Masih tercari-cari...

Jangan salah sangka.. bukan cari perempuan lain.. Maksudnya adalah masih teraba-raba... ops.. bukan raba orang yer.. :)

Teraba-raba dalam mencari erti kehidupan.. aku rasa mcm agk keliru sket pasal quarter life and mid life crisis.. sbbnya aku pernah mengalami kedua-duanya skali.. emm.. sehingga kini masalah tersebut mcm iceberg theory, masih menunggu masa saja.

Walau apapun, aku masih berada di sini umpama seorg Jeneral yang kehilangan banyak askarnya di medan perang. Banyak terkorban.. dan ramai yg cedera, luka dan derita.

Retreat ? Fall back ? or fight back ?

Macam-macam keputusan nak buat.. aku rasa sukar, pilihan ada tapi sukar nak menentukannya. Mmg sukar nak jadi orang segagah Jeneral ini.. mmg kene kuat hati.. tahan dan bertahan sehingga x masuk akal..

Kenkadang keputusan aku buat ni mmg x masuk akal.. orang kata aku ni Jeneral gila..

Tapi aku teringat kata ahli falsafah Rom pernah berkata.. There is no great genius without some touch of madness... ~ Seneca

Apapun aku menghargai segala strategi yang telah berjaya sebelum ini. Walaupun aku terpaksa mengorbankan banyak askar di medan perang.. kini sudah pandai memahami banyak taktik dan selok belok peperangan..

Master the art of time... Aku sedang mempraktikkan ini.. segalanya berkaitan dengan masa.. bukan sekarang masa untuk berundur.. aku tengah menunggu masa untuk menyerang titik kelemahan musuh setelah sekian lama menunggu.

Walaupun tercedera, terluka dan menderita tetapi di dalamnya ada kepuasan dan keazaman. Aku mesti mencari masa yang sesuai.. mencari ruang yang tepat serta menanti saat tiba masanya D-Day !

Aku teringat lagi perang Atlantic Wall semasa World War II... dikatakan benteng pertahanan yang paling terhebat pernah dibangunkan oleh Nazi Jerman.. Apabila pertembungan Axis vs Allies sms WWII mmg banyak perkara yang menakjubkan berlaku...

Allies yang dibarisi oleh Britain, US dan Russia terpaksa memerah fikiran utk menghancurkan Atlantic Wall yang besar itu sehingga muncul idea x masuk akal dalam sejarah dipanggil D-Day !

Korang search la sendiri D-Day tu yer... antara my fav word merujuk kepada hari bersejarah yang cukup genius.

Apapun aku masih memerlukan some touch of madness buat masa skrg.. Tidaklah segila Jeneral perang betul dalam WWII. Tetapi cukuplah memadai dengan situasi yang ada hari ini. Sampai masanya nanti aku akan mencapai jua impian yang diingini. Hasilnya nanti mampu aku jadikan panduan utk generasi yang mendatang. Manalah tahu mungkin cerita ini akan dibukukan.. :p

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.