I'm ready now !

Bulan Ogos sudah tiba... semua orang sudah bimbang dan risau apa yang berlaku semuanya umpama tragedi. tapi bagi aku... ini semua sebahagian kecil. Aku takkan heran...

Coz im ready now.. will face anything, will do anything.. masa sudah tiba untuk aku buktikan yang terbaik dalam hidup. Aku akan nafikan kegagalan dan nyatakan kejayaan..

Very loud and clear..

Dalam hidup ini kita hadapi cabaran atau kita menyorok dalam kegelapan. 2 jenis situasi itu aku lebih rela hadapi cabaran dan menemui jalan penyudahnya.. Tiada apa yang dapat menghalang lagi, aku pasti boleh melakukannya..

Jika orang lain penakut dan pengecut untuk hadapi cabaran, biar aku seorang sahaja berdepan semua itu. Ku tahu di situlah keseronokannya.. orang lain akan melihat sebagai suatu lagenda.

Zaman UM, RV4, SAMTTAJ, YaPEIM, RP, PD sudah menjadikan aku lebih matang dan dewasa..

Segalanya aku yakin jika ada kepercayaan terhadap kebenaran dan tidak kenal erti putus asa. Biarlah masa silam pergi dan kita bina impian masa depan lebih ceria !

Menangani Perubahan

Nampak gaya aku kene focus pada karier yang utama mulai sekarang memandangkan banyak perubahan kritikal yang memerlukan perhatian penuh. Mengenai ebiz aku rasa ia akan berjalan seiringan kerana tidak memerlukan usaha yang terlalu serius kerana target minimum sudah dicapai tahun ini.

Aku merasakan ebiz boleh berjalan sendiri, seumpama pendapatan passive income yang dapat memberi sedikit ruang yang bermanfaat untuk melegakan perbelanjaan. Ini sudah lama dicapai dan aku percaya semakin lama ia boleh berkembang dengan sendirinya melalui teknik viral marketing.

Karier utama aku sudah menampakkan hasilnya tahun ini, tidak lama lagi aku percaya mampu menandingi mana-mana yang terbaik. Impian untuk meneruskan pembelajaran ke tahap Master/PHD sudah dipasang, dan kini perlu menghalusinya lagi untuk coursework yang memberi kesan lebih baik dari masa ke semasa.

Apapun aku akan lancarkan CD Raja Grafik Kerawang tahun ini sebagai masterpiece yang bakal menjulang nama dalam arena ebiz... Tidak banyak yang bleh diperkatakan melainkan kita berusaha segigih mungkin untuk merealisasikan setiap impian dan matlamat. Aku percaya dengan harapan akan menjadi kenyataan. Sebab itulah karier pada hari ini adalah satu batu loncatan untuk berjaya lebih baik dari sebelumnya.

Sptmana aku melangkahkan kaki dari SAMTTAJ ke YaPEIM.. Kemudiannya beralih ke institusi yang lebih hebat yang pernah aku jejaki.. X semua yang bernasib baik sptmana aku.. So bersyukurlah.. ini adalah anugerah tuhan...

Imbangi stress, positifkan minda !

Aku mengalami problem yang memeningkan dari segi personal. But, ia macam biasalah, aku cuba imbanginya sebaik mungkin supaya tidak memudaratkan lebih banyak aspek lain dalam kehidupan. Dari segi personal sedikit sebanyak memberi kesan yang besar, aku tidak mengharapkan apa-apa lagi kerana telah banyak kali terkena. Kenkadang kepercayaan dan keyakinan boleh pudar apabila dikhianati maupun dipermainkan.

Sehingga suatu masa nanti, aku akan eliminatekan kesemua 'liabiliti' yang ada itu untuk meminimumkan risiko masa hadapan. Aku pernah hadapi ini suatu masa dulu dan tidak pernah gentar menghadapinya sekali lagi. Sudah menjadi lumrah kehidupan ini aku boleh bertahan dan sabar menanggung kesemua ujian dan dugaan yang menimpa kerana yakin kepada kuasa Ilahi.

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sekelumit kekecewaan. Adakalanya kita perlu imbangi stress supaya dapat disalurkan kepada perkara-perkara yang bermanfaat. Aku akan tetapkan matlamat al-Falah itu lebih baik hujung minggu ini. Aku mahu ada satu tempoh masa bertenang dan rileks tanpa perlu dipeningkan dengan masalah personal.

Apabila kita cuba positifkan minda, segalanya lebih jelas dan lancar. Insyaallah aku sudah nampak hasil beberapa perkara kerana pengalaman diri sendiri dan orang lain lebih mematangkan kita. But masa sekarang ini perlu memikirkan soal masa depan. Adakah bijak kita buat keputusan melulu tanpa perancangan rapi ?

So untuk jadi orang bijaksana, kita fikir dan merancang terlebih dahulu sebelum bertindak.. Kemudian hari kita mampu menuai hasilnya nanti...

Aku masih perlu melaksanakan banyak projek dan kerja yang masih tertangguh.. target pada tahun 2012 aku sudah boleh capai financial freedom.. insyaallah !

Mmg begitulah semangat yang tergambar melalui kata-kata ayah. Keberanian, kecekalan, kesabaran dan kegigihan mmg itulah kualiti yang ada pada ayah selama ini menjadi model terbaik untuk aku berjuang dalam mencapai matlamat hidup.

Cukup bangga mengenangkan zaman kegemilangan ayah dahulu.. sehingga menjelajah Korea, mendapat pingat kebesaran dan semua jasa baktinya dikenang sebagai pegawai kerajaan yang hebat. Aku sekarang ni masih perlu belajar dari ayah dan mak. 2 insan yang penting dalam hidup mencorakkan kehidupan aku sehingga kini.

Dulu aku pernah rebah tersungkur dalam dunia yang penuh serba serbi ini. Kegagalan dalam hidup mengajar aku untuk jadi lebih tabah. Namun ayah dan mak tak pernah jemu membantu memapah aku kembali ke jalan kejayaan. Jasa meraka tiada ganti nilainya hanya Allah yang lebih mengetahui.

Sekarang ini aku bersama karier dan masa depan yang cerah.. Tak tergambar kata-kata.. hanya ini yang aku inginkan sejak kecil dulu semasa berada di dalam pejabat ayah dan mak. Gambarannya 'complete' dan aku berasa sudah mencapai sebahagian matlamat sejak dulu lagi.

Sekarang jalan mesti ke depan.. aku mahu melangkah jauh dan berjaya lebih baik. Perjalanan ini takkan berhenti di sini.. aku akan meneruskan pengembaraan dengan sepenuh jiwa.. Menikmati hidup dan berusaha memberi manfaat kepada orang lain.

Aku impikan dunia yang bebas.. financial freedom... physical freedom.. material freedom.. dan mahu melihat 'the real happiness' yang spttnya manusia milikinya.

Oleh itu aku mesti jalan ke depan.. mempelajari banyak perkara supaya diri sendiri dan orang lain mendapat manfaatnya. Ingin lihat orang lain gembira dan senyum kerana usaha kita. Moga berkat tuhan itu sentiasa bersama.. ikhlas sepanjang perjuangan ini.. Apapun usah undur ke belakang lagi.. jalan mesti ke depan... capai impian kita...

Still holding on..

Today i like to challenge myself and push my own limit.. trying to be the best among the best, still fight for my own destiny..

Mungkin sudah sampai masanya aku berehat seketika, mmg tersilap jangka sehingga kaki kanan aku mengalami kekejangan yang cukup kuat. worried if i get paralyse half of my body.. but still hold on tight, be more careful for the next time..

Kenkadang kita tak boleh paksa body kita kerja terlalu kuat, makan dan rehat perlu seimbang. Oleh kerana byk masalah ummat yang perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun, aku x kisah jika syahid di medan perjuangan ini, sudah menjadi matlamat utk ditempatkan di kalangan syuhada'.. Kita berjuang di dunia sehabis baik mungkin untuk Allah swt, moga beroleh ganjaran syurga abadi di akhirat nanti..

Allah tidak lihat harta bertimbun-timbun di dunia, Allah tidak lihat nama atau pangkat kebesaran diraja, Allah tidak lihat sepertimana manusia lihat.. hanya amalan taqwa dan keikhlasan dalam mencari redhaNya itulah lebih penting.

Aku tak takut mati... aku seorang yang berani mati..

Mati di dalam medan perjuangan fisabilillah adalah suatu yang mulia.. Bukan mati katak dan sesia dalam kemewahan atau tipu daya dunia.. Mungkin aku mahu rebut peluang yang ada ini beri manfaat kepada insan lain.. Membantu ummat dan menyelesaikan masalah mereka lebih baik daripada solat sunat seribu kali.

Moga Allah permudahkan urusan ku.. moga perjuangan ini diberkati.. tetapkanlah hatiku di dalam iman padaMu yang Ilahi.. dan matikan aku dalam Islam.. amitna ala dinil Islam.. itulah yang terbaik bagi seorang pejuang.. Matlamat akhir kita adalah kerana Allah swt.. Biarlah di syurga nanti kita mengecapi nikmat yang jauh lebih kekal abadi.. ameen..

Saya menyokong penuh saranan Dr Asri Mufti Perlis yang melihat betapa pentingnya perpaduan ummat Islam bagi membangunkan masa depan negara. Saranannya supaya UMNO dan PAS duduk semeja untuk berbincang halatuju ummat Melayu Islam berbanding DAP yang tampak jauh lebih merugikan yang terang lagi bersuluh menentang Islam.

Ini bukan soal meleburkan prinsip identiti parti tetapi ini adalah asas matlamat sebenar perjuangan Melayu Islam di Malaysia. Kita tahu negara ini adalah tanah Melayu, mempunyai Raja Melayu dan juga Islam sebagai agama rasmi perlu disegarkan semula mengenai ketelusan, keadilan, keikhlasan, keselamatan, perpaduan dan ukhuwwah islamiah berbanding berbalah sesama sendiri yang memecahbelahkan persaudaraan Islam.

Jika sesuatu persefahaman dicapai, berkat dari tolak ansur sesama parti, ia melambangkan kematangan dan kebijaksanaan dalam merangka halatuju ummat Islam di Malaysia khususnya. Kita tidak mahu lagi sesama Islam berbalah sehingga musuh2 Islam cuba mengambil kesempatan merampas sebahagian hak orang-orang Melayu Islam di bumi bertuah ini.

Saya fikir ia melangkaui batas demokrasi, apabila toleransi dicapai, persefahaman secara bersama, ia lebih kepada musyawarah berasaskan perlembagaan Islam. Jauh bezanya antara demokrasi parlimen yang diisi oleh para wakil rakyat berbanding sesama Islam yang berunding mencapai kata sepakat musyawarah di luar parlimen. Islam itu sendiri tidak terikat dengan parlimen sebaliknya menjadikan nas alquran dan hadis sebagai pegangan itulah melengkapkan sebuah ummat yang cukup hebat.

Dr Asri pandangannya jauh kehadapan, melihat sesuatu isu bukan sekadar isu sebaliknya ke akar umbi sekali. Walau ramai org yang diperkatakannya, walau beribu tohmahan ditujukan kepad Dr Asri, namun hujah dan pandangannya cukup penting demi kebaikan ummat..

1. Debat : Dato' Shabery VS Anwar Ibrahim

YB shabery takda adab sopan dalam debat ini sanggup buat fitnah dan provoke kpd Anwar di siaran langsung... Syabas buat Anwar, di atas hujah yg cukup bernas, berfakta dan penuh rasa tanggungjawab terhadap rakyat..

YB Shabery spttnya malu pada diri sendiri, rakyat sudah muak dan benci dengan pembohongan dan kekelentongan BN dalam pengurusan negara.. Rakyat sudah tidak percaya pada fitnah2 dan semua langkah kerajaan yang menzalimi hak rakyat. Apa yang penting Anwar menjalankan tggjwbnya membela rakyat begitu baik sekali berbanding pihak BN yang banyak membela kroninya...

bad cough.. voiceless... but not hopeless..

suara tak terkuar.. huu.. nak bercakap susah, nak explain susah, nak wat kerja pun rasa mcm terbatas. sib baik ada blog.. mcm ada suara hati sedang bersuara.. :)

Cakap soal hati ini, aku terkenang zaman-zaman muda dulu... ikut hati berjiwa muda dan 'fresh' adakalanya membahayakan.. aku pernah tempuh zaman itu.. melaluinya umpama adventure.. aku berperang dan berlawan di pentas, bersilat dengan kata menikam dengan senyuman.. akhirnya aku menjadi seorang yang berani. Takkan berundur walau selangkah..

Aku anggap masa itu terlalu mentah dalam menangani soal hati.. tapi sekarang dengan kematangan yang ada ia cukup mendewasakan.. kenkadang aku berbicara umpama orang tua.. terlalu berpengalaman.. sedangkan aku fitrah muda.. terlalu muda bagi zaman seusia aku..

But, ia tidaklah pelik sangat.. aku mmg suka berkawan dengan orang tua.. dunia mereka mmg 'superb' .. dunia orang muda terlalu singkat pemikirannya.. Apa beza orang tua yang berstatus jutawan dengan orang muda tahap despatch ?

Sudah tentulah banyak bezanya.. selagi aku boleh berkawan, aku akan explore dunia-dunia yang lebih baik. tetapi kenkadang kawan juga boleh makan kawan.. Kenalah berhati-hati terutamanya yang wanita.. Dunia sekarang mcm dah x selamat untuk lelaki.. banyak lelaki baik teraniaya.. ataupun mmg orang baik mudah dipergunakan..

aku nak jadikan blog ini suatu urusan perspektif manusia.. idea-idea dan pandangan itu mungkin boleh dicerna dengan baik. tetapi kenkadang suara itu tidak didengar, tidak dipedulikan.. sehingga x mampu nak bersuara lagi.. voiceless... but im still not hopeless.. biarlah kata-kata ini menjadi gantinya.. kan kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang ?

aku gembira hari ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain.. insyaallah itulah rasanya kebahagiaan.. apabila harapan orang tinggi, kita semacam dihargai.. menyelami rasa semangat kekitaan.. sememangnya kita bersaudara.. dari Nabi Adam.. berkongsi salah satu gen yang sama.. kita manusia mmg hidup di bumi yang sama, langit yang sama, matahari dan bulan yang sama.. mengapa harus rasa berbeza ?

Maybe kita spttnya mempunyai harapan untuk hidup dengan aman sekali lagi... dunia ini perlukan harapan.. moga doa-doa kita dimakbulkan..

Akademi Nasyid ?

Saya lihat perkembangan sekarang ini ke arah proses saduran islamisasi di dalam media perdana. Kononnya nak menggantikan akademi fantasia dengan akademi nasyid. Dan dengan adanya munsyeed wanita yang terlibat dalam media itu sebenarnya telah meningkatkan lagi kekeliruan ttg batas-batas hiburan di antara lelaki dan wanita.

Program ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak kelekaan dan berhibur sekadar komersil bukan lagi dakwah. Nak kata nasyid dalam program sedemikian memerlukan undian yang sama formatnya mcm AF. Apa bezanya ? mahu mengkomersilkan nasyid kontemporari sehingga menghilangkan roh dakwah yang sebenarnya ?

Saya cukup simpati dengan apa yang berlaku pada hari ini, sudahlah semakin kronik malah makin jauh dari apa yang dianjurkan Nabi. Saya tidaklah anti-nasyid tetapi anti-kemungkaran. Sepatutnya Akademi Nasyid mendapatkan pandangan para alim ulama tentang format hiburan yang dibenarkan. Bukannya sekadar melahirkan munsyeed yang glamour sebaliknya perlu mematuhi garis panduan dan batas antara lelaki dan wanita dalam nasyid.

Akademi Nasyid merupakan kelahiran dunia kapitalis TV9, sebenarnya hiburan spt ini lah yang semakin merosakkan anak muda kita leka dalam dunia lagha. Mengapa para mufti berdiam diri sahaja dalam hal ini ? Nak lihat generasi muda Islam kita terus dipermainkan oleh puak kapitalis?

Hidup umpama putaran roda..

Ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah.. aku kini menelusuri jalan selamat moga sampai ke destinasi. Dan walaupun dalam keadaan secure seharusnya kita bersyukur kepada tuhan yang mengurniakan kita nikmat dan anugerah yang tak terkira banyaknya. Walau ada sedikit kesukaran namun ia tidak mematahkan semangat maupun impian besar pernah dirancang di dalam hidup ini.

Aku dulu pernah melalui saat2 sukar yang tak dapat dibayangkan semula silam yang sengsara. Tika itu derita tak pernah berpenghujung, kesilapan dalam percaturan hidup itu hampir meranapkan impian.. Aku bangun kembali dengan sisa-sisa keyakinan, menyusun kembali perjalanan dengan penuh harapan pada Yang Esa.. ku tahu dia Maha Kuasa...Dia lah segalanya bagiku... Tiada yang lebih hebat dan agung dari Rabbul Izzati..

Akhirnya kini aku kembali dari kekecewaan kepada harapan.. Berdiri di medan perjuangan ini bukanlah semudah yang disangka.. Ku lalui derita dengan tabah.. Ku anyam jaluran harapan dan doa moga terjalin hidup yang lebih bermakna..

Ya tuhan.. Ya Ilahi..

Kuatkanlah hatiku.. Yakinkan diriku.. hidup ini ku berjuang untukMu.. Andai aku gugur jadikanlah daku di kalangan syuhada' di sisimu.. Jelaskanlah pandangan hatiku, moga beroleh manfaat dan kebajikan yang mulia, jauhkanlah dari pandangan hasad dengki dan prasangka buruk, hiasilah hati ini dengan sifat-sifat mahmudah moga seluruh alam ini bahagia dan ceria.

Ya Ilahi.. Hanya engkaulah tempatku berharap.. Tiada yang lain dariMu ya Allah.. Ampunkanlah dosaku, ampunilah daku yang dhoif ini penuh dengan kelemahan.. Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Di sebalik mubahalah dan qazaf

Sesiapa yang belajar syariah ni sure tahu bab ini, namun perbezaan pendapat antara Mufti Perlis & Mufti Perak merupakan pandangan yang perlu dikaji. Bagi saya apa salahnya jika boleh bermuafakat untuk mencari jalan penyelesaian bersama dari dipermainkan di media-media perdana.

Nanti risikonya orang akan mengatakan ada satu jurang antara mufti muda dan tua di zaman yang serba serbi ini. Saya melihat Dr MAZA umpama ulama kontemporari yang menyelami masalah semasa begitu baik sekali. Cadangannya mubahalah adalah lebih umum tanpa perlu masuk mahkamah yang sudah lama 'corrupted' , manakala qazaf bermakna mereka perlu masuk mahkamah dan melalui proses yang begitu lama, dan kita tidak mengetahui bahawa implikasinya menjadi kes politik pertama Malaysia di Mahkamah Syariah dalam bab jenayah qazaf ini.

Namun apa yang membimbangkan ialah puak-puak islam liberal dan pendokong gerakan feminisme di Malaysia akan mengambil kesempatan menempelak kepincangan Mahkamah Syariah dan juga apa yang berkaitan hukuman Qazaf terhadap mangsa-mangsa rogol yang tidak bersalah. Seandainya ini berlaku maka saya rasa akan lebih ramai yang keliru tentang Islam yang sebenarnya.

Dan dalam hukum fiqh juga ada ruang untuk ijtihad antara 2 kes berbeza iaitu hukuman bagi mereka yang mendakwa orang lain melakukan zina atau diri sendiri yang mengaku dirogol/diliwat yakni dipaksakan zina ke atasnya tanpa rela. Ini saya rasa anda patut baca komen Dr MAZA di website beliau.

Walauapapun sekiranya ada benarnya pendapat DR MAZA dan ada benarnya juga mufti perak Dato Harussani, cumanya dalam kes ini diharapkan ia tidak memberi persepsi negatif orang ramai terhadap perbezaan sesama mufti. Adakalanya lebih baik jika kita bermuafakat dan bertolak ansur, kenkadang manusia ni pelbagai ragam oleh itu kita perlu banyak berfikir dengan rasional dan strategik bagi menyelesaikan masalah ummat yang tidak pernah habis ini...

Babai Streamyx !!

Akhirnya aku dah berjaya terminate account streamyx dan start mula guna u-mobile wireless.. So far alhamdulillah ia memudahkan aku untuk mobile sana sini. Dulu aku ingat tak penting mende2 begini, last2 bila dah terkena barulah nak guna broadband wireless dengan bayo RM78 sebulan termasuk modem cute..

So sepanjang guna streamyx aku kene kilat dekat 3 kali.. habis byk hardware rosak, so aku dah nekad malas nak guna streamyx lagi dah dan start guna u-mobile nih.. janji x kene kilat dan save byk duit dari streamyx.

Untuk akses kelajuan tinggi aku leh guna line office yang tampak lagi pantas.. bley la nak download apa-apa yang penting atau besar. But skrg ni ok je guna u-mobile tgk movie online. Ada masa ine dia lagi bagus dari streamyx.

Demam...

Ouch.. suara dah tak kuar.. very bad cough ever.. sib baik tak pening sebab dah makan ubat. yang paling teruja sekali bila hidung berdarah.. huu abis baju kene.. neway seronok juga dapt mc sehari, aku jarang minta mc maupun cuti .. asyik keje dan keje.. mmg ada passion di situ..

Sesambil tgk Dr House aku lepak sambil tak tau nak wat apa.. huu boring juga dibuatnya..

But, bila terfikir pasal sakit ni aku kenkadang takut juga.. adakah apa akan terjadi jika kene sakit kronik ? cukupkah apa yang kita alami di dunia ini.. ?

Nampaknya kene muhasabah diri lebih kerap, aku nak rileks banyak dan nikmati hidup ini dengan tenang tanpa masalah. But, masa muda ni lah kene keje, tambah lg masalah ummat ni mmg kene bijak selesaikannya.. bila dah tua nanti tak larat dh.. masa ni lah nak menyumbang kepada umat..

Okeh, masa makan ubat.. walaupun x suka ubat terpaksa telan supaya cepat sembuh...