Hidup ini umpama satu misi...

Pernah aku membayangkan hidup ini umpama di medan perang... bergelumang dengan cabaran dan dugaan terhebat yang perlu ditempuhi. Di samping itu aku juga merasakan hidup ini merupakan 1 misi.. misi yang panjang utk mencapai matlamat akhirnya.

Kita adalah agen misi. Matlamatnya adalah husnul khotimah. Jatuh bangun, perit dan siksa adalah sementara di dunia sebelum ganjaran syurga abadi.

Aku melihat dunia ini sebegitu rupa. Kita akan diuji sepanjang dalam arena ini. Misi perlu disudahkan, ditamatkan dengan sebaik mungkin.

Mustahil utk aku berundur dari misi ini. Kita sebenarnya tidak perlu fanatik kepada dunia, sebaliknya mengejar redha tuhan itu sahaja sudah mencukupi. Dan aku sudah dibekalkan dengan pengetahuan misi yang baik berbanding orang lain.

Aku boleh saja jadi kaya dan hebat, namun cabarannya jauh lebih berbeza dari orang yang kebanyakan, sederhana dan wasatiah. Dan salah 1 mafhum hadis mengatakan orang miskin lebih cepat masuk syurga daripada orang kaya, dan penghuni syurga juga terdiri daripada orang-orang miskin sptmana Nabi Muhammad saw.

Ini satu cabaran.

Namun aku tak jadikan matlamat kaya itu satu yg wajib. Sebaliknya dalam passion itu ada hasil yang dapat membantu misi ini lebih cepat tercapai. Apa juga ujian, sama ada kaya harta, wanita dan kuasa perlu diimbangi dengan ilmu dan iman.

Usah gelap mata kerana duit atau wanita maupun kuasa. 3 perkara yang boleh menghancurkan lelaki di akhir zaman ini.

Apa yang dimiliki perlu disyukuri, seterusnya belajar lagi utk menjadi insan yang cemerlang akhlak dan hebat dlm kerjaya professional. Aku telah menetapkan 2012 sebagai benchmark utk menilai segalanya. Sepanjang misi ini perlu ada kaizen sebelum terlambat.

Dalam masa beberapa tahun ini aku akan terus menulis ebook. Pelbagai kan scope dan focus. Niche yang lebih bermakna buat ummat manusia. Aku rasa hasil perbincangan dengan orang kuat Inteam semalam itu boleh digunapakai nanti. Ia satu peluang baik kerana hasrat yang sama. Niat yang betul.

Suatu hari nanti, ebook aku akan dibaca oleh beratus ribu orang. Asalkan mereka mendapat manfaatnya.

Misi ini masih kuteruskan. Jatuh bangunku pasti berbaloi utk ummat. Redha Allah itu kini menjadi motivasi dan inspirasi terbaik. Ya Allah permudahkan segala misi ku ini.. Permudahkanlah segala urusan dan perjuangan dijalanMu...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.