Kerana masa depan itu indah...

Jelas.. dan nyata.. aku berjuang kerana impian dan cita-cita. Tiada apa yang penting selain daripada al-Falah.. Biarlah sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku bukanlah orang yang sambil lewa, pemikiran ini begitu yakin memikirkan masa depan.. Seronok itu ada tempatnya, dan aku akan menuainya di kemudian hari.. Masa tu tiada sesiapapun boleh menghalangnya..

Yakin dan percaya.. masa itu akan tiba jua.. segala kepayahan, keperitan dan kejerihan itu akan terbayar nanti.. Seperti hukum dunia.. yang baik akan dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat.. Aku sentiasa berfikir utk kebaikan hidup masa depan, masa skrg ini adalah utk berkorban dan dalam 10 tahun lagi aku adalah seorang yang 'bebas' seperti helang terbang tinggi di awan angkasa..

usah lah resah dan gelisah.. usah lah takut dan sedih.. innallaha ma'ana..

letto - sebelum cahaya

Cool.. syahdu sungguh...

Kita teruskan perjalanan ini..

Semuanya on track.. malah siap sedia dengan kontigensi plan untuk bulan Mac ini.. Ia melibatkan strategi pandangan jauh ke depan.. Sekiranya perlu, kita sudah ada backup plan yang mampu menyelesaikan masalah. Then, percaya kita akan berjaya suatu hari nanti kerana pakar menduga apa yang bakal terjadi. Bukan tilikan/ramalan tetapi perancangan strategik menghadapi apa jua masalah yang bakal mendatang..

Untuk 10 tahun akan datang, aku sudah melihat posisi ku di mana.. dari segi karier, bisnes, personal life.. aku tak perlu terlalu cepat.. just rilex and steady... masa untuk 10 tahun itu terlalu panjang.. apa yg pasti seorang marathoner mengetahui apa yg akan terjadi nanti.. nak jadi sprinter boleh tetapi lama2 akan hilang kekuatan sebenarnya.. lebih baik jadi marathoner dan mengecapi kejayaan besar dengan lebih lama serta terjamin...

10 tahun dulu aku cumalah budak kecil di sekolah yg tidak mengetahui apa-apa ttg hidup.. Kini dewasa sudah mematangkan fikiran.. beza 10 tahun itu cukup byk.. bagi aku ia satu lompatan besar... dunia berputar 360 darjah.. then kita berada di persimpangan hidup yang memaksa kita membuat keputusan sendiri dengan berani...

10 tahun ke hadapan.. aku rasa dunia ini cukup hebat.. segalanya sudah dicapai.. dan aku bersedia untuk itu dengan matlamat al-Falah.. tak rugi mengetahui segala-galanya.. aku mempunyai ruang dan peluang besar.. dunia 10 tahun lagi adalah kemuncak financial freedom yang tiada taranya..

Yakin akan hal itu kerana aku berani berharap padaNya.. doa ini.. adalah pengharapan dan berusahalah sebaik mungkin di dunia sementara cuma..

Aku akan focus pada matlamat softhands secara berperingkat.. insyaallah.. segalanya mampu dilakukan.. apa yg penting adalah keberanian, kesungguhan dan kecekalan menghadapi apa jua kemungkinan..

Andai diberi peluang yg lebih baik.. aku akan kongsi lebih banyak dengan orang lain.. aku tidak meminta wang atau ringgit sebaliknya hanya rindu pada kasih sayang dan keharmonian sesama insan...

Mengapa harus complicated ?

Hidup ini kita sendiri yang merasainya.. so tidak haruslah ia menjadi begitu complicated sekali.. adakalanya ia perlu sebuah keberanian untuk meneruskan perjalanan berliku.. dan janganlah kerana ketidakberanian itu akan menghukum masa depan kita..

Adakalanya terpaksa membrainwashkan diri daripada banyak perkara yang merepek berlegar di sekeliling ini.. Mereka sudah banyak terjebak dengan kemerepekan yang berleluasa. Dan seharusnya berpegang pada pendirian bahawa kita sendiri yang menentukan keputusan akhirnya.. bukannya org lain.. dan tak perlu serahkan hidup pada orang lain yang tidak memahami..

biarlah ada matlamat.. kerana kita adalah nakhoda yang akan mengawal bahtera sehingga selamat sampai ke destinasinya..

Mulakan yang terbaik...

Aku masih menyusun kembali perancangan agar back on track.. huu perlukan 'passion' utk mendptkan rentak kembali.. petang tadi sempat bertemu dengan rakan lama.. seorang lawyer syarie kini sudah menjadi hakim di mahkamah syariah.. dasat.. then menambahkan lagi networking utk menjalankan projek long term iaitu perkhidmatan umrah ziarah ke timur tengah dan eropah.. really love it.. aku dah lama menanti peluang ini.. Harap ia akan mendedahkan banyak rahsia untuk travel around the world.. hehe..

So skrg ni aku plan banyak perkara masa skrg utk masa dpn.. Aku teringin nak melancong ke bosnia, iran, lubnan, mesir seme lah.. maybe nak wat umrah dulu kot, nak kenal mekah dan madinah.. then kalo cukup nasib baik nak tunaikan haji pada umur 35 dgn wife..

Duduk malaysia mmg best, tapi nak explore dunia lain mcm mana.. ia mmg menyeronokkan seh.. aku kan jenis adventurous.. suka explore sana sini..

Agak-agaknya tahun 2011 aku dah ready utk di luar sana.. mobile sana sini dan mencari peluang di negara lain.. bila fikir pakej ni amat menarik di Indonesia.. terutamanya lake toba.. cantik dan harganya pun berbaloi.. kalo nak pergi dalam masa terdekat mmg sesuai lah..

So usah risau.. masa mu akan tiba jua nanti.. just smile back.. :)

Di mana aku ?

Hidup ini tak beberapa harmoni kalo asyik memeningkan kepala dengan pelbagai perkara.. Ia menyebabkan stres yang teruk.. semua orang ada kepentingan dan di situ bermulalah sebuah drama politik... dan aku sebagai watak utama kini dalam dilemma untuk membuat pilihan..

Jika semua orang memahami apa yang aku nak kan bagus begitu... kini tak seme memahaminya... semua mahu mendesak dan memperalatkan aku mencapai apa jua yang diingini. Fresh salad again ? really hate them so much..

Aku berharap dalam masa terdekat ini mahu bina sebuah asas empayar yang kental dan kukuh.. dan aku akan menuainya dalam masa 3 tahun iaitu pada 2011 sebagai insan yang mencapai financial freedom dan boleh buat apa jua tanpa perlu bimbang lagi... pay back ? no need lah.. aku akan cari sebuah kehidupan yang lebih harmonis gitu.. aku anggap tahun-tahun begini sebagai asas perjuangan utk berjaya... no success without sacrifice.. ini falsafah yg boleh dipercayai dan yakin akan ubah nasib ini dalam masa 3 tahun..

Aku percaya pada tuhan.. Dia adalah mengatasi segalanya.. sumber segala kekuatan.. oleh itu tidak perlu khuatir lagi.. apa yang kita nak pasti dapat asalkan bersungguh-sungguh dan yakin dengan kemampuan diri sendiri...

Semuanya adalah kerana harapan...

Pernah dgr citer the Pursuit of Happyness ? ... aku suka tagline dia... homeless but not hopeless...

Ceritanya mengujakan sekali.. great movie.. tambah lagi will smith berlakon mmg superb.. then apa yang penting adalah sejauh mana anda percaya pada diri sendiri ? sejauh mana anda 'believe' urselfand can achieve great gifts from the universe ?

Aku minggu lepas menemui sesuatu yang menakjubkan... apabila aku 'berharap' ia adalah doa.. Doa untuk sejahtera.. Doa untuk kebahagiaan dan demi ketenangan abadi..

When im still driving back home, looking at the mirror, see the whole world in front of me, where the mind and soul looking for the most importantly in my life.. im speechless, dear God.. u hear me now and ever.. adakah aku masih mencari erti hidup selama ini ?

Dalam bergelut dengan situasi kesihatan yang tidak mengizinkan, aku cuba memahami dari dalam diri sendiri.. berharap untuk pulih.. berdoa untuk sembuh... dan hari ke hari aku berusaha segalanya, dan kini sudah hampir memulihkan keyakinan kembali... very powerful hope.. harapan yang baik adalah doa.. dan aku berharap akan bertambah sihat dan ceria dari hari ke hari untuk menjadi insan yang paling bertuah di muka bumi ini...

Jika disoroti, aku dulu pernah berharap untuk menjadi bagus seperti yang ada hari ini.. Berkerjaya, office ber'aircond', kereta yang selesa, rumah yang aman, dihormati dan dipercayai.. disayangi dan dikagumi..

Semuanya adalah harapan doa pada suatu ketika dulu... masa tu masih belajar di UM... baru mengenali dunia mahasiswa tetapi sudah berangan masa depan.. Kini aku mencapainya.. alhamdulillah.. semuanya adalah harapan.. yang mana kita perlu kuat untuk membinanya..

Kini... aku mempunyai harapan baru... jauh dari apa yang pernah diimpikan..

Aku ingin jadi jutawan yang dermawan.. mempunyai empayar bisnes yang hebat, mempunyai gagasan idea yang mantap, memiliki sebuah mahligai kediaman yang paling eksklusif.. di situlah pusat empayar perniagaan yang makin berkembang ke seluruh dunia...

Aku ingin jadi seorang yang dikagumi, dari segi idea dan pengalaman. Aku ingin curahkan segalanya untuk ummat.. Jadi manfaat dan biarlah aku bercerita ttg sejarah dan masa depan..

Ia bermula dari dalam diri sendiri.. kita menghayati apa yang kita mahukan.. berdoa dan berusaha.. ia bukan kerja sehari.. secara semulajadi ia akan datang dari sumber yang tak terduga.. percayalah wahai orang-orang beriman... wa yarzuqhu min haisu la yahtasib... dan kami akan memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka...

Kini.. percayalah pada diri sendiri.. percayalah pada kuasa tuhan.. Dia lah sumber segala kekuatan yg tak dpt ditandingi oleh apa jua.. Insyallah masa depan di tangan anda.. Ur wishes, Ur hopes and Ur dreams will become true.. sooner or later...

;)

Membatalkan hasrat.. Mahu mencuba yang lain..

Aku pagi tadi dah gi klinik homoepati Dr. Nik Omar.. tgk ramainya orang.. huu.. aku terlepas peluang terbaik untuk mencuba acupuncture. Then aku pikir semula, bila melihat orang tua terbongkok-bongkok sampai ada di situ begitu pasrah mendapatkan rawatan.. terbantut hasrat aku, kerana agak pelik di situ.. aku rasa macam terlalu muda utk dapatkan rawatan tersebut..

So aku membatalkan niat, lalu berfikir untuk mencuba pada hari yang lain.. Situasi badan dalam keadaan yang baik.. alhamdulillah.. aku rasa macam ada sedikit perubahan positif.. Sekarang ni banyak minum air suam dan pantang makan yang terlalu berminyak dan masin. Kalo nak makan pun sekadar sikit sahaja, then kene makan biskut fiber tinggi.. Aku bab makan skrg ni dah kene jaga.. control bagai nak rak kalo nak sihat..

Cut.. cut .. cut.. dr nik bagi nasihat.. itulah petuanya.. then selebih itu aku nak buat bekam angin atau darah ikut kesesuaian. Ia akan meringankan badan nanti.. jika takmo bekam kene wat detoxification dgn makan herba.. yang ni kene cari produk yang sesuai..

Perubahan gaya hidup untuk kesihatan..

Blood pressure aku naik lagi hari ni.. tak betah nak wat kerja.. ebook aku tersadai lagi.. nampak gaya aku kene reverse gear.. merubah beberapa gaya hidup untuk meneruskan perjuangan yang masih berlangsung.. andai aku tergugur awal, maka rugilah apa yang sedang dibuat sekarang ini..

Aku harap dapat lihat beberapa projek berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan. Namun keterbatasan menyebabkan ia slow sejak akhir-akhir ini.. masih ada 35% lagi perlu disiapkan seterusnya mencipta sejarah pertama bagi projek tersebut.

Doc suruh aku rehat dan makan ubat ikut jadual.. dah tak minum ais dan makanan heavy garam.. banyak minum jus buah dan rehat yang mencukupi.. kene rileks, dan esok aku ingat nak gi jogging.. lupakan sebentar kerja dan office.. lepas tu nak mandi manda kat ulu yam.. aku rindu air nya yang sejuk tuh..

Aku kali ni kene pentingkan kesihatan daripada workaholic tak tentu hala.. im pushing the limit.. and my body cannot take it no more..

kenkadang manusia ada limitnya juga.. aku sudah tidak semuda dulu nak push gila-gila kerja.. ada masa kene smart dan ada masanya kene hard.. depends on the situation.. aku kene bijak mengurus diri dan kerjaya..

sabtu nanti aku nak wat acupunctur.. rasanya dah sampai masa utk cuba rawatan alternatif daripada rawatan hospital yang terlalu mengarut berbanding homopati.. setahu aku mengikut kajian, orang sekarang di Britain terutamanya lebih memilih rawatan homopati daripada hospital biasa... malah penyakit kanser kronik yg tak dapat dirawat dgn kaedah perubatan konvensional telah terbukti berhasil sembuh dgn formula perubatan homopati..

aku rasa semua orang patut didedahkan ttg apa sebenarnya yg berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia yg mempertahankan kaedah allopathy (scientific-drug medicine) berbanding kaedah holistic medicine spt homoepathy yang menggunakan natural sources terutamanya pokok, akar dan herba bahan semulajadi dalam rawatannya..

Sbb tu aku tak suka minum ubat hospital terutamanya antibiotic.. kebanyakannya tidak semulajadi dan ada side-effect.. skrg ni nak belajar lebih byk apa itu homoepathy dan bagaimana ia mampu menyumbang utk org ramai. Aku rasa ia satu perkembangan menarik.. dalam sakit pun ada sesuatu yg baru dipelajari..

rawatan acupuncture dan bekam adalah satu kaedah alternatif yg murah tapi cukup berkesan sekali.. aku pasti ia dapat menyembuhkan penyakit darah tinggi dan seterusnya jadi sihat semula... insyallah...

Berjuang untuk masa depan al-Falah

Kalo ikutkan aku sekarang ni berada dalam comfort zone.. tiada masalah dari segi kewangan, tiada masalah kesempitan, mempunyai rumah yang selesa, sudah berumahtangga, sudah punya kereta idaman, sudah punya web yang banyak, sudah ada bisnes yang baik, segalanya adalah anugerah tuhan.. syukur alhamdulillah.. aku puashati..

Definisi kerjaya aku berbeza sedikit.. aku tak suka stick pada sesatu perkara sahaja.. sebab itu aku boleh kerja sebagai pegawai dengan selesa, malah orang bawahan aku lebih tua dan mendengar kata.. aku bersyukur dengan itu, malah hobi sebagai grafik artis adalah cukup melegakan.. mendatangkan banyak rezeki, aku berkongsi dengan semua orang supaya mereka merasai apa yang aku kecapi.. aku lebih suka melihat orang senyum daripada bermasam cuka.. sebab tu dalam dunia ni aku harap aku boleh gembirakan orang lain supaya hati ini juga turut merasainya..

Fokus aku adalah al-Falah, aku boleh kerja apa jua yang disukai.. jika membantu orang itu aku tak anggap ia satu kerja sebaliknya satu peluang utk menunjukkan kasih sayang.. orang seperti aku ni semakin lama semakin belajar.. macam jenis gelagat.. dan menilainya sebagai satu hikmah kebijaksanaan..

Suatu hari nanti, andai aku pergi.. jika ada yang membaca tulisan ini sampaikanlah pesan.. hidup ini bukanlah kekal selamanya.. kekayaan tak dapat bawa ke syurga, sebaliknya amalan dan rahmat tuhan adalah penentu segalanya.. biarlah kita memberi manfaat kepada insan yang lain moga Allah akan manfaat kepada kita di sana nanti.. biarlah kita permudahkan urusan orang lain moga-moga Allah akan permudahkan urusan kita pula kelak..

Walauapapun yang kita buat di dunia ini.. ingatlah dunia sebenar adalah di sana... akhirat kekal abadi jauh lebih baik dari duniawi ini.. di mana kita takkan tua dan muda selamanya, di mana nikmat tak putus-putus mengalir dan semua di syurga bahagia, aman dan sejahtera jauh lebih baik dari apa yang ada pada masa hidup sekarang..

Aku masih berjuang meneruskan pengembaraan ini.. moga Allah memberi taufiq dan hidayahNya.. aku perlukan bimbinganMu ya tuhan.. kuatkanlah azam perjuangan hambaMu ini.. moga impian ini berjaya, moga aku boleh membantu yang lain.. bersama-sama berjuang di jalan Mu.. Tuhan Yang Maha Esa..