.. mmg touching..

Hari ni kurang sihat.. asyik sakit kepala dan badan mcm nak melayang jer.. maybe high-cholestrol dan tekanan darah tinggi agaknya.. dah rehat semalam, tetapi terjumpa pelbagai isu menarik, sehingga tidur lewat malam..

Apa yang berlaku adalah untuk masa depan.. tetapi untuk menyelesaikan hari ini adalah dengan melakukan setakat yang terdaya.. mungkin menyumbang untuk asnaf zakat adalah yang terbaik.. manakala meluahkan pandangan secara ilmiah untuk pengetahuan orang lain adalah kerja mulia umpama guru..

So apa yang penting adalah kita bersedia untuk apa sahaja.. Tidak takut mati dan sanggup berjuang untuk Allah swt...

Berfikir menyelesaikan masalah ummat lebih baik daripada buat ibadat sunat untuk diri sendiri.. Ini kerana jika kita mempermudahkan urusan orang lain sudah tentu Allah akan permudahkan urusan kita...

Hakikatnya dalam kehidupan yang semakin materialistik.. kita dibobrokkan dengan pelbagai janji-janji palsu yang membawa kepada kerugiaan.. Oleh itu adalah kita sayugia diingatkan bahawa hidup ini cumalah sementara cuma.. apa yang kita buat hari ini akan jadi kenangan masa depan.. dan apa yang kita berbakti hari ini untuk bekalan di akhirat sana...

Dunia ini fana.. akhirat itu abadi.. yang mana lebih baik ?

terpulang pada anda untuk memilih.. tapi saya memilih untuk al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat...

Ramai para astronomer dan saintis mengatakan planet x (nibiru) akan mendekati bumi pada tahun 2012 apabila orbitnya hampir menghampiri matahari. Isu ini menjadi hangat dan turut dicatat dalam sejarah sumerian sehingga byk org mengkajinya kerana fenomena planet nibiru ini menyebabkan iklim, cuaca bumi berubah teruk, tsunami, taufan dan gempa bumi lebih banyak berlaku .. sekiranya kajian saintifik ini betul apakah tindakan kita ?

Nun di sana.. masih adakah ia...

Aku sering terfikir.. dalam diam seribu bahasa.. dalam pejam mata dengan hati terbuka.. kadang kala hidup ini bukanlah semudah yang disangka.. manusia tidak pernah puas dan ia menyebabkan selalu lupa.. insan.. maknanya juga lupa.. apakah kita sering terlupa ?

Aku meniti hari demi hari.. dengan hati yang masih berbalut luka.. tiada siapa yang tahu.. hanya tuhan hanya Dia yang mengetahui... Aku tidak pinta kekayaan.. tidak juga kemewahan.. hanya secebis ketenangan dan kebahagiaan.. itu sebuah hakikat yang dicari..

Orang lain mampu tersenyum, aku di sini sekadar bersenyum.. mungkin meraikan senyuman lebih baik dari berduka lara sepanjang masa.. Tiada apa yang mampu dibanggakan, melainkan impian.. nun di sana ingin terbang tinggi mencapai awan biru.. bebas sayap tiada terikat.. mengerti kebebasan adalah suatu kehidupan..

Adakah masih ada ruang untukku ?

Hidup ini terlalu dewasa.. aku tidak seperti dulu.. terlalu banyak harapan.. terlalu banyak tanggungjawab.. ah.. ini bukan masanya mengeluh.. ku tahu semua ini adalah ujian.. moga aku terus kuat dan kental harunginya.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Ku tidak kenal erti lelah.. selama ini aku berjuang untuk mencapai impian.. di mana jua.. dari menara gading sehingga memegang amanah dari institusi yang dipercayai, seterusnya melebarkan empayar maya yang semakin berkembang luas.. aku tak pernah lelah... itu prinsip ku..

Namun aku merasakan kehilangan sebuah kebebasan.. ini adalah suatu pengorbanan masa depan.. Jika kita tidak berusaha sekarang.. mana mungkin untuk bebas lebih cepat... Orang lain sudah jauh kehadapan.. Aku mesti lupakan seketika soal kebebasan.. ada masanya berkorban adalah lebih baik untuk mencorak sebuah kehidupan..

Nun di sana.. ada impian.. masih menanti ku kelak akan berada dalam genggaman ini.. segalanya adalah kerana al-Falah... di masa ini kita berjuang.. di masa akan datang kita akan bahagia selama-lamanya....

Somewhere Only We Know..

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

So if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
So why don't we go

This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Semi-charmed life - third eye blind

All right, I want something else,
To get me through this,
Semi-charmed kind of life...

2008.. tahun yang paling gigih...

So akhirnya menjelma juga tahun 2008... dengan beberapa azam dan projek baru yang mahu dilaksanakan.. sure akan meningkatkan lagi keyakinan dan usaha untuk berjaya.. Aku akan gunakan sepenuhnya kemampuan dari dalam dan luar untuk mencapai apa yang diingini..

Visualize it then realize it.. ia satu konsep art.. kemampuan minda kita jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan.. cuma kene explore lebih baik dari masa ke semasa..

Tahun 2008.. aku nak berjaya dalam 3 perkara...

1. Softhands Network
2. RahsiaEbiz Cyberpreneurship Program
3. Social Obligation thru al-Falah

Dengan ketiga-tiga ini dapat membawa kepada al-Falah iaitu kejayaan dunia dan akhirat. Dulu aku x pernah fikir untuk pergi sejauh ini.. Namun ia sudah pun berlaku.. dan ia sepatutnya berlaku 3 tahun dulu.. semasa aku masih mencari ruang sebagai entrepreneur..

Dan aku akan teruskan usaha social obligation sekarang ini tanpa rasa khuatir.. mungkin tahun 2008 perlu lebih banyak membantu orang tidak kira di mana jua.. Kerana setiap rezeki itu mempunyai bahagiannya.. dan jika kita menginfaqkan ke jalanNya sudah tentu ia akan dibalas berlipatkali ganda..

Secara keseluruhannya, aku gambarkan dalam suasana yang kondusif.. Mahu lebih masa dan lebih kebebasan.. inilah namanya kehidupan... hidup mungkin untuk bekerja dan kita mesti mencari cara untuk mencpaai financial freedom lebih pantas..

Financial freedom adalah satu konsep untuk tidak bimbang pasal duit.. Bukan semata-mata jadi kaya harta, tetapi kaya dengan masa dan kaya dengan kebebasan... Aku suka bebas daripada terperangkap dgn kerja yang banyak walaupun lumayan..

So istilah 'kebebasan' itu aku mesti visualize dengan tepat dan realize dgn sempurna.. contohnya bebas dari hutang sepenuhnya dan bebas dari kekangan masa yang ketat... walaupun hidup sekarang alhamdulillah bersyukur sangat, namun masih ada orang yang perlu diperbaiki.. dan aku rasa financial freedom semakin hampir apabila active + passive income strategy semakin mantap sejak beberapa bulan ini..

Apa yang kita perlukan ialah masa untuk berfikir dengan lebih tenang dan strategik.. Ada kalanya merancang dengan teliti adalah lebih baik daripada membuang masa dengan semberono..

Aku kena kurangkan pembaziran masa.. mengoptimumkan penggunaan masa dan wang untuk masa depan yang gemilang.. Serta mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.. Jika ada risiko maka kita perlu melihat adakah ia mampu dihadapi.. Jika tidak tak perlulah membuang masa dengan risiko tersebut..

Aku ucapkan selamat datang 2008.. hari ni aku sememangnya berniat besar untuk berjaya dalam 3 perkara tahun ini.. Moga tahun seterusnya 2009 dan 2010 bakal memberikan financial freedom yang cukup teguh dan menyakinkan...