Sensei...

Pada tahun 2004 aku mengalami 2 perkara terbesar dalam hidup.. Pertamanya jadi guru sandaran di SAMTTAJ then keduanya graduate dengan gemilang di UM sambil ditemani rakan-rakan dan abg2 Hijjaz sepanjang konvo berlangsung.

Aku ingat lagi pernah ditanya mengenai cinta di dalam kelas. Bukan aku yang tanya, tetapi student yang tanya.. Aku sememangnya melarang anak buah student bercinta semasa sedang belajar. Dahsyat.. sedangkan aku dulu terbuat kesilapan yang sama. Namun, oleh kerana persoalan cinta ni aku rasa kene rasional. Bercinta bukan soal main-main semasa sedang belajar.. Jika student hilang focus sudah tentu mereka akan kecundang dalam pembelajaran awal.

3 gelaran aku dapat semasa mengajar di samttaj tingkatan 4 dan tingkatan 1. Cikgu fahmy, ustaz dan sir fahmy. Pada hari guru samtaj aku mendapat gelaran guru paling bergaya... siot malu je naik atas pentas sambil mendapat perhatian penuh semua pelajar dan guru masa tu. Walauapapun aku ucapkan terima kasih kerana memberi pengalaman terbaik semasa menjadi 'sensei' korang.. Ingatan sehingga hari ni sukar dilupakan..

Sekarang situasi sudah berbeza, aku terperap dalam dunia yang berbeza.. Tidak seperti dulu lagi, namun aku hargainya kerana setiap detik itu ada hikmah yang tersembunyi.. Sememangnya aku merindui dunia sensei.. suatu masa nanti aku akan jadi sensei untuk semua tidak kira di dunia online atau offline.. Semenjak dari perletakan jawatan guru samttaj pada akhir tahun 2004, aku mula mengorak langkah lebih besar.. masa tu hanya tuhan saja yang tahu..

Konvo pada ogos 2004 menjadi peristiwa terhebat pernah berlaku.. Aku tunjuk pada student scroll ijazah.. moga mereka teruja untuk masuk universiti.. pada malam konvo menjadi realiti konsert nasyid di UM.. sejarah yang takkan dilupakan.. aku meraikan dalam senyuman gembira bersama rakan-rakan seperjuangan... Terima kasih pada dia.. terima kasih pada kawan2.. terima kasih kepada semua anak buah yang mewarnai hidupku dengan penuh ceria...

Lo - Evening News

You
I broke you
It's not true
That I've been used
I've been on the evening news

You've been way too hard
Now I'm a mess
I think we only need one channel less

Could you turn me up please?
Could you turn me up?
That's right

You've been way too hard
Now I'm a mess
I think we only need one channel less
You've been way too hard
Now I'm a mess
I think we only need
I think we only

[Chorus]
Break prime time with surprise and lies
You're signed and sealed
With what you see with anybody else's eyes
You're talking the talk
But you ain't walking the walk man
One mike, one camera
And you become an educator
Can I trust you with my own
Give me time to believe
Those with too much power they fall down in history
Yea you might have us hanging onto your every breath
So be responsible
Learn to preserve, protect and respect
Not to destroy
Not to deplore
The angles of truth are so much harder to explore
And living your life is about waiting for the next test
So live for the moment
Cos it never turns out like you expect

[Chorus]
We'll be right back
After this

[Chorus]
Well that's all the time we have
Thanks for watching

Bicara itu perak.. Diam itu emas..

Nampaknya aku kene merenung kembali kata-kata orang bijaksana mengenai soal kehidupan. Adakalanya tiada guna cakap banyak.. better diam dan buat kerja saja.. Orang nak apapun biarkanlah mereka dengan dunianya.. di sini perjuangan kita masih jauh.. masih baru bermula.. apa yang difokuskan perlu dicapai.. apa yang diimpikan perlu digenggam seerat mungkin..

Nampaknya blog ini akan menjadi sekadar persinggahan sementara.. terlalu banyak orang sudah mengetahui akan kewujudannya.. selebih rahsia itu aku simpan dalam diari kehidupan.. mungkin suatu hari nanti akan lihat bukti-bukti kejayaan itu dengan lebih jelas nanti.

Aku pernah berjanji dengan sendiri untuk berusaha lebih gigih tanpa kenal putus asa. Pengalaman silam telah mengajar erti pengorbanan, kesetiaan dan kesabaran. Dan aku takkan sia-siakan usaha selama 7 tahun dalam membina sebuah empayar penting dalam hidup ini.

Dalam usia yang muda, mendepani cabaran tak penah gentar, pengalaman lalu mendewasakan pemikiran, mematangkan perasaan, merasionalkan tindakan, insyaallah segalanya pasti berjaya jua... !

Hidup tidak lagi membosankan..

Alhamdulillah... sejak beberapa hari ini aku dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik.. aku belajar sesuatu dari itu.. salah satu kualiti yang aku pernah tinggalkan semasa PAC di Intan Wilayah Timur untuk bakal-bakal PTD (pegawai tadbir diplomatik m41) pada tahun 2004.. aku rasa skill teamwork itu masih hangat terasa... terima kasih.. aku mengalaminya sekali lagi.. :)

My empire strikes back !
So, selepas beberapa hari ini busy, tibalah masa aku lancarkan sumthing yang boleh memanfaatkan kepada orang lain. Dengan empayar ebiz yang semakin membesar, aku rasa sudah semakin berani untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar.. barulah tak boring !

Apabila kerja mende yang sama.. repetition.. aku rasa macam nk meraung je.. yelah budak genius mana boleh buat perkara yang sama setiap hari kerana ia membazirkan potensi bertrillion sel neuron yang aktif..

Aku rasa seronok bila menemui perkara baru, misalnya bersama dengan program outdoor di hutan belantara atau gunung-ganang yang mencabar fizikal serta ketahanan mental. Aku rasa boleh capai financial freedom tak lama lagi utk kejar semua impian-impian yang masih tertangguh. Itu janji yang tersemat di hati kini..

Dalam pada itu, aku melahirkan rasa kesyukuran amat sangat di atas apa yang dimiliki hari ini.. Di masa akan datang dunia pasti lebih mudah.. insyaallah..

Rebudgeting 2008 !

Bila minyak naik maka segalanya macam teori domino... Pendek kata mesti akan ada kenaikan kos dan risiko defisit kewangan. Apa tindakan kita ?

1. Sepertimana dalam statistik bahawa kenaikan minyak 40% bermakna kena tambah kos untuk petrol secara mendadak. Cara paling drastik aku nak buat adalah dengan mengurangkan pergerakan kereta di kawasan sesak, tiada lagi ulang alik dari satu tempat kerap kali, kurangkan perjalanan jauh dan hanya 4 kali sebulan utk perjalanan lebih dari 10 km..

2. Kurangkan makan di luar... no more kfc, mcd, pizza hut, restoran tidak ekonomik. Better makan organic dan pulihkan badan secara semulajadi. Sekarang ni aku x makan tgh hari.. cuma makan petang sekaligus merangkap malam. Makan roti dan biskut fiber tinggi juga boleh dijadikan amalan.

3. Mengawal perbelanjaan tahsiniyat.. tiada lagi perbelanjaan mewah atau berlebih lebihan.. tiada lagi wayang, bowling, beli dvd/cd sebaliknya boleh tgk movie online.. Belanja untuk perkara penting sahaja.

4. Banyakkan simpanan.. aku kene menyimpan at least 10% dari income bulanan.. Simpan dalam tabung haji yang bakal dibuka nanti. At least selepas kursus ujung bulan ni. Lagi banyak simpanan untuk emergency.

5. Berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja... Takde masa lagi nak membazir duit.. so letrik kene jimat, streamyx kene potong dan guna u-mobile pulak.. kurangkan penggunaan desktop dan beralih kepada laptop untuk kuasa letrik yang minimum di samping memaksimumkan keupayaan resources yang ada di mana jua termasuklah akses di office dan soho ss17pj.

6. Fokus pada masa depan bisnes. Bayangkan duit banyak dengan ebiz. Then melaksanakan idea-idea bisnes dengan sempurna dan berjaya. Perjuangan di sini bermula sama ada hidup atau mati. Sepertimana kamikaze Jepun... buat kerja biarlah serius dan sepenuh jiwa raga.. kemudian aplikasi konsep kaizen untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Inilah strategi bisnes masa depan. Aku percaya 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan...